oleh Adib Za
Mendengarkan nama sahaja sudah boleh bikin terliur. Siapa yang tahan dengan godaan burger ketam lembut?
Kini anda boleh mendapatkannya di gerai Little Western & Burger yang terletak di Jalan Gurney Kiri, Kuala Lumpur.
Harganya memang sangat berpatutan iaitu RM12 sahaja untuk sebiji burger ketam ini. Berbaloi kan? Selain itu, menu lain tidak kurang hebatnya seperti burger chicken chop, lava chicken chop, sate, tahu bakar dan sebagainya.
Memang tak boleh tunggu lain kan? Terliur habis! Tak perlu pening kepala lagi untuk menu ketam lembut ini ya! - CARI
Kredit Foto: Fb Makan Makan
LITTLE WESTERN & BURGER,
Jalan Gurney Kiri (berdekatan Jalan Sultan Yahya Petra/Jalan Semarak), Kuala Lumpur
Kordinat Gps : 3.172104, 101.716043
Waktu Operasi : 6.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari |