CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6423|Reply: 54

Doktor 'Awek Cun' Tolong Mat Rempit Curi Perhatian Netizen

[Copy link]
Post time 26-5-2017 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Kehebatan mat rempit membawa motosikal sambil beraksi ngeri di jalan raya sememangnya diketahui semua orang dan lazimnya dikecam kerana mendatangkan bahaya buat pengguna jalanraya.


Namun mereka juga manusia biasa dan wajar dibantu apabila terbabit dalam kemalangan walaupun ianya berpunca daripada kejahilan diri.


Memetik laporan Seorang doktor wanita telah membuktikannya, apabila beliau sanggup memberhentikan keretanya untuk memberi bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal yang tersadai di tepi jalan akibat kemalangan.


Selain dipuji atas keprihatinannya, doktor berkenaan, yang dilihat muda dan cantik turut mendapat perhatian netizen kerana beliau yang berbangsa Cina telah tampil membantu pemuda Melayu itu.


Kisah doktor wanita ini mula menjadi tular apabila rakan mangsa, Muhammad Aizuddin yang berada di tempat kejadian memuat naik posting penghargaan untuk doktor berkenaan, Selasa.

“Respect’ kat amoi ni. Walaupun dia tau kami mat rempit, dia berhenti tolong sebab dia doktor. Aku suruh dia gerak dia cakap ‘tak apa, saya tunggu ambulans sampai’.

“Kau carilah dia bila kau dah sihat. Dialah yang suruh aku beli air gula, dialah yang siram luka kau. ‘Gentle’ gua respect,” tulisnya di Facebook.


Apa yang pasti, tindakan profesional doktor wanita itu yang tidak memilih-memilih dalam menghulurkan bantuan wajar dicontohi semua rakyat Malaysia.- CARI

sumber : MRM







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 11:57 AM | Show all posts
eh kalau aku la lantak ko lah....ko hidup pun asik susahkan pengguna jalanraya....ko bantai org yg tak sengaja langgar ko....

errr kejam dok aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dah sah2la doktor
mana boleh pilih2 pesakit
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 12:05 PM | Show all posts
tahniah amoi doktor tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 12:16 PM | Show all posts
Betul tu dah nama pun Dr mana boleh pilih2 pesakit bila dalam keadaan kecemasan cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka baca news camni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada libatkn org yg x bersalah dlm kemalangan dia tu mmg aku rendam dia dlm kawah kicap kt kilang adabi
Kalau sndiri je yg mmg carik maut i totally dun care
Nk mampus pun dipersilakan dgn harapan kwn kau yg serempit tu tolong kebumikn kau la
Kalau xnk mampus sila jgn merempit lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 01:19 PM | Show all posts
agak2nye lepas ni they allz nak merempit lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala kalo amoi kemain puji.
Cuba bangla it am legam tlg
Berbakul maki
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 01:44 PM | Show all posts
nasib baik dik doctor tu letak air gula kt luka kau dik

kalau dia perah limau nipis kt luka kau cane dik?

merempit sampai accident akak cm nak cashkan je dik tp nampak mcm akak busuk hati kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 02:13 PM | Show all posts
mjla replied at 26-5-2017 01:19 PM
Ala kalo amoi kemain puji.
Cuba bangla it am legam tlg
Berbakul maki


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku eksiden dulu..masuk emergency.jahit sikit kat atas kening.sementara aku dirawat tu dtg la kes lain.eksiden jgk tp mat rempit.

Ya ampun.doc tu punya garang kat pt tu..aku plak yg seram.dengan lap luka kasar2 tanya detail pt pun herdik2. dia bersihkan luka sambil mebebel..agaknya dah jemu asik dpt pt mat rempit.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:14 PM | Show all posts
asal bwa moto je mat rempit, asal mat rempit je salah..
tu la mentaliti org msia
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ini jenis bawak motor merempit dan buat aksi bodoh, patut dibiarkan mati je tepi jalan. Kalau bawak motor p kerja, cari rezeki...adalah rasa simpati.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Truly malaysian spirit...full stop.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:31 PM | Show all posts
ninnakarinna replied at 26-5-2017 02:35 PM
Aku eksiden dulu..masuk emergency.jahit sikit kat atas kening.sementara aku dirawat tu dtg la kes la ...

ada yek Dr gini....

Dr bukan biasanya baik2 ke..?
nurse yg selalu garang...nak2 nurse kat KK....ramai kot garang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor yg beretika akan mengguna kepakaran beliau tanpa mengira bangsa, warna kulit dan suasana bagi memberi rawatan dan menyelamatkan nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes seorg pakcik melayu yg kemalangan motor tidak lama dulu yg menunjukkan sikap rasis terhadap seorg gadis india yg cuba membantunya tanpa mengetahui gadis tersebut adalah seorg doktor.Bila dah tahu budak tu doktor baru lah tersengih2 malu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanggungjawab doktor dan jururawat  rak kira di mana kenalah bantu .,
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:48 PM | Show all posts
manjalara_01 replied at 26-5-2017 01:19 PM
agak2nye lepas ni they allz nak merempit lagi ke?

akak syak mungkin nak lagi, kali ni berharap bertemu jodoh dgn doktor cun pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050503 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list