CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3811|Reply: 11

Nak Berniaga Online Kaya Seperti DS Vida? Hanya Ikut 9 Tip Ini

[Copy link]
Post time 5-5-2016 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Kadang-kadang kita selalu terfikir, bagaimanalah mereka yang berniaga onlinne mudah berjaya. Juallah apa-apapun terus boleh jadi kaya. Eh, betul ke?

Bukan semudah itu mereka boleh 'maintain' berjaya. Semuanya berkat kesungguhan dan kerajinan mereka. Yang penting, nak berniaga dan berjaya sehingga jadi kaya raya seperti Dato' Seri Vida dan Dato' Aliff Syukri adalah dengan 9 tips ini. - CARI Infonet



1. Nama Perniagaan

Cari nama perniagaan yang mudah diingat,mudah ditaip dan sependek mungkin agar mudah ditaip diingat. Anda juga boleh memilih nama perniagaan anda berdasarkan nama produk yang anda mahu jual.




2. Bermula Secara Kecil-kecilan

Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga ribuan ringgit.

Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai.


3. Mempunyai Strategi Yang Berkesan

Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, anda juga perlu mempunyai strategi yang berkesan.

Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan.


4. Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan.

Jika tidak, pelanggan akan lari dan anda yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka.

Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan anda sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu.




5. Jangan Hilang Fokus Terhadap Apa Yang Diusahakan

Setiap perniagaan yang ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya.

Oleh itu, anda haruslah mengelak daripada mengerjakan beberapa perniagaan serentak di dalam satu-satu masa.

Anda jangan sekali terpengaruh dengan peluang yang cuba mengalih fokus anda ketika itu. Sebenarnya itu salah satu cabaran dan dugaan terhadap usahawan baru seperti anda.

Fokus kepada perniagaan anda sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang anda sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.



6. Pemasaran Adalah Nadi Perniagaan

Pemasaran adalah nadi perniagaan yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemilik bisnes kerana ia akan menentukan kejayaan perniagaan anda dalam jangka masa pendek.

Tiada cara lain untuk anda bersaing di dalam perniagaan sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara dan teknik anda melakukan pemasaran.

Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal.

Oleh itu, anda perlu sentiasa belajar ilmu dan teknik pemasaran yang terkini agar dapat diadaptasi dalam menggerakkan perniagaan anda.


7. Rajin Belajar

Belajar di sini adalah menerusi pembacaan, menonton video tutorial dan rajin dalam membuat kajian tentang teknik ataupun cara yang betul melakukan perniagaan internet.


8. “Survive”

Perniagaan Internet tidaklah semudah yang disangka. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha akan berjaya.

Praktik setiap tips yang diperoleh daripada mentor. Belajar untuk bertindak sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya.

Kelak, sifat “Survive” inilah yang bakal membantu anda dikemudian hari.


9. Tiada Jalan Singkat

Apa yang penting dalam mekakukan perniagaan online adalah kesabaran. Tiada jalan mudah untuk bertahan lama dan berjaya dalam perniagaan internet jika kita mempunyai sikap mahu cepat kaya.

Buang sifat negatif itu serta mula belajar sedikit demi sedikit ilmu perniagaan Internet, Practice Makes Perfect!

Kesimpulan

Ingatlah kejayaan tidak datang dengan cepat. Letaklah sasaran yang realistik untuk dicapai. Tanya kepada diri sendiri, di manakah tahap perniagaan anda setahun akan datang, tiga tahun akan datang, lima tahun akan datang dan seterusnya.

Insya-Allah kejayaan sentiasa mendampingi mereka yang berusaha. Selain itu,selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya.


Kredit : www.sentiasapanas.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 04:03 PM | Show all posts
ni yg semangat nk meniaga secara online.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 04:29 PM | Show all posts
Tak semudah digambarkan sebenarnya sebab setiap hari makin banyak saingan yang kreatif je akan lebih menonjol
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yepp! Sumer betul belaka! Iolls suker biz paling best biz nii tang kira duit + hari hari duit masuk tak putus, alhamdulillah syukur banyak banyak horkeh! Jgn lupa bersedekah dan bagi kat parents uolls!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
blackwidowbae replied at 5-5-2016 05:33 PM
Yepp! Sumer betul belaka! Iolls suker biz paling best biz nii tang kira duit + hari hari duit masu ...

Sy nak beli produk awak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 08:58 AM | Show all posts
Sazida replied at 5-5-2016 07:49 PM
Sy nak beli produk awak.

Iolls tader produk uolls~~ taik sembang jerr lebih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2016 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
blackwidowbae replied at 6-5-2016 08:58 AM
Iolls tader produk uolls~~ taik sembang jerr lebih

Hahahaa hakuuu dh hagakkk dah macik janda ni kaki spin mcm fin jamal
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 6-5-2016 02:43 PM
Hahahaa hakuuu dh hagakkk dah macik janda ni kaki spin mcm fin jamal

Kahkahkah

bijak sungguh uolls~ nak hadiah takk?? Nanti datang kat boutique makcik horkeh! Kihkihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2016 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaa hadiahh ape tu nokkkss?? Kondom ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 6-5-2016 08:37 PM
Hahaa hadiahh ape tu nokkkss?? Kondom ke

Ish ish ishhh..awat tak tekan button reply nokkk? MN saper lerr nii, makcik memang banyak haters, orang jaki berdengki tak pasal~ kihkihkih

makcik dah perasan dah MN nih saja nak cari pasal dengan makcik dari tred sharnaz nabila tu~

awat busuk hati sangat tu nokk?? Sakit jiwa kah??? Banyakkan berzikir, cuci hati bersihkan hati~ anak ni dok tuduh cakap makcik janda lerr kaki spin fyn jamal ler dah kenape?? Merangkak lerr kat padang masyar nanti cari makcik untuk minta maaf yerr nokkk~~

kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
blackwidowbae replied at 6-5-2016 08:58 PM
Ish ish ishhh..awat tak tekan button reply nokkk? MN saper lerr nii, makcik memang banyak haters,  ...

Hahahaha makcik makcik
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 01:53 AM | Show all posts
tapi vidak bukan kaya sbb meniaga online....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.736429 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list