AKHIRNYA motosikal yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia tiba. Terimalah Honda RS150R, bakal menjadi saingan hebat buat motosikal panas, Yamaha Y15ZR.
Kemasukan Honda RS150R atau dikenali sebagai Honda Winner 150 di pasaran Vietnam bakal menggegarkan peminat motosikal moped negara apabila harga ditawarkan adalah hampir sama seperti pesaingnya.
HARGA: Honda RS150R akan dijual pada harga bermula RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST dan tidak bagi insurans).
4 WARNA MENARIK: - Merah - Metallic Red
- Repsol
- Biru - Matte Blue (advance)
- Hitam - Matte Black (advance)
REKAAN: Dari aspek rekaan, Honda RS150R tampak tidak banyak beza seperti Honda Winner 150. Cuma membezakannya adalah kehadiran lampu isyarat depan dan belakang terkeluar atau terpisah dengan bentuk bandannya.
Walau bagaimana, Honda RS150R masih lagi hadir dengan rekaan yang garang dan sporty. Dari pandangan depan, ia dipadankan dengan lampu LED. Lebih tampak garang, ruangan roda didatangkan dengan rekaan rim dan luar yang lebih besar.
- Tayar Depan - 90/80-17 46P (Lebih besar berbanding Yamaha Y15ZR)
- Tayar Belakang - 120/70-17 58P (Sama seperti Y15ZR)
PRESTASI: Berbanding Yamaha Y15ZR, prestasi dipadankan pada Honda RS150R adalah lebih berkuasa. Ia dikuasakan unit enjin suntikan bahan api PGM-FI berkapasiti 150cc DOHC.
Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15.4hp pada 9,000rpm dan tork puncak 13.5Nm (6,500rpm). Untuk makluman, Y15ZR hanya didatangkan dengan kotar gear 5-kelajuan.
PanduLaju juga sempat bertanya berapakah kelajuan maksimum RS150R. Menurut Boon Siew Honda, kelajuan maksimum Honda RS150R adalah 150kmj. Wau!!!
TIBA OGOS: Untuk makluman, Honda RS150R hanya akan berada di bilik pameran atau wakil pusat jualan pada awal Ogos 2016. Walau bagaimana, tempahan sudahpun boleh dibuat.
Bagaimana, berminat? Nantikan laporan kedua PanduLaju di mana kami akan membuat perbandingan spesifikasi antara Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR.
SPESIFIKASI:
Honda RS150R
ENJIN Suntikan bahan api PGM-FI berkapasiti 150cc DOHC
KUASA MAX 15.4hp @ 9,000rpm
TORK MAX 13.5Nm @ 6,500rpm
TRANSMISI 6-kelajuan
KAPASITI TANGKI 4.5L
BERAT 123KG
SUSPENSI Teleskopik (depan) / Monoshock (belakang)
HARGA Bermula RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (Termasuk GST dan tidak bagi insurans)
|