CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5959|Reply: 50

Zarul nak berlakon pulak

[Copy link]
Post time 21-2-2017 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seramado at 21-2-2017 10:39 AM

PETALING JAYA: Penyanyi Zarul Husin tidak melihat usianya yang kini sudah pun mencecah 44 tahun sebagai halangan untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Zarul yang juga vokalis kumpulan Umbrella sebaliknya berkata, dia melihat perkara itu sebagai kelebihan asalkan ada minat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara.

"Saya tidak melihat ia sebagai sudah terlambat asalkan ada usaha dan minat Insya-Allah semua boleh dilakukan.
"Lakonan adalah perkara baharu dalam karier saya tetapi saya sangat teruja apabila mendapat peluang untuk berlakon," katanya kepada mStar Online.

Zarul bakal muncul dalam drama 16 episod iaitu Cik Serba Tahu disamping Remy Ishak, Sari Yanti dan Aedil Putra pada April depan.

Bercakap mengenai pengalaman berlakon, Zarul berkata drama itu adalah penampilan sulungnya dan memegang watak seorang lelaki yang berusia 30-an.
Pun begitu kata Zarul dia tidak melihat ia sebagai satu halangan apabila perlu berlagak 'muda' kerana itu adalah cabaran untuk menjayakan peranan diberikan.

"Barangkali cabaran saya adalah perlu brlakon disamping barisan pelakon yang jauh lebih muda dan saya perlu berlagak sebaya dengan mereka.
"Dalam Cik Serba Tahu saya pegang watak sebagai seorang lelaki bujang terlajak berusia 30-an.
"Tetapi ia pengalaman baharu dan ia juga menyeronokkan tambahan pula ia adalah percubaan kali pertama sebagai pelakon," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zarul berkata, perjalanan karier seninya semakin teratur sejak meninggalkan kerjaya sebagai pramugara baru-baru ini.

Jelasnya walaupun penat dengan pelbagai komitmen namun dia puas kerana segala perancangan yang diatur berjalan dengan baik.
"Alhamdulillah karier berjalan seperti apa yang saya bayangkan selepas meninggalkan karier di awam biru.

"Cuma saya perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan momentum sedia ada walaupun sibuk dan penat dengan pelbagai aktiviti seni," ujarnya.
Sementara itu, Zarul berkata, selain berlakon dia juga sedang mencari material sesuai untuk single terbaharunya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut takyah berhenti...selalu camni..oye time sangat laku pastu sendu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi bapak hero/heroin je la
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Zarul Who?????
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:48 AM | Show all posts

tepeklah gambar-gambar sikit
cuci mata di pagi hari ni bagi FRESSHHHH sikit minda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2017 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Xkenal  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:49 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 21-2-2017 10:48 AM
tepeklah gambar-gambar sikit
cuci mata di pagi hari ni bagi FRESSHHHH sikit minda


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 10:51 AM | Show all posts

wish u luck daddy..hope x menambahkan kayu balak dlm industri seni negara yach
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk belakon jd hero kew?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:59 AM | Show all posts
adekah zarul nak jadi hero ganti kan rosyam noor ala2 watak bernama "danish" yang baru abes belaja kat obesi?



sekadar bertanya

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:00 AM | Show all posts
harap daddy tak masuk persatuan kayu balak semalaysia
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:16 AM | Show all posts
kekayuan mana pulak ni? ok bai ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:34 AM | Show all posts

auuuwwwwwww
nasib bukan duda anak 1
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
I hope lakonan zarul ada energy dan tak kayu. :zz
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:45 AM | Show all posts
eeeuwww geli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasti sendu lepas satu drama...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:47 AM | Show all posts
ok la selagi masih suam..sok kuar season br GV nk tgk gak pakcik ni masih suam kuku ataupun terus jd frozen..

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:50 AM | Show all posts
esbatu replied at 21-2-2017 10:59 AM
adekah zarul nak jadi hero ganti kan rosyam noor ala2 watak bernama "danish" yang baru abes belaja k ...

ya ampun geli nye bila teringat.. over confident sangat. sbb biasa kalau dalam realiti pun yg perangai poyo2 berlagak ni muka mmg ala2 mix dan urban. bukan muka cam rosyam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 12:18 PM | Show all posts
tapi klu dia jadi watak macam cerita isteri tuan ehsan yang aaron pegang tu...org tua kawen dgn budak muda..ok apa...

#dgnharapanzarulbukankayujati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.663139 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list