Oleh Izzah Abbasy
Bukan sahaja di Jepun, Korea dan negara-negara sejuk mempunyai bunga Sakura ini. Tetapi di Malaysia seperti utara tanah air dan Sabah pohon Sakura ini merimbun di sepanjang jalan.
Sakura atau cherry blossom boleh dilambangkan sebagai simbol kepada musim bunga. Musim bunga sakura biasanya sangat pendek. Tempoh bunga ini berkembang mekar kebiasaanya ialah 5 ke 7 hari sahaja. Kebiasaanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka, bunga sakura ni akan mula berbunga mekar pada hujung bulan Mac setiap tahun dan akan berakhir pada awal bulan April.
Sekarang di Kedah bunga Sakura atau lebih dikenali dengan nama bunga Tecoma. Pokok ini pula lazimnya akan mengeluarkan bunga pada bulan Februari dan Mac.
Jika lalu di tepi-tepi jalan memang cantik sangat tengok pokok bunga ini. Terdapat warna merah jambu, putih dan merah. Cuaca panas pun rasa sejuk saja bila tengok bunga ini gugur. - CARI Infonet
Kredit Foto : Facebook Panorama Indah Kedah Darulaman
|