CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9704|Reply: 123

[Edisi Murah Rezeki] Fazura Bakal Berduet Dengan Afgan. Apa Kata Haters?

[Copy link]
Post time 14-12-2016 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Bintang terkenal Indonesia Afgan yakin dengan kredibiliti Fazura sebagai penyanyi apabila mereka bakal berduet pada konsert jelajah Sides yang akan diadakan di Miri, Sarawak.
Afgan atau Afgansyah Reza, 27, berkata, walaupun kemampuan Fazura sebagai penyanyi pernah dipertikaikan namun dia melihat gabungan mereka itu nanti sebagai peluang wanita itu membuktikan bakatnya kepada peminat.

"Tidak adil untuk terus menilainya hanya kerana kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya sebagai penyanyi juga bukan selalunya sempurna ketika mengadakan persembahan dan seharusnya dia diberi peluang untuk membuktikan diri.

"Saya yakin dengan kredibilitinya sebagai penyanyi walaupun kami tidak pernah bekerjasama sebelum ini," katanya kepada mStar Online.
Afgan menang trofi Personaliti Luar Negara Melodi pada Anugerah Melodi 2016 baru-baru ini.

Konsert jelajah tersebut bakal diadakan di Stadium Bandaraya Miri, Sarawak pada 24 Disember ini.

Selain Miri, Afgan akan mengadakan sebuah lagi konsert di Johor Bahru pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, ditanya tentang pemilihan Fazura, Afgan berkata, ia dibuat oleh pihak penganjur yang ingin menggandingkan mereka.

Kata Afgan, sebelum bersetuju dia terlebih dahulu mendengar lagu nyanyian Fazura selain menonton muzik video penyanyi itu di Youtube kerana bersikap selektif berhubung penyanyi yang akan bekerjasama dengannya.

"Saya belum memilih lagu apa yang bakal kami persembahkan tetapi pastinya ia bersesuaian dengan vokal Fazura.

.
[size=15.008px]



"Walaupun agak bimbang kerana belum pernah bertemu dengannya tetapi pihak penganjur ada menghantar lagu dan muzik video nyanyiannya untuk saya dengar," ujarnya.

Bercakap lanjut mengenai konsert itu, Afgan berkata, dia bakal menyampaikan 20 lagu menerusi persembahan yang dijangka berlangsung selama dua jam itu.

Dalam perkembangan lain, Afgan mengakui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang anugerah Personaliti Luar Negara Melodi, Anugerah Melodi 2016 baru-baru ini.

Kata Afgan lagi, kemenangan itu disifatkan Sebagai mewakili artis dari negaranya yang berjaya diterima peminat di Malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2016 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
klau dgr kt radio ok jer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:17 PM | Show all posts
Apa nak  heran, tgk lah sape manage karier seni Fazura, Iman Tang...inilah bukti kepentingan seorang MANAGER dalam kehidupan seorang artis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
iols menyokong penuh kerjaya mekjura sbg penyanyi.. wlupn suara sheols so so ala2 selena gomez, masih sedap didengar walau realitinya agak hauk, tp kerna sheols gojessss iols maafkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal mlm td kt meletop bile afgan ckp dia bakal duet ngan fazura masing2 mcm krik2
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:25 PM | Show all posts
Duet jela selagi masih bernafas. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2016 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coklatkitkat at 27-1-2022 02:58 PM

MasyaAllah. Allahukhbar
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsleepy replied at 14-12-2016 09:22 PM
Apsal mlm td kt meletop bile afgan ckp dia bakal duet ngan fazura masing2 mcm krik2

Lofake ke yg krik2 tu? Ehe.. haruslah sentap dgr mekjura nk duet ngan afgan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2016 09:30 PM | Show all posts
sore klu dlm radio iol aman2 ja dgr..tp klu life mmg hauk sgt si pajura neh....tp sebab kegojesan sheols, iols tolak tepi ja itu semua..moga sukses yaaa!...oh lupa plak lg satu, moga maintain gojes n stay classy..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 14-12-2016 09:27 PM
Lofake ke yg krik2 tu? Ehe.. haruslah sentap dgr mekjura nk duet ngan afgan..

Bkn lopa..lopa tnye soalan lepas afgan ckp dia akn duet ngan fazura..pas tu nabil n penonton kt studio tu mcm tetiba diam.pas tu gelak
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gituhhh duet jela banyak orang lain akan dengar selain iols apadehal. Huntong2 dapat peminat indo murah rejeki mekjura lebarkan sayap ke indo pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 fav

Mohon haters Miss Fake terjun balkoni berjemaah mulai tgh malam ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 14-12-2016 09:39 PM
Gituhhh duet jela banyak orang lain akan dengar selain iols apadehal. Huntong2 dapat peminat indo mu ...

Mekjura dh lebarkan syp ke Indo la u.. lgu bulan terbelah di langit amerika yg duet ngn ank rhoma irama tu best... Sesuai ngn vokal sheols
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Faz ni mmg rajin, kje kuat usaha mcm2 dgn blakon nyanyi biz sume so iols ok je kalo dia ikut tour afgan ni, asalkan xkua vid bkn2 ngn afgan sudahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:47 PM | Show all posts
what?? kenapa afghan sanggup merendahkan standard heols sebegitu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 14-12-2016 09:44 PM
Mekjura dh lebarkan syp ke Indo la u.. lgu bulan terbelah di langit amerika yg duet ngn ank rhoma  ...

Ya ampunnnn idok la iols tahu. Bagus mekjura lebaukan sayap lagi ke asia pulak  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2016 09:52 PM | Show all posts
fazura ni cantik  teramat sgt hokay...last 2  or 3 weeks ago  dia kat spore makan kat restaurant nasi padang hj maimunah , i pun tgh makan duduk kat dekat pintu nampak mek zura turun dari tingkat atas , punya lah lawo putih kulit ploles okay....tapi i tak lah jakun nak menjerit ke sibuk2 nak minta otograf i cuma menikmati kacantikan mek zura je...happy naw naw
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Fazura nampak class n pro dengan karier dia sekarang. Kalu tengok ig dia, selalu sibuk ngan pelbagai talk n rantau asean punya events.kejap indon or filipina. Baguslah fazura. Kurangkan kontroversi murahan n fokus pada karier.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm
Sngnyah jd penyanyi asalkn kabel kuat
Iols nk jd penyanyi gak la
Vote meols hokeh nnti
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawangbsr replied at 14-12-2016 09:17 PM
Apa nak  heran, tgk lah sape manage karier seni Fazura, Iman Tang...inilah bukti kepentingan seorang ...

Betul sgt tu..bijak dia.iman ni bukan byk connection dgn artis indonesia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.324760 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list