CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8186|Reply: 34

Haram? Tugu Burung Helang Di Langkawi Bakal Dirobohkan Jadi Tanda Tanya

[Copy link]
Post time 8-9-2016 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Menjadi tanda tanya dan kecoh di laman sosial dengan kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berhubung tugu berbentuk burung helang sebagai mercu tanda di Langkawi adalah haram.

Memetik kenyataan Zamri dalam sebuah ruang kolum akhbar Berita Harian pada 2 September, pembinaan tugu sedemikian adalah haram di sisi Islam kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup iaitu burung helang.




Mengulas kenyataan yang dikeluarkan Zamri, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut menjelaskan, membina replika atau tugu menyerupai benda hidup sememangnya dilarang.

Menurut Harussani, apa sahaja benda hidup, kecuali pokok, tidak boleh dibina sebagai replika atau tugu jika ia dibuat dalam keadaan yang lengkap semua anggota.

Diminta pendapat jika tugu yang dikenali sebagai ikon pelancongan seperti yang terdapat di Pulau Langkawi perlu dirobohkan, beliau enggan memberikan komen.

Tambahnya lagi, "Yang perlu difahami, yang dilarang tetap dilarang."

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ini berikutan replika burung itu telah menjadi simbol keindahan tarikan pelancongan di Kedah dan bukannya disembah mana-mana pihak.

“Keindahan yang dilihat menerusi kaca mata Islam itu tetap ada, bukan tidak ada. Kita harus mengambil iktibar daripada nas bahawa Allah itu menyukai benda-benda yang cantik dan indah, jadi hal itu (cadangan meroboh replika helang) perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira hal ini," katanya.




Rais yang juga Presiden UIAM berkata cadangan merobohkan replika helang itu perlu dibincangkan sebaik mungkin kerana perlu mengambil kira kewujudan Tugu Negara di Kuala Lumpur dan patung kucing di Kuching, Sarawak, misalnya.

Membaca komen di laman sosial, ramai yang terkejut apabila ada yang sudah mula mencadangkan agar tugu itu dirobohkan.

Majoriti pengguna laman sosial berkongsi rasa hairan mengapa hal ini tidak dibangkitkan ketika tugu itu sedang dalam pembinaan. Jika begitu, tugu berbentuk kucing di Sarawak, kuda, ikan dan pahlawan di Sabah perlu dirobohkan jugalah? - CARI







Haram? Jadi Tanda Tanya Tugu Burung Helang Di Langkawi Akan Dirobohkan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2016 04:31 PM | Show all posts
semua politaik punya kes nie...
Helang tu kan masa Tun M yg buat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau mcm ni byk la replika replika di sabah dirobohkan.  bye bye kuda, udang, ikan dan lain lain haiwan yg menghiasi roundabout jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 04:58 PM | Show all posts
buat tugu koran kot? baru yislumik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 05:01 PM | Show all posts
ke batu bersurat macam ganu tuh? ke logo auloh peliharakan ganu...

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 05:23 PM | Show all posts
Edited by aduhaiya at 8-9-2016 05:25 PM
kentel replied at 8-9-2016 05:01 PM
ke batu bersurat macam ganu tuh? ke logo auloh peliharakan ganu...

Yang tu x ada masalah sebab Batu Bersurat dan Kalimah Allah bukan benda hidup... Yang menjadi isu yang tugu / mercu tanda tu adalah dari benda hidup. Misalnya, Manusia dan haiwan (kecuali spesis tumbuh-tumbuhan - pokok, bunga, daun)

apa2pun... kita tunggu dan lihat... Biar pakar/ahli yang bincangkan...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2016 05:41 PM | Show all posts
tunggu dan lihat je......
org politik mesti nak enterframe
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 07:44 PM | Show all posts
Sygnye kalo buang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2016 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg pendapat aku dulu lain la bende tugu mcmni org buat sembah... Skrg mane da org g sembh ke ape. Rasenye xde masalah kot.. Islam tu bukannye mnyusahkan ... Malah myenangkan.. Yg myusahkan bi manusia tu sendr
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
"Yang perlu difahami, yang dilarang tetap dilarang."
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Myerupai berhala
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 10:55 PM | Show all posts
kubur tempat sembah gang2 tu tanak plak dia roboh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu-isu seperti ini hanya picisan semata-mata. Walhal ada lagi isu yg lebih besar boleh diperdebat dan mencari solusi seperti isu sosial remaja, isu ekonomi, alternatif pendidikan negara yg lebih berdaya impak. Jangan nak diperbesar isu-isu keci sepert ini .
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 05:37 AM | Show all posts
ku mcm tu robohkan sekali tugu negara..sah2 tugu tu pon menyerupai benda hidup..lg2 siap ade letak kalungan bunga masa setiap hari pahlawan.. lg la nmpk mcm ade unsur2 pemujaan.. just my 2cents
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 09:22 AM | Show all posts
yang haram tetap haram
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 10:08 AM | Show all posts
tugu negara baru je disunti jutaan ringgit untuk dipercantikkan persekitaran nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 10:24 AM | Show all posts
Kenapa sebelum dibina x minta pendapat mufti sekali. Dah dibina, dah abis jota2 RM nak robohkan pulak... Pembaziran disitu.. Klu mengikut Islam x blh bina tugu2 ni semua kenapa dibina ? Ini kan negara Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipa.. ada maleis yang membuat tarian buri buri disana untuk memuja si helang ka?

Buatlah satu tugu untuk dia,kasi dia berfikir secara bijak sikit.. dalam banyak-banyak permasalahan, tugu juga dia nak sibukkan..

Mohon akikahkan sekali segala pepatung di taman tema, termasuk saki baki di mimaland itteww
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 02:55 PM | Show all posts
mmg la keroboh. project baru utk bina semula tugu baru nak bagi kat anak buah siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 03:13 PM | Show all posts
mmg la apa2 perhiasan berbentuk binatang x dibenarkan dalam islam... wpun x disembah tp ttp x blh... aku dulu kena buat cadangan utk rekabentuk imej bandar bg satu pekan di malaysia ni yg famous psl seafood...  ni tmasuklah cdgn rekabentuk arca di lokasi2 tertentu.. jenuh pikir apa benda aku nak design sbb yg tlintas dlm kepala otak aku time tu semua binatang... ketua jabatan aku x bagi buat design binatang atas sbb yg aku kata tadi la... even balik umah pun parent aku dok peringat benda yg sama... abah aku suruh study n tgk cth rekabentuk islamik yg bnyk guna geometri instead of binatang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.227230 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list