View: 3422|Reply: 3
|
Justin Bieber dikecam akibat kenyataan tidak sensitif berkenaan Prince
[Copy link]
|
|
Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber menimbulkan kemarahan ribuan peminat Prince berikutan komen tidak sensitif yang ditinggalkan di laman Instagram berkenaan mendiang Prince.
Pada hari Khamis, ahli muzik, Andrew Watt mencatatkan satu penghormatan terakhir kepada mendiang Prince di akaun Instagramnya.
“Purple One merupakan lagenda penghibur yang terakhir yang dimiliki oleh industri hiburan,” tulis Andrew.
Kemudian akaun Instagram milik Bieber meninggalkan komen, "bukan lagenda penghibur yang terakhir,” di bawah kenyataan tersebut.
Susulan itu, beribu-ribu peminat Prince mengecam komen Justin Bieber di Instagram dengan menyifatkan komen itu sebagai tidak sensitif.
Bagaimanapun, menurut laporan Billboard, Justin Bieber menafikan perbuatan itu dan berkata komen itu adalah palsu dan tidak ditinggalkan oleh Bieber.
Namun, peminat dilihat tidak mempercayai kenyataan itu malah meminta Justin untuk memberi ‘alasan’ yang lebih meyakinkan.
Setakat ini, tiada ada sebarang penjelasan daripada Justin Bieber.
sumber : astroawani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha. Kompiden naw naw JB ni dia adalah legend |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah apa yg si bibir tu cakap.. mariah carey, celine dion dan beberapa org lagi still idop lagi.. kalau si mamat tu cakap lagenda terakhir dari zaman prince maybe boleh diterima akal.. ni secara general cakap gitu, aku pon bengang..
Koserrr lak aku layan diorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aik?? Betul la apa JB ckp. Dia tak ckp pon diri dia. Peminat prince sentap lebih |
|
|
|
|
|
|
| |
|