View: 2644|Reply: 25
|
[Tempatan]
Pahang optimis mampu tarik sejuta pelancong China
[Copy link]
|
|
Antara lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong China ialah Genting Highlands dan kawasan pantai di Pahang. - Gambar fail
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang optimis mampu menarik minat sejuta pelancong dari negara China mengunjungi negeri ini sebagai destinasi pelancongan pilihan pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pihaknya yakin dengan sasaran itu berikutan tahun ini merupakan Tahun Melawat Pahang.
Kempen promosi sudah bermula April hingga Disember tahun lepas.
Beliau berkata keunikan tersendiri negeri ini yang memiliki pelbagai destinasi menarik dan khazanah semulajadi yang tidak ternilai memberikan kelebihan untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara tembok besar itu.
Antara lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong China ialah Genting Highlands dan kawasan pantai, katanya pada sidang media mengenai majlis pengisytiharan Tahun Melawat Pahang 2017 di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Sharkar berkata pihaknya juga merancang mengadakan konvoi menjelajah ke seluruh negara bagi meneruskan kempen mempromosikan Tahun Melawat Pahang 2017 yang dijangka bermula pada Februari atau Mac nanti.
"Kita akan berhenti di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan," katanya.
Mengenai majlis pengisytiharan Tahun Melawat Pahang 2017 itu, beliau berkata ia akan disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan Jumaat ini, jam 8 malam. -- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Kimakkk lahh! Dah hader dah pelancong Cinkies kat Raub n Genting kau x puas2 lagi ker? |
|
|
|
|
|
|
|
cina DApig mesti senyap je... walaupun xsebulu dgn cina komunis dorang ckp busuk busuk pun org kite sama mcm moloyu degn indon |
|
|
|
|
|
|
|
bersedialah nanti hadap pelancong china yg lain macam sket perangai
harap bersabar & gud luck |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti tanah dan pokok-pokok di tepi jalan di Pahang akan menjadi sangat subur kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
makin berkembang laa business kat bandar kuantan tu....ayam..ayam..ayam... |
|
|
|
|
|
|
|
makin berkembang laa business kat bandar kuantan tu....ayam..ayam..ayam... |
|
|
|
|
|
|
|
Sejuta yang masuk dan pastikan sejuta juga yang balik.
Jangan sejuta masuk, lepas tu keluar berita 50,000 warga China hilang di Malaysia. Macam yang berlaku masa kempen tahun melawat Malaysia 2007 dulu.
Lepas tu semua pemimpin umno/bn lepas tangan dan terus salahkan pembangkang. |
|
|
|
|
|
|
|
Adela adegan berak kat Genting nati |
|
|
|
|
|
|
|
dapnye lemak tempoyak..tapi patin tu aku xske... |
|
|
|
|
|
|
|
Muat ke Pahang tu |
|
|
|
|
|
|
|
tempoyak patin mmg thorbaikkkk. i like. lama x rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Penat melayan perangai prc ni.. tapi mmg betul dorg ni kuat berbelanja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam negeri bkn main lagi marah DAP tp dok hadap sgt dgn pelancong China komeneh. Dasar talam bermuka2 |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan camana? apa plan lobai nak tarik pelancong? |
|
|
|
|
|
|
|
Wakakakakaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong China ialah Genting Highlands dan kawasan pantai, katanya pada sidang media mengenai majlis pengisytiharan Tahun Melawat Pahang 2017 di sini, hari ini.
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin ni mengaji tara mana ha?
wehhh orang cina tak hingin berjemoq di pantai pantai sebab mentaliti mereka masih " puteh melepak itu menawan" depa bukan mcm jepun suka kulit tan tan.
Nak berjudi depa lagi suka gi Macau nun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|