|
|
oleh Adib Za
Siapa yang tak rasa rimas dan juga naik angin bila terpijak gula-gula getah di tengah jalan.
Bukan mudah nak tanggalkan daripada permukaan kasut kan? Selagi tak tanggal gula-gula getah itu, rasa tak selesa nak menggunakan kasut tersebut.
Tapi tak mengapa, di sini ditampilkan 3 cara mudah untuk menanggalkan gula-gula getah dari tapak kasut semudah ABC.
 Foto: Carian google
Caranya:
1. Cara pertama, simpan kasut dalam plastik dan letakkan dalam peti sejuk. Biarkan sejam kemudian keluarkan, gula-gula getah akan tanggal dengan sendiri.
2. Gunakan spray WD-40, hanya semburkan pada tapak kasut yang terkena gula-gula getah, ia akan tanggal dengan mudah sekali.
3.Anda juga boleh gunakan penanggal warna kuku (nail polish remover), sama seperti spray tadi, ia memudahkan gula-gula getah tanggal daripada tapak kasut. Selamat mencuba! - CARI
|
|