Pengacara, pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu akan pergi bercuti melalui hantaran di Insta Storynya.
Menerusi video berdurasi beberapa saat itu, Neelofa yang kelihatan sedang mengemas barangan di dalam bagasi ditemani anaknya Muhammad Bilal memberitahu mereka sekeluarga akan pergi bercuti untuk buat pertama kali bersama anaknya itu.
" Percutian pertama dengan Bilal, nak packing barang nak kena buka semua barang untuk travel" katanya.
Pasti netizen tak sabar nak tahu ke mana mereka akan bercuti kerana tidak dinyatakan pula kemana destinasi percutian mereka itu.
Apapun, selamat bercuti buat Neelofa, Haris dan Bilal. Siapa tahu sempena percutian mereka kali ini peminat semua dapat tengok wajah penuh Bilal tanpa perlu lagi berteka-teki?
Sama-sama kita nantikan!. - CARI
|