Sejak bergandingan sebagai pengacara ABPBH 29, Mira Filzah semakin rapat dengan Zizan Razak. Malah, mereka berdua pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa sebelum ini. Sudah beberapa bulan berkawan, Mira mula sedar Zizan bukan lelaki buaya darat seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Mira menyifatkan Zizan seorang lelaki budiman dan amat fokus dengan kerjaya beliau. Jelas sekali pelakon wanita itu cukup selesa berkawan dengan Zizan. Selain itu, Zizan juga seorang yang suka membantu dan mengambil berat tentang orang lain.
Tidak kenal maka tidak cinta. Selepas kami rapat, persepsi saya terhadap Zizan berubah 100 peratus. Dia tidak seperti yang digambarkan. Setakat ini saya selesa berkawan rapat dengan Zizan. Bekerja dengannya pun satu pengalaman yang menyeronokkan. Dia bersungguh-sungguh, banyak memberi idea dan tidak kedekut ilmu. Langsung tiada perangai diva. Kami sudah seperti adik beradik. Saya senang dengan Zizan kerana perangainya yang gila-gila dan sentiasa menceriakan suasana. Sebagai teman, Zizan seorang yang mengambil berat dan suka membantu.
Ehem2..melambung betul pujian Mira Filzah buat Zizan Razak..Hehe..tapi apa yang dikatakan oleh Mira itu ada betulnya. Kadang-kadang kita kenal dahulu hati budi seseorang sebelum menghakimi mereka.
Sumber : Beautifulnara Selanjutnya : http://beautifulnara.com/zizan-bukan-buaya-darat-seperti-yang-diperkatakan-mira-filzah/#comments
|