Pelakon Hisyam Hamid yang popular dengan drama bersiri Isteri Vs Tunang, memberitahu dia merindui saat-saat bergelar sebagai anggota bomba di Singapura. Malah bau asap api sudah menjadi sebati dalam hidupnya sepanjang bergelar anggota bomba.
“Sampai satu ketika memandu kereta saya buka tingkap semata-mata untuk bau asap sehinggakan isteri saya menegur. Tapi perkara itu datang secara semulajadi dan dikira sebagai pengubat rindu,” katanya yang ditemui di Majlis Seleksi Program Terbaik Ramadan Astro 2016.Tambahnya lagi, dia tidak pernah menyesal untuk meninggalkan kariernya itu untuk menjadi seorang pelakon kerana minatnya yang mendalami terhadap seni mendorongnya untuk terus berkarya.
“Apapun saya tak pernah menyesal tinggal karier saya yang dahulu untuk menjadi anak seni, akan tetapi sebab sudah lapan tahun bekerja sebagai anggota bomba membuatkan saya suka dan selesa akan suasana kerja tersebut serta mempunyai kawan-kawan yang baik. Jadi bukan mudah untuk saya lupakan suasana itu walaupun sudah bergelar selebriti,” katanya kepada Rotikaya.
Dalam perkembangan lain, Hisyam Hamid akan menemui anda dalam Drama berjudul ‘Imam Mudaku Romantik’ pada bulan Ramadan ini di saluran Astro Oasis.
|