|
|
Oleh Izzah Abbasy
Baru sahaja sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-59 disambut semalam. Walaupun disambut secara sederhana, ia tetap meriah.
Semangat kemerdekaan masih belum lagi pudar walaupun rakyat Malaysia hari ini tidak menunjukkan kecintaan dengan mengibarkan jalur gemilang walau hanya sebatang bendera di kenderaan, namun bak kata rakyat Malaysia, 'bukan bendera yang perlu disibukkan tapi hati ini penuh kebal sayangkan Malaysia'. Ha, gitu.
Tidak seperti di negara luar, kemerdekaan atau hari kebangsaan yang disambut penuh dengan warna warni bendera negara dikibarkan. Sehinggakan tidak nampak jalan langsung dek bendera menguasai sepanjang bulan kemerdekaan.
Bagi gadis Dublin, dikenali Naoise (Nisha) 23 tahun yang juga saintis muda di hospital St Vincent's University ini, beliau yang mempunyai rakan di Malaysia mengucapkan 'Selamat Hari Merdeka, Malaysia!' dengan menulisnya di kertas dan ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Kalau gadis di Malaysia, meriah berselfie. Hehehe bukan semua ya. Suka dan bangga bila masyarakat lain turut merasakan kemerdekaan negara kita.
Belum terlambat penulis ucapkan Selamat Hari Merdeka Ke-59 Tahun Malaysia. Semoga rakyat Malaysia terus maju dah tidak lagi dijajah oleh kuasa-kuasa barat mahupun anasir-anasir luar dan sentiasa mendapat lindungan serta barakah oleh Allah SWT. Ameen. - CARI
|
|