|
Oleh : TS LOO
Gara-gara suami enggan melakukan hubungan intim setelah 6 bulan berkahwin, isteri membuat siasatan secara senyap dan barulah terkejut mendapati suaminya merupakan seorang perempuan dan mempunyai seorang anak yang berusia 17 tahun.
Menurut laporan media, setelah beberapa bulan berkenalan dengan Muhamad Efendi Saputra yang menggelar dirinya seorang pegawai polis, Heniyati pun bernikah dengannya pada akhir tahun lepas.
Oleh kerana, setelah berkahwin, suaminya tidak pernah ada keinginan untuk berhubungan intim dengannya, keadaan itu membuatkan Heniyati mula rasa curiga.
Justeru itu, Heniyati pun memeriksa dompet suaminya, amat terkejut mendapati suaminya bernama Suwarti, merupakan seorang wanita berumur 40 tahun.
Difahamkan demi dapat bernikah, Suwarti membuat pemalsuan beberapa dokumen yang diperlukan untuk perkahwinan, termasuk mengupah pelakon tambahan untuk menyamar menjadi saudara maranya dan ahli keluarga, akibatnya dia berjaya menipu Heniyati semasa majlis perkahwinan.
Kini, polis Indonesia menahannya dibawah kesalahan pemalsuan identiti. Berkenaan perbuatannya melakukan pemalsuan identiti itu, Suwarti menjelaskan semuanya disebabkan kecewa dengan kegagalan perkahwinan yang dialaminya sebelum ini.
Sekiranya disabit kesalahan, dia akan dipenjarakan selama 7 tahun. - CARI |
|