CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7567|Reply: 65

[Tempatan] Tapir Dengan Selambanya Berjalan kaki dalam Cuaca panas di LPT2.

[Copy link]
Post time 16-1-2017 12:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-1-2017 04:51 PM

http://www.sinarharian.com.my/se ... intas-lpt2-1.611932


RAIHAM MOHD SANUSI
15 JANUARI 2017





Tweet


%5BIMG%5D%5B/IMG%5DAda antara pengguna LPT2 turut mengambil gambar tapir berkenaan.





KEMAMAN - Selepas digemparkan dengan kehadiran harimau belang di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi, Dungun pada 5 Januari lalu, pengguna LPT2 sekali lagi terkejut apabila melihat seekor tapir dewasa merayau-rayau di atas lebuh raya berkenaan.


Haiwan hampir pupus itu yang terkenal dengan jolokan 'panda Malaysia' berikutan mempunyai persamaan warna badan hitam dan putih dilihat berkeliaran di kawasan lebuh raya itu yang berada berhampiran susur keluar ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Bukit Takal, Kijal kira-kira jam 7.30 petang semalam.


Kehadiran binatang liar yang agak jinak itu membuatkan ada antara pengguna LPT2 memperlahankan kenderaan untuk mendekati tapir itu dan merakam gambar.


Gara-gara teruja, ada juga pengguna yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan mengambil peluang memerhatikan gelagat serta pergerakan tapir berkenaan yang dipercayai tersesat ketika melintas lebuh raya itu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kesian...Nak pergi mana tu cik tapir
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 01:27 AM | Show all posts
omeyyyy la cik pir...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannye..semoga selamat sang tapir itu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 04:18 AM | Show all posts
hari tu  Miss Tyger MayBank of Belgravia Forest LP T2

now Miss Tapir Forest  of LPT 2 as well?

apa jadi ye

ada suspects anything ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:54 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 16-1-2017 04:18 AM
hari tu  Miss Tyger MayBank of Belgravia Forest LP T2

now Miss Tapir Forest  of LPT 2 as well?

itu menandakan bahawa di Terengganu hutannya masih dara, betul2 dara. Kalau di Lebuhraya Timur/Selatan semuanya sijanda hutannya. Semua sudah ditarah menjadi Hutan Sawit. So anda tak akan jumpa haiwan-haiwan exotik ini lagi disana..sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2017 06:01 AM | Show all posts
espri6006 replied at 16-1-2017 05:54 AM
itu menandakan bahawa di Terengganu hutannya masih dara, betul2 dara. Kalau di Lebuhraya Timur/Sel ...

owhh...i see..cool eh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 06:02 AM | Show all posts
espri6006 replied at 16-1-2017 05:54 AM
itu menandakan bahawa di Terengganu hutannya masih dara, betul2 dara. Kalau di Lebuhraya Timur/Sel ...

so sightings ni macam safari pulak normallah ye?
hmm...okay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia..sesat sampai ke jalan..jgn tiba2 berlari melintas dh la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 06:40 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 16-1-2017 06:02 AM
so sightings ni macam safari pulak normallah ye?
hmm...okay

open safari park..he he. Biasalah tu sebab LPT2 masih bari jadi haiwan liar masih tak tahu kemana nak pergi selepas kawasan mereka di terokai. Macam lain2 lebuhraya tu dah lama, maybe zaman mula2 pembukaan lebuhraya tu sama juga macam LPT2 tapi sbb zaman tu susah org nak tangkap gambar on the spot jadi xde lah viralnya...gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 07:40 AM | Show all posts
hutan kat sana semua hutan simpan untuk deme...mmg tak heran pun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 16-1-2017 05:54 AM
itu menandakan bahawa di Terengganu hutannya masih dara, betul2 dara. Kalau di Lebuhraya Timur/Sel ...

I tgk video tapir sesat ni dkt fb mcm kiri kanan kawasan kelapa sawit je. Not hutan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 07:43 AM | Show all posts
Bukti ketidakbijaksanaan kerajaan Malaysia. Sebelum buat highway, x check hutan yang akan ditarah dan pindahkan semua hidupan liar?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 07:53 AM | Show all posts
juliez replied at 16-1-2017 07:43 AM
I tgk video tapir sesat ni dkt fb mcm kiri kanan kawasan kelapa sawit je. Not hutan

uols dah lalu belum LPT2 darling?....nnti boleh tengok keseluruhan kawasan LPT2 tu ye sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu rimau. Ni tapir. Pakat2 keluar eh semua...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 cik tapir...
Nanti kena langgar..
Jadinya sekarang, adakah pagar plus telah dirosakkan sampai haiwan2 ni boleh naik hiway?
Bahaya tul sebab lpt2 kan banyak pelesit bawa kereta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 16-1-2017 07:43 AM
Bukti ketidakbijaksanaan kerajaan Malaysia. Sebelum buat highway, x check hutan yang akan ditarah da ...

Kerajaan pernah bijak ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 08:22 AM | Show all posts
ala kesianya dia.. jangan la merayau jauh sangat.. bahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 08:35 AM | Show all posts

Yang aku sedia faham, kerajaan tidak pernah bijak dalam mengurus perniagaan. Kalau cuba masuk dalam sesuatu bisnes, pasti dia akan rugi. Contoh terbaik macam kes FGV.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya haiwan2 yg tmpat diorg kena ceroboh ni...harap2 xde yg terkorban n dpt tmpat tinggal yg selesa n jauh dr gangguan manusia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049067 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list