View: 4061|Reply: 22
|
Anjing Mati Selepas Bunuh 4 Ekor Ular Tedung Demi Lindungi Tuannya
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Anjing merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan "kesetiaan" kepada tuannya.
Bermacam-macam kisah yang menceritakan tentang kesetiaan dan pengorbanan anjing kepada tuannya berlaku di seluruh dunia. Jadi tidak hairan lah ramai yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan disamping untuk "menjaga" rumah dari dimasuki pencuri.
Sebuah kisah sedih mengenai seekor anjing yang baru terjadi baru-baru ini di Bhubaneswar, India turut menjadi viral di media sosial pada masa kini.
Seekor anjing telah menyelamatkan keluarga tuannya daripada diserang oleh empat ular tedung sebelum mati akibat dipatuk di kampung Sebekapur daerah Gajapati, 400 kilometer dari Bhubaneswar, lapor IndiaTimes.
Anjing jenis Dobermen itu telah membunuh kesemua reptilia berbisa berkenaan sebelum rebah dan mati.
"Saya amat terkejut, anjing itu telah membuat pengorbanan yang amat besar untuk saya dan keluarga, saya akan ingat pengorbanannya itu sampai bila-bila."
"Saya akan berdoa kepada tuhan semoga seluruh roh dan jiwanya akan pergi dalam keadaan tenang," kata pemilik anjing berkenaan yang ternyata dalam kesedihan.
Ular yang dikenalpasti sebagai ular tedung gunung itu dipercayai telah memasuki kawasan rumah penduduk kampung akibat musim tengkujuh di mana sarang reptilia berkenaan dipenuhi air.
Pada Isnin lalu, empat ekor ular tedung berkenaan telah cuba memasuki rumah keluarga tetapi disedari oleh anjing tersebut menyebabkan ianya terus ke pintu rumah menghalang reptilia berkenaan daripada masuk.
Dia dilihat bergelut dengan ular-ular itu sehingga tanah di halaman rumah yang berlaku dalam tempoh yang agak lama sehingga reptilia itu mati dan anjing berkenaan dipenuhi darah.
Anjing tersebut dilihat terus bertarung sehingga setiap ekor ular berkenaan mati demi menghalang keluarga tuannya diserang sebelum ia rebah akibat terkena bisa.
Demi menghargai pengorbanan haiwan berkenaan, penduduk kampung telah meletak kalungan bunga pada badan anjing tersebut sebelum ditanam.
Semoga kisah ini dapat dijadikan tauladan dan seterusnya menyedarkan golongan yang sering berlaku kejam terhadap haiwan. Sedangkan haiwan pun mempunyai "nilai kasih sayang" setinggi ini, bagaimana pula dengan kita sebagai manusia? - CARI
Sumber- Siakapkeli.my |
|
|
|
|
|
|
|
Muntah darah anjing tu dek bisa ular... |
|
|
|
|
|
|
|
anjing adalah makhluk ciptaan Allah juga. cuma ada yang bangang nampak anjing baling batu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesetengah anjing lebih mulia dari manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu kelebihan anjing ni.. Dia setia dgn tuan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Jujur i rasa sebak sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa die org tgk je anjing tu bergelut sampai bunuh 4 ekor ular sampai mati?
kenapa x tolong anjing tu?
teringat kisah dekat US, rumah family ni kena masuk perompak
perompak tu dh masuk bilik tidur tuan rumah & wife die, masa die org sibuk bertengkar perompak tu nak tembak tuan rumah ttiber anjing die lompat halang peluru tu dari terkena tuannye...uuhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
LARI TOPIK SIKIT
ANJING MMG HAIWAN YANG SETIA PADA TUAN NYE
TERINGAT KISAH ASHABUL KAHFI
7 PEMUDA YANG BERIMAN MELARIKAN DIRI DEMI MENYELAMATKAN IMAN
YANG TERTIDUR DIDALAM GUA SELAMA 309 TAHUN YANG DISANGKA TIDUR HANYA SEHARI
BILE DORG TERSEDAR TENGOK2 BINATANG TUNGGANGAN DAN ANJING DAH MEREPUT BERTULANG
ANJING YANG DIJANJIKAN SYURGA
BANYAK KISAH ANJING NI..
ALLAHUALAM
|
|
|
|
|
|
|
|
anjing yg setia...teringin nak bela sekor tapi apakan daya... |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya. semoga masuk syurga anjing yg baik |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi.. Ular kan kire mcm Tuhan mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
teringat citer cina anjing yang buat kebaikan dapat jadi manusia untuk tempoh 44 hari.
filem Happy Ghost. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kat kg pon ada bela anjing untuk jaga ladang sawit
pon mati sbb kene patuk ular |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x kena samak... best bela anjing. anjing2 yang besar. cuddles dengan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang pada semua makhluk |
|
|
|
|
|
|
|
sedih...setia dia pada tuan nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|