Edited by chacon at 18-4-2017 09:58 AM
CELUPAR.COM: Cerita yang admin dapat dari seorang bekas penuntut UiTM Kampus Sabah lama dahulu perihal tedapat satu cerita misteri yang telah menjadi turun temurun sejak berpuluh tahun iaitu misteri hantu yang dikenali sebagai Melati.
Ceritanya seperti ini.
Sekitar tahun 1980-an ketika itu UiTM masih lagi bergelar Institut Teknologi Mara (ITM), pelajar masih ditempatkan di asrama lama yang tediri dari beberapa blok iaitu Blok Baiduri (B), Cempaka (C), Dahlia (D), Eksora (E), dan Rafflesia (F).
Salah satu blok yang dihuni oleh pelajar siswi adalah Blok C yang mana disitu merupakan tempat salah seorang pelajar bernama Melati ditempatkan.
Cerita tentang siapa individu ini masih kabur kerana setelah berpuluh-puluh generasi pelajar yang memasuki institusi itu tidak ada satu pun di kalangan mereka yang tahu Melati sebenarnya berasal dari mana dan siapa dia sebenarnya tetapi cerita tentang bagaimana dia menjadi hantu kemungkinan seperti ini.
Melati zahirnya seperti pelajar lain yang menjalani kehidupan normal seperti gadis lain. Tumbuh membesar lalu jatuh cinta dengan salah satu pelajar di kampus berkenaan ataupun sebaliknya.
Setelah beberapa lama Melati dikatakan telah putus hubungan dengan pasangannya lalu nekad untuk membunuh dirinya dengan cara mengikat kain pada kipas siling lalu menggantung dirinya di aras 2 Blok Cempaka (gambar).
Perkara tersebut akhirnya disedari oleh pelajar lain tetapi ia sudah terlambat kerana dia telah meninggal dunia. Sejak dari itulah dikatakan hantunya sering mengganggu pelajar disitu selama berpuluh generasi sehingga ke hari ini.
Antara gangguan yang sering terjadi,
- Pelajar perempuan sering ditimpa histeria.
- Kelibat perempuan berbaju putih tanpa wajah sering dilihat berkeliaran pada waktu malam.
- Pelajar mengalami mimpi yang sama didatangi oleh perempuan berbaju putih yang tidak dikenali.
- Seperti ada yang mengekori ketika berjalan pada waktu malam melalui jalan pintas menuju ke asrama gynasium.
- Tiba-tiba terdapat orang lain yang langsung tidak pernah dikenali berada di dalam bilik asrama.
- Suara seperti menangis dan mengilai halus selalu kedengaran.
- Suara memanggil nama dari dalam tandas yang gelap dan kosong.
- Ada lembaga tidak berwajah ikut serta memberus ditepi ketika pelajar keseorangan mencuci pakaian pada waktu malam.
- Pocong sedang berdiri ditepi tangga menuju ke fasa akademik.
Dan banyak lagi cerita dari saksi mata dari berpuluh generasi malah kebanyakan dari kejadian tersebut dialami serentak oleh beberapa pelajar sekaligus.
Lorong menuju ke blok asrama. Kiri adalah Blok Baiduri dan Dahlia, depan Blok Rafflesia, kanan Blok Cempaka dan Blok Eksora. Medan Ilmu. Banyak aktiviti pelajar diadakan di sini dahulu. Gambar diambil pada tahun sekitar tahun 2014 atau 2015 dan ia kali terakhir dihuni pada awal tahun 2001. Gelanggang sepaktakraw di tengah-tengah antara Blok B dengan Blok D (sebelah kanan). Pemandangan berbeza dengan Medan Ilmu. Inilah Blok Cempaka tempat dikatakan Melati telah menggantung dirinya. Lihat pada aras 2 (tingkat 1) salah satu bilik dikatakan paling misteri kerana hidup Melati berakhir penuh tragis di situ. Sehingga ke hari ini, cerita hantu Melati masih lagi jadi bualan oleh penghuni di kampus tersebut apatah lagi mereka yang pernah mengalami kejadian yang menyeramkan.
Sumber gambar: ehsan dari seorang pengguna facebook.
|