|
oleh Adib Za
Cakoi memang tak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, baik Melayu atau Cina semuanya sukakan makanan tradisional ini.
Namun, kini sebuah gerai telah menghasilkan cakoi versi 'hipster' yang didatangkan dengan pelbagai perisa. Gerai Mr. Sam yang terletak di Johor Bahru ini memberi nafas baru dengan menghasilkan cakoi cheese, coklat, chicken floss dan banyak lagi.
Pastinya ia mengingatkan kita dengan menu pisang cheese yang pernah menjadi viral suatu ketika dahulu. Harga yang ditawarkan juga berpatutan, seiring dengan penambahan bahan baru seperti keju dan coklat tersebut.
Menerusi gambar yang dipaparkan di laman Malaysia Food Chanel, anda boleh mendapatkan cakoi berperisa ini dengan RM7.50 untuk tiga keping.
Gerai Mr.Sam ini terletak di restoran Sri Perada, Johor Bahru, berhampiran kedai Mamak Yassin dan Hotel Thistle JB.
Jom apa lagi, jika anda ingin rasai kelainan cakoi yang telah dimodenkan ini! Yummy! - CARI
|
|