View: 2603|Reply: 44
|
Budak 6 Tahun Stabil, Masih Dirawat Di Hospital
[Copy link]
|
|
Seberang Perai: Ibu saudara kepada kanak-kanak berusia enam tahun yang dilaporkan hilang mendedahkan keadaan Aisharafeeka Amanda atau lebih mesra disapa sebagai Sharifah kini lebih sihat berbanding ketika dijumpai semalam.
Sharifah dijumpai selamat selepas dikatakan hilang selama hampir 24 jam, semalam, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Kepala Batas (HKB).
“Kami diberitahu, dia (Sharifah) di bawah jagaan polis dan ketika ini, keadaannya baik iaitu boleh makan, boleh bercakap dan sebagainya.
“Tapi, disebabkan kes ini masih dalam siasatan polis, kami pun tak dapat maklumat sangat untuk dikongsi ketika ini. Kena tunggu maklumat lanjut daripada pihak polis juga,” jelasnya.
Semalam, mangsa dijumpai orang awam di sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Keriang, Penaga, kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi kediamannya di Desa Kuala Muda, dekat sini pukul 6 petang.
Menurut polis, siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira pukul 1.30 tengah hari, namun tidak pulang ke rumah sehingga pukul 5 petang sebelum operasi mencari digerakkan dengan bantuan ahli keluarga serta penduduk kampung berkenaan.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
budak 6 tahun keluar main kul 1.30, ko tggu sampai 5 ptg tak balik baru nk kelam kabut?? 6 tahun oii bukan 16 tahun, tak belajar ke dr kes nurin dulu??? |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni main dgn sapa
takde penjaga bagai ke
baru 6 thn kut |
|
|
|
|
|
|
|
Boh nama panjang2, last2 panggil nama yg xkena mengena pun |
|
|
|
|
|
|
|
macam manalah mak bapak dia boleh aman2 duduk dlm rumah dalam masa yg sama anak main sorang2 luar rumah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat area kampung mmg mcm ni ...sbb dorg rasa selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 6 tahun, keluar bermain sorang2 pukul 1.30 tengah hari!!!??? Parents budak ni biar betik?? Waktu adalah waktu yg tak sesuai kanak2 keluar bermain. Kelibat orang yg tidak ramai serta hari panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca kat fb..dia anak yatim, tinggal dgn tok yg dah xlarat. Mak saudara datang tgk kkdg je sbb bukan duduk serumah. |
|
|
|
|
|
|
|
awekjepun: Aku baca kat fb..dia anak yatim, tinggal dgn tok yg dah xlarat. Mak saudara datang tgk kkdg je sbb bukan duduk serumah.
kiranya mak ayah dah takde la ya… habis tu kenapa mak sedara tak bela je?
|
|
|
|
|
|
|
|
ni lagi satu contoh parents cuai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya anak yatim yg di bwh jagaan tok yg dah tua...
Terabai kebajikan budak tu. Senang utk dimanipulasi oleh org yg berniat tak elok.
Ibu saudara/bapa saudara mungkin tiada kemampuan utk menjaga dia. Mungkin masing2 ada masalah mereka tersendiri yg tak diketahui.
Btw, yatim maknanya tiada ibu ATAU bapa. Yatim piatu barulah tiada ibu DAN bapa kan.
Bersangka baik, adalah sbbnya yg kita tak tahu yg ibu atau bapa yg masih hidup tak dpt menjaga dia. Wallahuaklam. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai anak yatim ke erm lepas ni mungkin mak sedara dia kne slalu jengukla. budak ni tinggal dgn tok yg tua plak tu. kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 29-5-2023 08:03 AM
kiranya mak ayah dah takde la ya… habis tu kenapa mak sedara tak bela je?
Mak ayahnya kat penjara sis. Ya dia anak penjenayah sis. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau zaman 80an dulu ye....
la ni 2020an....ko dah kenapa bio anak umur 6 thn merayap srg2 dari tgh hari sampai ptg |
|
|
|
|
|
|
|
Nama sedap didengar, yang penting selamat semuanya |
|
|
|
|
|
|
|
komen kat atas ni kata anak yatim... tapi kalau anak penjenayah pun, takkan la makpak sedara takleh bela... dok humban kat tok tua pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 29-5-2023 11:33 AM
komen kat atas ni kata anak yatim... tapi kalau anak penjenayah pun, takkan la makpak sedara takl ...
Jap kau tunggu akak buktikan kata2 akak betul sis. Akak nak cari balik video youtube tv3 ka tv9 ka itu hari kata mak ayah dia kat penjara sissy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|