CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12504|Reply: 73

Bisnes Yang Awie Jalankan Tidak Elok, Kata Bekas Abang Ipar

[Copy link]
Post time 14-7-2016 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Awie dan bekas isterinya, Rozana. Kredit gambar - Sinar Harian



Kontroversi yang melanda penyanyi rock kumpulan Wings, Awie, masih lagi belum reda semenjak penceraian dengan bekas isterinya, Rozana Misbun.


Seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Online, Othman Misbun, 41, yang merupakan bekas abang ipar kepada Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa penyanyi itu ada membuka perniagaan kelab malam yang dinamakan Malai Rock Station Bistro bertempat Ipoh, Perak.


Osman yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem mengaku pernah berkunjung ke kelab malam tersebut kira-kira empat tahun lalu.


"Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali yang mana sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut.


"ada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram disisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya," katanya di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris berhubung kes hadanah (penjagaan anak) di sini semalam.



Othman (kiri) bersama adiknya, Rozana ketika hadir ke mahkamah semalam. FOTO - Kosmo



Othman berkata demikian selepas disoal peguam Jamal Mohd. Lokman Sulaiman yang mewakili adiknya, Rozana yang juga plaintif ketika ditanya aktiviti penyanyi itu selain menyanyi dan berlakon.


Ketika prosiding semalam, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman tidak hadir di mahkamah kerana tidak sihat.


Terdahulu, Awie mengesahkan pada media bahawa desas desus pertunangannya dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana pada 3 Jun lalu adalah benar.  - CARI











Sumber - Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2016 03:23 PM | Show all posts
dari masa blom kawen dah ada bisnes ni...tapi pilih gak nak kawen...dah cerai bising pulak..

bila nak habis citer diorg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 03:27 PM | Show all posts

mana tau dia bagi duit dari kelab malam tu kat anak2 bini dia? khuznuzon

ni aku share 1 kisah. kawan aku ni kaki nombor ekor. tapi setiap kali menang tu dia buat enjoy x pun modified kereta. kata dia duit untuk anak bini , dia bagi duit gaji
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 03:29 PM | Show all posts
duit yg adik ko songlap dr akaun si sawie tu agak nye hasil dr kelab malam gak....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 03:37 PM | Show all posts
masa adik ko cekik duit lakinya dulu, takde pulak nasihat hasil tak baik bla bla bla..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 03:43 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-7-2016 03:37 PM
masa adik ko cekik duit lakinya dulu, takde pulak nasihat hasil tak baik bla bla bla..

Ntahnyer...
Duit tu lah yg adik ko dok perabih beli handbag memahal enjoy sana sini
Tak pulak ko ingatkan adik ko pasal tu?
Masa baik semua wangi2 jah
Bila perang yg dulu baik pun terus jadi tak baik wpun dari azali bnda tu mmg tak baik
Manusia2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2016 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wateverlah rozana oii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 03:54 PM | Show all posts
bila dah tak suka, bau bunga mawar pun dah bau bunga tahik ayam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2016 04:00 PM | Show all posts
Jadi, hasil income Awie semuanya TAK ELOK.
Kalau dah tahu, janganlah tuntut napkah untuk anak-anak kau.
Nanti  anak-anak makan hasil tak elok.............................
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:01 PM | Show all posts
amboi...dah cerai berai , barulah kata duit bekas ipar tu baik tak baik sumbernya, itu juga adik ko kikis & guna hari2
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mieymiey at 14-7-2016 04:06 PM

Dah cerai, baru terbuka bijik mata yang bisnes sawie tu tak baik? Dulu masa kawen, yang tak baik pun dianggap baik
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ini artikel pitenah.jgn tembok trus..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal mcm bengkak muka rozana? Mcm kak nita dah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:17 PM | Show all posts
ladyflower replied at 14-7-2016 03:23 PM
dari masa blom kawen dah ada bisnes ni...tapi pilih gak nak kawen...dah cerai bising pulak..

bila ...

tu la pasal. rozana sendiri kan nak kahwin dengan awie. bukan ada sesiapa paksa. tanggun la sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:25 PM | Show all posts
blum lg duit dia jadi ayahanda, tiap2 bulan dr abg long2 or anak2 bwh dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
'Osman yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem mengaku pernah berkunjung ke kelab malam tersebut kira-kira empat tahun lalu.'

Alahai. Bung osman pun kerja dunia drama dan filim, lg mahu mengata bung awie. Yg bung osman pergi 2 kali ke kelab tu buat apa pulak? Sama aje diorg nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2016 04:27 PM | Show all posts
dulu x fikir pulak kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:44 PM | Show all posts
ikutkan lakonan pun sma je..
adik dia pun pelakon jugak kan...
mana ble berlakon pegang2..peluk2..pun tak berapa manis tuh..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:46 PM | Show all posts
ipar duai duduk diam2 sudahlah
nak jugak menyebok..
adik sendiri pun mcmlah elok sangat..a match made in heaven
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 04:47 PM | Show all posts
eemm.. rezeki x berkat.. tu la jd nya... hidup pun x berkat.. tunggang langgang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.073599 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list