TMJ menang presiden FAM
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas lawannya, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan keputusan menarik diri daripada merebut kerusi panas itu. Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Annuar berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen TMJ terhadap sukan bola sepak Malaysia dan perkenan Sultan Johor. "Saya buat ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, TMJ agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar presiden FAM yang baru. "Komitmen ditunjuk TMJ boleh jadi aset penting FAM. "Sokongan perkenan duli Sultan Johor juga penghormatan pada bola sepak Malaysia," katanya.
|