View: 10266|Reply: 31
|
Bolehkah Jin Ditangkap & Dimasukkan Dalam Botol?
[Copy link]
|
|
Selain menulis artikel tentang tanda gangguan jin, saya juga suka menulis artikel tentang perkara-perkara yang saya dengar dari pesakit-pesakit yang pernah datang mendapatkan rawatan.
Antara cerita menarik untuk dikongsikan ialah tentang kebolehan seseorang menangkap dan memasukkan jin ke dalam botol.
Pernahkah anda mendengar cerita ada orang mengatakan yang dia ada kebolehan untuk menangkap jin dan memasukkannya ke dalam botol?
Atau anda sendiri memang pernah berjumpa dengan mereka yang mendakwa memang ada kemampuan untuk melakukan perkara tersebut?
Saya nak kongsikan tajuk ini dengan anda kerana sepanjang pengalaman 5 tahun merawat mereka yang mempunyai tanda gangguan jin, pernah juga beberapa kali berjumpa pesakit yang datang ke pusat rawatan dengan membawa botol mineral kosong.
Bila saya tanya nak buat apa dengan botol itu, katanya nak saya masukkan jin yang ada dalam badannya, ke dalam botol tersebut. Serius, bila saya dengar kenyataan tersebut, saya nak tergelak pun ada.
Persoalan penting di sini, bolehkah kita mempercayai dakwaan tersebut? Benarkah ada manusia biasa, yang boleh menangkap jin dan masukkan dalam botol?
Untuk menjawab persoalan ini, tiada jalan lain melainkan kita kembali kepada petunjuk al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.wyang mulia.
Kepercayaan Masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu memang dari dahulu terkenal memiliki pelbagai kepercayaan karut, hinggalah pada zaman moden sekarang ini. Terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan makhluk halus atau jin.
Pelbagai dakwaan karut yang dikeluarkan, dan kebanyakannya bertentangan dengan apa yang telah diajarkan oleh agama Islam sendiri. Dari pengalaman dan pengamatan saya, mereka yang mempercayai kepercayaan mengarut ini biasanya kurang mendalami tentang ilmu Tauhid.
Istilah yang digunakan di dalam al-Quran yang merujuk kepada makhluk halus ialah jin, syaitan, Iblis, Ifrit dan beberapa istilah lain yang terdapat di dalam hadis.
Pernah berlaku di zaman Rasulullah, di mana ketika itu Baginda sedang mengimamkan solat di Masjidil Haram. Tiba-tiba para sahabat melihat Rasulullah s.a.w seperti mengelak sesuatu dan kemudian seperti memegang atau menangkap sesuatu yang mereka tidak nampak.
Selepas selesai menunaikan solat, para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah tentang perlakuan Baginda ketika di dalam solat tadi. Lalu Baginda menerangkan bahawa ketika sedang menunaikan solat tadi, Ifrit telah datang menggangu Baginda.
Ifrit itu telah menggunakan obor api dengan niat untuk menggangu Baginda. Lalu Baginda mengelak dari nyalaan obor api tersebut daripada terkena muka, lalu menangkap Ifrit tersebut.
Baginda ingin mengikat Ifrit tersebut pada salah satu tiang Masjidil Haram supaya ia dapat dilihat oleh manusia lainnya.
Tiba-tiba Baginda teringatkan doa Nabi Sulaiman a.s yang memohon kepada Allah agar kekuatan yang ada pada Nabi Sulaiman, boleh menawan dan menangkap serta mengurung makhluk halus, tidak diberikan kepada orang selepas dari baginda.
Lalu Baginda s.a.w pun melepaskan Ifrit tersebut setelah merasakan lidahnya mula mengena pada lengan Baginda.
Hadis yang menerangkan kisah di atas boleh anda rujuk dalam kitab karangan Imam An-Nasa’i, Al-Sunan Al-Kubra, Kitab As-Sahwu, Bab Al-Akhozu Bi Halqi Asy-syaiton Wa Khonaqhu Fis Solah, no hadis 551.
Mafhum hadis tersebut berbunyi:
“Syaitan telah datang menggangu solatku, lalu aku pegang lehernya dan mencekiknya hingga dapat aku rasakan lidahnya yang sejuk pada tanganku. Jika tidak kerana doa Nabi Sulaiman a.s, nescaya akan aku ikat syaitan itu untuk tontonan kamu”
Dari hadis di atas, dapat kita fahami bahawa Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah menangkap atau menambat Iblis, bahkan jauh sekali untuk memasukkannya ke dalam botol, untuk dibuang ke mana-mana tempat.
Baginda cuma mengelak apabila diganggu. Baginda menangkap Ifrit disebabkan mengganggu baginda ketika solat.
Walaupun Nabi Muhammad s.a.w teringin untuk menambat Ifrit, namun apabila Baginda teringat doa Nabi Sulaiman a.s, baginda tidak jadi melakukannya.
Oleh itu, pada pandangan saya, jika ada sesiapa yang mengaku ada kebolehan atau kemampuan untuk menangkap dan memasukkan jin ke dalam botol, atau apa sahaja sepertinya, saya harap anda sendiri boleh menilai samada nak mempercayai atau tidak kenyataan tersebut.
Perkara tersebut tiada asasnya dalam agama. Makhluk halus (jin, syaitan, Iblis dan sebagainya), diciptakan oleh Allah daripada api (bukan fizikal).
Kuasa api merupakan kuasa cahaya yang boleh melepasi tembok. Sekiranya kita mengurungnya di dalam bekas, seperti botol yang diperbuat dari kaca yang telus cahaya, bermakna makhluk halus boleh masuk dan boleh keluar.
Jadi, bagaimana mungkin sesuatu yang bentuknya bukan fizikal hendak dimasukkan ke dalam sesuatu yang berbentuk fizikal?
Botol merupakan benda fizikal sedangkan makhluk halus bukan fizikal. Makhluk halus adalah api yang terjadi daripada unsur cahaya, kelajuannya sama seperti kelajuan cahaya. Tidak ada gunanya ia dimasukkan ke dalam botol kerana makhluk tersebut boleh masuk dan keluar pada bila-bila masa.
Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Muhammad s.a.w boleh menangkap makhluk halus kerana mereka ialah Rasulullah (utusan Allah). Namun, tidak terdapat langsung amalan para sahabat atau tabiin yang menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol.
Kalaulah benar ada yang mendakwa mereka diberi kelebihan oleh Allah untuk menangkap makhluk halus, sudah tentulah para sahabat Rasulullah yang mulia lebih layak diberikan kelebihan tersebut.
Perkara yang digalakkan kepada mereka yang mempunyai tanda gangguan jin adalah berikhtiar untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dengan mengamalkan membaca al-Quran seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu membaca surah al-Baqarah, ayat Kursi, dan sebagainya.
Dengan membaca ayat-ayat al-Quran, makhluk halus akan menjauhkan dirinya atau mengeluarkan dirinya daripada badan manusia.
Nasihat saya, janganlah kita terlalu mudah mempercayai dakwaan dari sesetengah orang yang mengatakan mereka mampu atau diberikan kelebihan untuk menangkap makhluk halus dan memasukkannya ke dalam botol, atau yang seumpamanya.
Wallahu ‘Alam (Allah yang lebih Mengetahui)
Sumber: perawatislam.com
|
|
|
|
|
|
|
|
bomoh penampar buaya boleh tangkap buah kelapa |
|
|
|
|
|
|
|
tak.. jin boleh tembus dinding. macam ne boleh letak dalam botol tak keluar pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
setahu saya la, boleh jin dimasukkan ke dlm botol. tutup botol ada ayat2nya. kira cam pagar botol tu. sy pernah pgg botol y ada jin, sy x nmpk tp botol tu walaupon nmpk kosong, tp berat dan ada getaran mcm vibrate telefon. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by myakayina at 13-4-2017 01:50 PM
tapi aku percaya je sbb dah pernah tengok botol yg ada 'benda' dlm tu.. ada caranya la nak masukkan tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya... sebab pernah rasa botol tu jadi panas wlupun botol tu kosong je.. ada yg aku snap gambar, ada nampak mcm mayat bungkus kapan tp mukanya tengkorak..
ilmu Allah tu terlalu luas, dan pasti ada cara2 untuk tangkap benda2 ni.. bukan takat main tangkap sumbat dalam botol gitu je.. semua atas kuasa Allah, bkn kuasa pelaku / perawat tu.. lgpun manusia ni sebaik2 ciptaan Allah, pastinya ada kelebihan ke atas makhluk2 ciptaanNya yg lain.. wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cahaya boleh di teleport kan oleh para ahli sains baru baru nie, data boleh di hantar melalui gelombang radio, jadi apa mustahil benda benda sebegini?
Seingat saya zaman nabi pun takder benda benda gelombabng, teleport apa semua nie.Tapi boleh pulak kita terima dengan hati terbuka.
Mytz~
|
|
|
|
|
|
|
|
Salaam
Berinteraksi dahulu dengan jin, kemudian barulah tahu apa kelebihan dan kelemahan jin...sungguhpun begitu terdapat banyak jenis dan ragam fe'el jin... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh saja letak dalam botol, nak letak dalam kotak pon boleh rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam botol tak boleh tapi website dia ada pulak offer pagar rumah dari gangguan mahkluk halus... tak kena benda tu cahaya boleh saja nak tembus kalau nak.....
Mytz~ |
|
|
|
|
|
|
|
nampak macam mana? ada gambar
|
|
|
|
|
|
|
|
mana gambar. nak tengok boleh
|
|
|
|
|
|
|
|
jawapan aku mungkin ko akan cakap cliche.. tp memang gambar tu kat hp mak aku.. dan aku sendiri terdelete habis semua gambar dlm hp mak aku tu.. salah tekan.. huhuh..
tapi memang betul gambar dalam botol kaca tu, ada mayat bungkus muka tengkorak tp bentuknya macam asap rokok
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada pengalaman bawa isteri pergi berurut, tukang urut cakap sakit lain macam ni, dia scan bagitahu isteri terkena.... Lepas tu dia tangkap masukkan dalam botol.
Day nak balik isteri tanya apa yg ditangkap masukkan dlm botol, dia tunjuk dan suruh snap pakai hp....Dlm tu ada anak monyet pelaris kedai makan tomyam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cliche
|
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullah
Cuba baca balik Hadith yg mulia tadi..
Mafhum hadis tersebut berbunyi:
“Syaitan telah datang menggangu solatku, lalu aku pegang lehernya dan mencekiknya hingga dapat aku rasakan lidahnya yang sejuk pada tanganku. Jika tidak kerana doa Nabi Sulaiman a.s, nescaya akan aku ikat syaitan itu untuk tontonan kamu” kalau kita pakai kaedah pemahaman macam yg TT tulis...sifat Jin drp api..tak material....maka...macamana pulak berlaku spt yg Uncle merah kan kat atas? 1. Rasullullah s.a.w boleh cekik jin. 2. Rasullullah s.a.w rasa SEJUK lidah jin. Bukan ke..ini membawa maksud...Jin tersebut tidak lagi maintain property api...sebab..boleh disentuh ( cekik) dan ada lidah yg sejuk. SATU LAGU : Rasullullah s.a.w ENGGAN TAMBAT JIN... Cuba fahamkan...."ENGGAN" bukan membawa maksud "TAK BOLEH"..tapi.."TAK MAHU"..Dan kenyataan Rasullullah s.a.w mengatakan ENGGAN tu memberi makna..ianya boleh dilakukan ( Possible)...kalau tak possible ..pasti Rasullullah s.a.w tak kata begitu.. WaAllahu a'lam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika tidak kerana doa Nabi Sulaiman a.s, nescaya akan aku ikat syaitan itu untuk tontonan kamu”
cuba fahamkan frasa Hadith ini..
"
akan aku ikat syaitan itu untuk tontonan kamu"
Maksudnya..Bolehkah ianya boleh dilakukan?..YA
Kenapa tak dilakukan?..sebab menghormati permintaan Nabi Sulaiman A.S.
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks for sharing uncle..
|
|
|
|
|
|
|
|
kat hp kawan aku gambar tu..tapi mmg boleh nampak..aku jenis susah nak percaya benda2 mcm ni.. tapi tak sangka boleh nampak..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|