CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4724|Reply: 29

Pilu, Keluarga Ini 'Shopping' Barangan Sekolah Anak Di Tempat Barang Buangan

[Copy link]
Post time 20-12-2016 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi dan sekarang ini pasti ibu bapa sedang sibuk menyiapakan segala kelengkapan anak-anak.


Tidak dinafikan dengan harga barangan yang semakin tinggi hari ini, ramai yang mengeluh namun sebagai ibu bapa mereka tetap berusaha memberi yang terbaik untuk yang tersayang.


Pengalaman yang berlaku depan mata seorang lelaki yang menggunakan nama sebagai Shuhaimi Zulkefli di laman Facebook ini dikongsi atas dasar memberikan keinsafan pada semua.






Menurutnya, dia terjumpa sebuah keluarga yang sedang sibuk 'shopping' barang kelengkapan sekolah.


Apa yang menyedihkan ialah mereka bukan membeli di pasaraya besar atau gedung pakaian tetapi hanya di sebuah kedai barangan lusuh yang kebanyakannya barang buangan atau dikutip dari longgokan sampah.


"Tengah dok cari barang, masuk satu family suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia, sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis. seronok ja dia 'bershopping' aku tengok. siap try galas kat bahu macam2 jenis botol air kotor tu. tersenyum sensorang tengok cermin buruk."


Foto: FB Shuhaimi Zulkefli


Menurutnya lagi, si emak pula memberikan sebuah beg sekolah yang lusuh dan berselut untuk dicuba oleh si anak. Ceria betul anak itu bila dipakaikan kerana tak sabar untuk masuk sekolah baru.


"Tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang? si emak bagi kakak try galas ke belakang. akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey!"


Sebak, walau hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan keluarga ini masih bersyukur dan tetap bahagia.


Netizen yang membaca kisah ini turut meluahkan rasa sedih dan simpati mereka.



Foto: FB Shuhaimi Zulkefli



Bersyukurlah, jika kita sudah merasakan diri ini susah, ingatlah ada ramai lagi di luar sana yang lebih merana hidupnya dari kita.


Jadi jangan sesekali mengeluh, sebaliknya tingkatkan usaha untuk membantu diri sendiri serta orang di sekeliling kita. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2016 04:05 PM | Show all posts
sedihnya la... beg ke apa ok lagila beli yg terpakai boleh basuh kalau takat selut bagai tu...botol air pun amik yg terpakai.... patut mamat ni amik contact no dorg ni... ramai je yg sanggup belikan yg baru...tp satu aku respek...susah2 pun maintain sediakan barang sekolah anak untuk anak2 pergi sekolah...compare dgn parents2 jenis lahanat... asal miskin sikit je kompom berhenti kan anak2 dr sekolah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya... bole x kita buat satu tempat komuniti dan letak barang2 keperluan utk budak2 pilih dan amik mana dorg nak. sorg satu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesusahan dia Tak mengharap ehsan orang lain.. Ada yang beranak ramai, KERJA MALAS... Bila tiba raya atau buka sekolah sibuk mintak ehsan simpati orang lain...

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
PongKang replied at 20-12-2016 04:15 PM
sedihnya... bole x kita buat satu tempat komuniti dan letak barang2 keperluan utk budak2 pilih dan a ...

Boleh... Buat skala kecil dulu. Contohnya di tempat awak, awak mula dulu. Tak payah target seluruh kampung. Awak cari satu keluarga yang miskin, awak bantu setakat yang mampu. Atau awak pakat dengan semua kawan yang awak ada...yang ringan hati nak membantu  

Ramai yang buat macam ni...cuma bukan dalam skala yang besar  
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
PongKang replied at 20-12-2016 04:15 PM
sedihnya... bole x kita buat satu tempat komuniti dan letak barang2 keperluan utk budak2 pilih dan a ...

Yg ni aku setuju sis..baju2 Sekolah, masih ada yg harga mampu milik n Kain pun jenis yg ok. Bersedekah asalkan kita ikhlas n ikut tahap yg kita mampu.
Sebut pasal baju Sekolah, baju anak2 aku ada yg masih elok n boleh guna..tp x tau nk bagi pd sapa sama jugak ngan baju2 harian. Mana2 yg dah x muat, smua asingkan 1 tmpat..kemas2 balik hari tu bnyk dah ada kesan kuning pd lipatan Kain..tp smuanya masih elok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 20-12-2016 08:05 AM
sedihnya la... beg ke apa ok lagila beli yg terpakai boleh basuh kalau takat selut bagai tu...botol  ...

berita semalam kot tukang masak 13tahun keje kerajaan di tahan kerana mencuri bahan masakan di pasaraya. alasanya duit telah habis beli barang kelengkapan sekolah.semalam bila aku dengar news ni marah juga pada pemimpin   tapi bila tgk news ini hari ...menangis pulak aku  
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 04:38 PM | Show all posts
gigahertz replied at 20-12-2016 04:34 PM
berita semalam kot tukang masak 13tahun keje kerajaan di tahan kerana mencuri bahan masakan di pas ...

kannn...sedih despite susah pun ttp belikan barangan keperluan sekolah untuk anak2 ikut kemampuan dorg...malangnya itu je la tahap kemampuan mereka... aritu sedara aku kat semenyih citer dorg ada buat pasar lambak free 'back to school' semua barangan/buku/baju sekolah terpakai tp still in mint condition neighborhood situ yg kumpulkan & sumbangkan...aku harap kawasan lain pun buat la mcm ni ...kita x tau mungkin dlm kalangan kita ada yg mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebabomb replied at 20-12-2016 08:22 AM
Kesusahan dia Tak mengharap ehsan orang lain.. Ada yang beranak ramai, KERJA MALAS... Bila tiba raya ...

sedihkan.kalau yang buat macam ni dok kat england atau uk takpe itu. negara orang. ini kat negara sendiri. mmajoriti bangsa sendiri.majoriti muslim.masjid punya gah. pemimpin punya segak. ketua agama punya hebat. merdeka dah lebih 50tahun.

ada sesiapa dok brunei boleh sahkan tak situasi macam diatas tu berlaku di brunei tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 20-12-2016 08:38 AM
kannn...sedih despite susah pun ttp belikan barangan keperluan sekolah untuk anak2 ikut kemampuan  ...

kalau tiada kerja pergi mencurik aku faham.macam kes lelaki gi tesco mencurik tu kan.ok case klose. tapi kalau yang ada kerja. 13tahun dengan kerajaan pergi mencurik..zaman dr mahathir takde bende2 gini. setakat korupsi tu bende biasa.tapi kalau ambil 2-3trolley terus sorong gi kereta sambil tak buat bayaran ini agak merisaukan pada aku. kerana apa?

kakitangan awam yang dah lama berkhidmat dan dapat jawatan tetap dah jadi sendi dan urat sesebuah negara. kalau sendi dan urat ni sakit membengkak menanti nanah pecah buruk akibatnya.

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 05:15 PM | Show all posts
sedihnya.. kalau ada details pasal family ni nk jugak sedekahkan brg kat diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan si suhaimi ni yg delusi katun Moana hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 20-12-2016 04:32 PM
Yg ni aku setuju sis..baju2 Sekolah, masih ada yg harga mampu milik n Kain pun jenis yg ok. Bersed ...

tula aku nk mulakan kat tempat aku la.. at least tolong sorg dua dulu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 20-12-2016 04:30 PM
Boleh... Buat skala kecil dulu. Contohnya di tempat awak, awak mula dulu. Tak payah target seluruh ...

tula aku nak mulakan kt tempat aku dlu.. dpt sorg dua dulu pun jadilah at least..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 20-12-2016 04:32 PM
Yg ni aku setuju sis..baju2 Sekolah, masih ada yg harga mampu milik n Kain pun jenis yg ok. Bersed ...

Cuba tanya cikgu-cikgu sekolah...mana tau dorang ada kenal murid-murid yang memerlukan. Boleh serah pada dorang. Nanti dorang tolong agihkan  
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
PongKang replied at 20-12-2016 07:02 PM
tula aku nak mulakan kt tempat aku dlu.. dpt sorg dua dulu pun jadilah at least..

Betul tu.. Niat dah ada.. Semoga terlaksana  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2016 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semga kuarga ni di murahkn rezeki dan anak2 nya bijak2 belaka agar dpt ubah nasib kuarga....semoga mak dan ayahsentiasa menjaga kebajikan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 20-12-2016 10:04 PM
Betul tu.. Niat dah ada.. Semoga terlaksana

tq imran. sabtu nk ni nk cari dan bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 11:25 PM | Show all posts
Adoii bagi la no. Ka alamat org boleh jenguk tolg apa2 yg patut...ni cerita ja..

aku byk baju anak yg dah kecik2 x muat pakai..nak p cari org susah aku xdak masa lak..

kt tmn aku ada lorii kebajikan cina duk mai kutip brg2 kita x mau..tp aku x bagi..x pecaya..puas hati kalau sendiri yg bagi ke tgn  org susah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Jigglyjiggle replied at 20-12-2016 05:37 PM
Bukan si suhaimi ni yg delusi katun Moana hari tu

Tgk gmbr bersongkok tu mcm org yg sama..
Mmg sedih baca citer ni..kalo x btol aku hempuk jgk pale budak ni. Dh bergenang air mata baca td
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.229069 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list