Ironi, bukan? Orang ramai suka berswafoto, tetapi dalam masa sama kurang senang dengan gambar swafoto orang lain. Inilah yang dinamakan 'selfie paradox' oleh Sarah Diefenbach, profesor dari Universiti Ludwig-Maximilians, Munich, German.
Menurut kajiannya, 77 peratus daripada 238 responden mengaku mereka berswafoto sekurang-kurangnya sekali dalam masa sebulan.
Foto: SCOOP.ph
Menerusi kajian itu, mereka dapati orang ramai 'menghakimi' gambar swafoto pengguna lain di laman sosial.
"Gambar swafoto diambil menunjukkan perbuatan pendedahan kendiri pengguna yang berkongsi kisah peribadi mereka dengan seluruh dunia dengan mengharapkan perhatian atau simpati orang ramai," katanya.
Hasil kajian mendapati segelintir masyarakat beranggapan gambar swafoto sebagai suatu seni serta cara untuk berhubung dengan satu sama lain. Bagaimanapun, ada juga yang beranggapan swafoto sebagai tindakan narsisistik atau mengagumi diri sendiri yang berlebihan.
Foto: www.mascaramavenandmore.com
Tak kisahlah jika orang lain menganggap aktiviti berswafoto sebagai suatu tindakan memuja atau mengagumi diri sendiri, yang penting jangan melakukan sesuatu yang melampaui batas. Jika anda tak suka dengan gambar selfie orang lain, sebaiknya pejamkan saja mata anda. Jangan marah-marah. - CARI |