oleh Adib Za
Hubungan suami isteri yang bagaimana untuk memastikan ia bakal berpanjangan?
Jawapannya, bertoleransi dan juga memudahkan kedua belah pihak. Di kala isteri sedang sibuk menguruskan anak-anak, suami bolehlah membantu hal lain untuk memudahkan urusan isteri, dan begitulah sebaliknya.
Inilah yang ditunjukkan oleh seorang suami menerusi sebuah video pendek yang tersebar di laman sosial. Dia didapati bertindak menyuap isterinya makan ketika isteri sedang sibuk mengendong anak.
Difahamkan isterinya terpaksa berhenti makan berkali-kali kerana sedang mengendong dan menyusukan anak mereka.
Tindakan suami yang menyuap makanan tanpa diketahui sedang dirakam ini mendapat pujian ramai. Moga ia menjadi inspirasi kepada pasangan suami isteri di luar sana.
Bukan sukar pun membantu isteri kan, sang suami? - CARI
|