Pelakon Eira Syazira, 31, mengambil keputusan membatalkan rakaman single ketuhanan bersama kumpulan Wali Band.
Keputusan itu diambil bagi memastikan keselamatan kandungan yang baru memasuki bulan kedua.
Proses rakaman sepatutnya dilakukan dalam tempoh terdekat bagi edaran Ramadan nanti namun keadaan kesihatan kurang mengizinkan untuknya meneruskan rancangan berkenaan.
"Alhamdulillah pihak pengurusan Indonesia memahami situasi saya baharu disahkan hamil anak kedua. Doktor menasihatkan saya supaya banyak berehat kerana kandungan masih baharu selain agak berbahaya bagi ibu hamil trimester pertama menaiki penerbangan. "
Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. Ini adalah rezeki yang diberikan-Nya. Saya menerima percaturan yang dibuat untuk kami sekeluarga dengan hati terbuka. Jika tiada aral saya akan ke Jakarta apabila kandungan sudah kuat bagi merakamkan single kedua," katanya.
Mungkin ada yang terkejut atau tertanya-tanya "aikk!! Eira Syazira pun boleh menyanyi ke?". Jangan tak tahu, ok bagi yang belum pernah mendengar nyanyiannya, nah kami belanja satu lagu nyanyian Eira Syazira. Layan... - CARI Infonet.
adik adik dia semuanya pakat belakon...ade yang dari kecik lagi dah belakon cuma kita tak sedar sgt... dlm mr mama dulu ade adik dia yg cantik tu jadi anak kepada arash..
adik laki dia si boy/ syazwan suhaimi tu je gile nyanyi ade studio bagai kat umah..buat cover lagu orang.....ade buat rakaman single tapi agak hauk juga.... sebab hakikatnya suara heshe memang tak best sangat ...hahahaha