View: 22891|Reply: 140
|
Raja Afiq buat perangai?
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Saya tak pernah jumpa lagi pelakon yang kurang ajar macam dia."
Itu kata sutradara Razaisyam Rashid yang kecewa dengan tindakan pelakon Raja Afiq meninggalkan lokasi penggambaran drama Ketupat Rendang Brownies Coklat tanpa sebarang sebab, semalam.
Razaisyam yang juga pengarah filem CEO berkata, dia terkejut dengan tindakan pelakon baru itu yang dianggap sebagai kurang ajar.
"Sepanjang 10 tahun menjadi pengarah, ini kali pertama saya berdepan situasi sebegini. Sebelum ini saya pernah mengarah pelakon hebat yang memenangi anugerah, tapi mereka okey saja. Tidak ada pula yang buat perangai dan mendatangkan masalah di lokasi.
"Dia sebagai orang baru dalam industri pula sudah berani menunjukkan sikap begitu. Bukan sahaja dengan saya tetapi juga di depan kru dan pelakon senior lain. Dia sepatutnya berasa malu dengan tindakan itu,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Razaisyam, masalah timbul apabila Raja Afiq enggan melakonkan dua babak dalam drama itu seperti yang dipersetujui sebelum ini.
"Dia mempersoalkan kenapa perlu melakonkan dua babak kerana mengikut pengetahuannya hanya satu babak. Bagi saya itu tak masuk akal kerana pihak produksi sudah memaklumkan perkara ini lebih awal.
"Kalau memang dia tak mahu terbabit dalam drama ini, kenapa dari awal bersetuju? Seperkara lagi, kalau betul setakat satu babak lebih baik saya menggunakan khidmat pelakon lain,” katanya.
Razaisyam turut menjelaskan pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu mula menunjukkan sikap kurang ajar ketika mula sampai di lokasi penggambaran lagi.
Sementara itu, Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, menafikan dakwaan Razaisyam dia sengaja meninggalkan lokasi penggambaran.
"Saya ralat dengan cerita yang tersebar ini. Dalam drama itu, saya hanya buat kemunculan istimewa dalam satu babak.
"Sudah tentu saya terkejut apabila pihak produksi minta saya menjayakan satu lagi babak tambahan sedangkan pengurus memaklumkan hanya satu babak sahaja,” katanya.
Raja Afiq juga terkilan apabila pihak produksi marah apabila dia bertanya mengenai babak tambahan itu.
"Saya kecil hati apabila dimarahi walhal bertanya secara baik.
"Justeru, selepas babak selesai saya terus meninggalkan lokasi itu kerana mereka yang tidak profesional,” katanya.
Sumber:http://www.hmetro.com.my/node/216684
Respon Dari pihak Raja Afiq:
KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Raja Afiq, 22, mempertahankan tindakannya yang dikatakan meninggalkan set penggambaran sebuah drama pendek, Ahad lalu. Menurut Raja Afiq atau nama penuhnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat begitu. Bercakap kepada BH Online, bakat yang dicungkil daripada program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu berkata, beliau hanya dimaklumkan oleh pihak pengurusan untuk memberikan komitmen pada satu babak saja bagi drama terbabit, iaitu sebagai posmen. Justeru, pelakon yang dikenali menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz ini hairan apabila petugas produksi meminta beliau bersiap sedia untuk babak seterusnya.
"Saya datang pada jam 12 tengah hari kerana perlu bersedia untuk penggambaran terbabit, yang diadakan di Taman Melati. Namun, hanya sekitar 6.30 petang barulah babak membabitkan saya dilakukan. "Dalam soal masa, bagi saya ia bukanlah isu besar kerana sebagai pelakon, memang menunggu itu sudah menjadi perkara biasa buat kami. Faktor cuaca dan pengulangan babak yang terlebih dulu dirakam ada masanya membuatkan jadual berubah. "Tiba waktunya, babak saya sebagai posmen dilakukan. Selesai tugasan itu, saya didatangi seorang lelaki, barangkali daripada pihak produksi, yang meminta saya untuk melakukan babak seterusnya. Dengan baik saya bertanya kepadanya mengenai hal itu, termasuk memaklumkan diri saya terikat dengan komitmen satu babak saja," ujarnya.
Raja Afiq bagaimanapun memberitahu, beliau kesal dengan cara lelaki terbabit menjawab pertanyaan itu. "Cara dia menjawab cukup kasar. Saya jadi pelik, kenapa saya dilayan seperti itu sedangkan dari awal lagi hanya satu babak perlu saya jayakan. Dilayan sebegitu rupa, saya memilih untuk meninggalkan lokasi selepas tanggungjawab dipenuhi," kata Raja Afiq. Tindakannya yang beredar dari lokasi penggambaran nyata pantas tersebar, namun Raja Afiq percaya, apa yang disebarkan itu sudah ditokok tambah. "Mereka (yang menyebarkan cerita berkenaan) tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/264691?m=1 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
memula iols bayangkan raja afiq ni yang dulu durhaka ngan mak tuh.....
bila tengok gamba x kenal plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada org tanya blom?
Who r yuss? |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 27-3-2017 07:56 PM
memula iols bayangkan raja afiq ni yang dulu durhaka ngan mak tuh.....
bila tengok gamba x kenal pl ...
Yg tu Afiq jugak tapi Afiq Muiz |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk kt luar biasa2 je..kt mana handsome pn tk taulah smpi bbnu duk gila2...n dia mmg nmpk smbg n jenis krg ajar....tk minat....n citer capten tu pn tk tgk...die glemer sbb citer capten tu je lah kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Jd salah siapa sekrg? Mana pihak pengurusan yg mcm dia kata tu, sila tampil dan bg penjelasan |
|
|
|
|
|
|
|
Best sangat ke dia berlakon? Urghhh |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya la cash buat produksi..Ingat ada produksi sesuka tok nenek ko nk pergunakan org
|
|
|
|
|
|
|
|
Director tu kira glamer jugak kan. Berani betui pelakon who are yuss ni melawan kan. Bukannya laku sangat heols. Ni yang dulu katanya gemok lalu menangis kat DFKL tu kan. Sedih bebenor laa tu |
|
|
|
|
|
|
|
nak tny jugak la soklan keramat..
who are yusssss??? |
|
|
|
|
|
|
|
Sapo ko ni..muka camni blh jd pelakon ke klau cam patah amon xpe la |
|
|
|
|
|
|
|
Siapaa awakk??
Whoo ayusssss??
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya la kut..byr 1 babak alih2 kena buat 2 babak..camna tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
berlakon xde la best mne pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-3-2017 09:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
grouper replied at 27-3-2017 09:17 PM
Sapo ko ni..muka camni blh jd pelakon ke klau cam patah amon xpe la
x hensem ke...not bad jugak la |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 27-3-2017 07:56 PM
memula iols bayangkan raja afiq ni yang dulu durhaka ngan mak tuh.....
bila tengok gamba x kenal pl ...
Iollss pun igt org yg sama, tapi bila mention drama sygku kapten mukhriz baru igt yg mana. Tapi heolls ni pelakon baru sgt, berani betul buat mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ini saya pernah mengarah pelakon hebat yang memenangi anugerah, tapi mereka okey saja. Tidak ada pula yang buat perangai dan mendatangkan masalah di lokasi.
Ayat standard pengarah/plakon yg lbh senior |
|
|
|
|
|
|
| |
|