Kasihan ada, lucu pun ada. Syazwan Zulkifli pelik dirinya disifatkan sebagai lelaki baran walaupun selepas dia menafikan bersikap sedemikian.
Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, pandangan negatif itu membuat dirinya kurang selesa apabila di hadapan khalayak. Namun, Syazwan bersikap positif dan cuba memastikan dirinya sentiasa tersenyum setiap kali berdepan sesiapa saja.
"Kalau nak tahu, saya memang susah nak marah, melainkan jika sudah banyak kali saya dikenakan," kata Syazwan kepada BH Online.
Tambah pelakon itu, sehingga kini masuk tahun keempat orang ramai menganggap Syazwan seorang yang baran dan pandangan itu dikuatkan lagi selepas drama Juvana musim pertama.
"Mungkin wajah saya yang garang membuatkan orang beranggapan sebegitu, tetapi bukan saya minta untuk berwajah begini," katanya.
Foto: IG Syazwan Zulkifli
Syazwan mengakui pandangan negatif itu membuatnya sering dikaitkan dengan pelbagai gosip yang kononnya dia mudah 'naik angin'.
Ekoran itu, Syazwan bagaimanapun memohon maaf sekiranya dia ada mengguris perasaan sesiapa sehingga menyebabkan segelintir pihak kurang senang dengannya. Pelakon itu juga berharap orang ramai lebih berfikiran terbuka mengenai kenyataan ini.
Betullah apa yang cuba disampaikan Syazwan itu. Tak kenal maka tak cinta. Apa kata cuba dekati dan kenali dulu seseorang itu sebelum membuat tanggapan mengenai dirinya. - CARI |