CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 0

MENCIPTA SEMULA ISLAM, SEBUAH WAWANCARA BERSAMA EBRAHIM MOOSA

[Copy link]
Post time 18-4-2016 09:10 PM | Show all posts |Read mode


Konsep-konsep sepertikemurtadan dan kekufuran mendedahkan bahawa teologi Islam masih terperangkap dalam kerangka fikrah politik Islamik yang terjajah, ujar Ebrahim Moosa, seorang cendekiawanberpangkalan di Amerika Syarikat.
Apa yang diperlukan adalah sebuah proses penilaian yang kritikal. Moosa menyeru agar umat Islam untuk meneroka semula iktibar dalam sejarahmereka yang penuh dengan kepelbagaian dari terjebak dengan versi teologi Muslim hari ini yang bersifat reduksionis yang penuh kepura-puraan. Wawancara oleh Claudia Mende.
Profesor Moosa, dalam Islam tradisional, isu-isu seperti murtad dan kekufuran masih dikira sebagai satu jenayah. Bagaimanakah anda berhadapan dengan perkara ini sebagai seorang ahli teologi?
Ebrahim Moosa: Kita perlu memikirkan isu-isu ini dari dua peringkat. Pertamanya adalah untuk memahamiapa yang dikatakan kemurtadan itu sebenarnya adalah sebahagian dari teologi yang bersifat penjajahan. Hatta di dalam empayar bukan Islam sekalipun – ambil contoh warisan dari Kristian yang bersifat menjajah – bilamana seseorang itu meninggalkan kepercayaannya, mereka akan dilihat sebagai seorang pengkhianat terhadap sesebuah empayar itu.
Anda sedang melakukan satu kenyataan politikal saatnya anda meninggalkan sesebuah kepercayaan. Keadaan ini serupa bagi kedua-kedua empayar, baik Islam mahupun Kristian : murtad adalah sebuah perbuatan khianat yang politikal. Sehingga hari ini, kita masih memandang ketidaksetiaan dalam politik sebagai pengkhianatan.

Dan peringkat yang lain itu?
Moosa: Peringkat yang lain itu adalah untuk mengenal pasti bahawa teologi yang bersifat menjajah ini sudahpun tamat tempohnya dengan kebangkitan negara bangsa : idea perihal kewarganegaraan, idea-idea tentang hak individu serta cara baru dalam memahami peranan mereka yang beragama.
Hari ini, para teologi Muslim mengambil sikap yang berikutnya tentang soal murtad ; jika anda menukar kepercayaan ia hanyalah soal di antara kamu dan Tuhan; menukar kepercayaan tidak lagi dilihat sebagai satu perbuatan khianat terhadap tatanan politik.
Dalam sebuah negara bangsa yang moden, agama adalah soal peribadi dan dekat dengan diri, sementara Negara dan masyarakat madani-lah yang menyelia ruang awam. Begitu pun, kita jangan lupa bahawa idea ini sendiri masih dipersoalkan di Barat. Masih terdapat warga Kristian yang merasakan bahawa nilai-nilai Kristian perlu dilaksanakan oleh Negara. Perkara ini turut menjurus kepada kekaburan dalam memahami perbezaan ini sekaligus mencipta sebuah ruang samar antara ruang awam dan peribadi.
Namun begitu, soal kemurtadan masih digunapakai sebagai satu cara untuk menggertak atau membungkam cendekiawan.
Moosa: Tidak disangkal lagi bahawa dalam pemahaman teologikal komuniti Muslim, murtad masih dilihat sebagai satu jenayah berlawanan dengan tatanan masyarakat. Sebuah soal selidik yang dijalankan oleh Pew Research Center mendedahkan bahawa dalam masyarakat seperti di Tunisia sekalipun, ramai yang masih mempercayai bahawa murtad adalah sebuah jenayah.
Saya percaya yang ahli teologi gagal dalam tugas mereka dalam mendidik masyarakat untuk memahamkan bahawa membuat pilihan berkaitan keagamaan tidak harus dipandang sebagai satu jenayah. Jika anda menjatuhkan hukuman untuk soal ini, ianya sekaligus memaksa mereka dalam soal kepercayaan di mana ianya adalah sebuah antitesis dari apa yang diajar oleh Islam tentang keimanan.
Apakahbentuk pemikiran semula teologikal yang diperlukan dalam menyelesaikan permasalahan ini?
Moosa: Kita memerlukan satu pemahaman baru tentang apa itu Tuhan dan apa yang dimaknakan dengan Islam dalam suasana politik dan ekonomi yang kita hadapi hari ini. Bagaimana seseorang itu mentafsir agama dalam sebuah masyarakat moden? Sejak meninggalkan politik empayar, kita tidak lagi memerlukan teologi yang berbentuk empayar.
Teologi persis seperti itu hanya menyuap soal hierarki yang bias, yang pastinya turut tentang ketuanan sesebuah agama terhadap agama yang lain atau hak keistimewaan sesebuah gender berbanding yang lain. Sebuah negara bangsa yang moden perlu memastikan hak-hak seorang individual. Pada hemat saya, banyak negara Muslim hanya mengambil kerangka negara bangsa yang cetek di mana pengisian serta kandungan undang-undang mereka tidak selari dengan wacana moden tentang hak-hak manusia.
Dan teologi Muslim masih terperangkap dengan apa yang diungkap oleh anda; sebuah konsep yang terjajah?
Moosa:.Benar, sesetengah undang-undang berasaskan agama yang dijumpai di negara-negara Muslim kebanyakannya adalah peninggalan kepada apa yang saya takrifkan sebagai teologi politikal Islam yang terjajah. Sebagai satu warisan lampau, teologi politik yang terjajah ini perlu dicantas dari imaginasi politik dan keagamaan melalui penilaian kritikal, mempersoal, ijtihad serta pendidikan.
Bagaimanakah perkara ini dapat dilakukan semula saat kebanyakan ulama, ahli teologi di negara-negara Arab sangat hampir dengan regim yang menjadi boneka?
Moosa: Di sesebuah masyarakat di mana autoritarianisme berleluasa, para ahli teologi seringkali akur kepada sesebuah sistem politik, atau terus merasa jengkel sepenuhnya kepada para penguasa yang tidak mempunyai keabsahan. Ahli politik boleh saja menjadi secular dalam praktis politiknya, namun dalam soal teologi boleh jadi mereka sangat “wedded” terhadap teologi yang lapuk.
Banyak sekali kerajaan Muslim yang sekular mengganggu-gugat, memenjara serta menyasarkan cendekia dan ahli teologi untuk membuktikan keIslaman mereka, dalam percubaan mereka untuk menyatakan bahawa mereka lebih Islamik dari tandingan Islamis mereka itu.
Apa tujuan mereka berbuat begitu adalah sekadar mahu menyedapkan orang di sekeliling mereka atau ianya benar-benar melambangkan fikrah mereka?
Moosa: Mereka fikir yang teologi adalah sebuah sepak bola politikal di mana mereka boleh menggunakan massa. Pada hemat saya, ketiadaan sebuah ajaran teologi yang bermaruah membina sebuah lohong yang besar dalam masyarakat Muslim. Sebuah teologi yang penuh maruah perlu menjadi penanda aras serta sasaran untuk semua nilai-nilai yang dipercayai.
Pentafsiran semula teks serta ajaran-ajaran lain yang tidak mencapai penanda aras ini perlu diketepikan. Tugas yang besar amat diperlukan dalam melakukan penilaian semula terhadap undang-undang Islam, teologi serta praktis moral dalam mencapai tujuan ini.
Anda mengatakan bahawa teologi Islam sudah mati ketika memberi ucapan di Jerman tempohari. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan itu?
Moosa: Teologi Islam sudah mati saatnya hanya wujud beberapa masyarakat normal di mana warganya dapat melakukan refleksi terhadap alamiah kebaikan dalam suasana yang stabil. Sebahagian besar dunia Muslim hari ini bergelut dengan sengketa politik. Di Indonesia, Malaysia, Turki atau Tunisia, di mana negaranya lebih stabil, warganya dapat menerokai sudut pandang dalam memahami siapa mereka, apakah yang dimaksudkan dengan Tuhan dan bagaimana Tuhan dimaknai di dunia.
Begitupun, masih wujud sebuah fahaman teologi, apa yang dipanggil teologi yang penuh kejanggalan dalam memberi keabsahan terhadap keganasan dan kuasa tanpa mengira apa pun contohnya seperti Islamic State atau teologi yang diangkat oleh regim autoritarian.
Apakah ada di mana-mana yang anda lihat wujudnya kebangkitan (Islam yang murni)?
Moosa: Anda boleh menjumpainya di Lebanon di mana ahli teologi Muslimnya yang baik, di mana masyarakatnya rencam beragama untuk saling memahami, termasuklah cabang Islam Sunni dan Shia, serta kepelbagaian jalur Kristianiti dan arus sekular masyarakatnya. Teologi yang mengangkat maruah seperti inilah yang mencambah harapan serta peluang. Teologi baru mulai wujud khususnya di negara-negara seperti Lebanon, Indonesia serta minoriti Muslim di Afrika Selatan dan Ameriika syarikat contohnya.
Ruang politikal yang membuka ruang ekspresi idea-idea baru penting dalam bereksperimen dengan teologi. Anda memerlukan kebebasan bersuara dalam usaha mengelakkan mana-mana ahli teologi yang tidak bersetuju dari menjalankan kempen yang bersifat demogogik terhadap tandingan mereka dan memaksa sesebuah kerajaan untuk melempar lawan mereka ke penjara.
Sejarahnya, teologi Islam dicirikan oleh kepelbagaian yang lumayan. Begitupun, hari ini ianya seakan-akan hilang.
Moosa: Itulah salah satu tragedi besar Islam moden! Kita amat memerlukan hari ini apa yang telah menjadi bukti kepada kegemilangan kita pada suatu masa dahulu. Sebahagian dari permasalahan ini adalah orang Islam tidak lagi mengenali waktu silam mereka sendiri.
We have to study the past to discover the great lessons of diversity, rather than relying on the monolithic, very reductionist and flimsy versions masquerading as Muslim theology today. That is the biggest challenge in both Muslim majority and minority contexts.
Kita perlu mengkaji masa lampau dalam usaha untuk menerokai kerencaman pengalaman kita dari terus-terusan bergantung kepada versi Islam yang monolitik, yang sangat bersifat reduksionis serta mengangkat versi yang berpura-pura sebagai apa yang dipanggil teologi Muslim hari ini.Inilah cabaran terbesar dalam konteks Muslim sebagai masyarakat majoriti mahupun minoriti.
Jika begitu, apa yang terjadi jika Presiden Mesir, al-Sisi pergi ke al-Azhar dan menggesa sebuah reformasi Islam…
Moosa: Gesaan untuk reformasi seperti itu pastinya tidak mempunyai daya tarikan untuk bertahan lama. Mungkin ada ahli teologi yang akur, namun ianya akan tetap berlaku pada permukaan semata-mata dan tidak organik. Pertamanya, kerana dirinya adalah seorang diktator, maka al-Sisi perlu melakukan reformasi terhadap dirinya terlebih dahulu. Namun begitu beliau bukanlah pemimpin yang pertama berkelakuan sebegitu.
Nasser mengubah al-Azhar dan membentuknya menjadi alat Negara. Al-Azhar tidak diberikan kebebasan akademik. Apa sahaja yang dikatakan oleh cendekia di Mesir pada hari ini boleh saja menjadi “senjata memakan tuannya” sendiri. Kebebasan politik adalah asas utama kepada reformasi keagamaan dalam skala yang besar, di mana ianya akan membenarkan segala macam idea untuk diperdebatkan.
Dua ruang iaitu awam dan politik sangat berkait dengan Islam. Mengapa ianya begitu sukar untuk dipisahkan? Apakah pegangan anda tentang sekularisme?
Moosa: Saya tidak mempunyai keberpihakan yang tetap dalam soal ini. Saya merasakan bahawa idea untuk memisahkan ruang, di antara sekular dan agama adalah sebuah fiksyen kognitif (cara fikir) yang berguna. Ianya sebuah fiksyen politik yang muncul dari perjuangan Eropah dalam memisahkan kekuasaan gereja dari kekuasaan kerajaan. Begitulah apa yang terjadi di Eropah namun lain pula sejarahnya di Afrika Utara mahupun Timur Tengah.
Untuk menggesa sesebuah model untuk keseluruhan umat manusia di dunia ini boleh menjadi pemaksaan. Kuncinya, isu ini bergantung kepada masyarakat untuk mencari jalan di mana kerajaan serta kekuasaan kerajaan dalam berfungsi secara efektif tanpa menghalang masyarakat dari berkembang. Sekularisme dalam hal ini adalah hanya salah satu eksperimen dalam soal pengasingan ruang kekuasaan. Pastinya wujud beberapa model lain yang memungkinkan.
Apa maksud anda wujud pengasingan di antara dua ruang tersebut tanpa menggunakan terma sekularisme itu?
Moosa: Terdapat sebilangan besar ahli teologi Kristian, Islam dan Yahudi yang peduli tentang bagaimana “gerabak” sekular yang tidak terkawal ini yang menuju ke satu arah di mana mereka hanya mengemukakan kemegahan sistem sekular sekaligus mengenepikan cara hidup orang lain. Membicarakan hal ini bukanlah bermaksud untuk menjadikan benua Eropah, Kristian semula apatah lagi Muslim mahupun Yahudi. Namun agar warga Eropah untuk turut menerima kritikan terhadap sekularisme itu sendiri.
Golongan sekular membuatkan agama untuk memikirkan kedudukannya sendiri. Pastinya, dalam cara yang sama, agama dapat membantu sekularis untuk memikirkan semula beberapa aspek sekularisme itu sendiri. Misalnya, Jurgen Habermas sendiri awalnya mengangkat rasionaliti sekular yang keras tanpa mahu berbicara langsung dengan agama. Namun hari ini, beliau mengujarkan bahawa kita perlu berbicara lanjut tentang agama kerana dirinya sedar peri-pentingnya menghargai agama.
Mengapa kita perlu berbicara dengan agama?
Moosa: Ianya penting untuk mengembleng usaha berbicara dengan Muslim di Eropah dengan lebih mendalam, tanpa perlu menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk berdialog adalah dengan Islam untuk menjadi sekular terlebih dahulu. Warga Eropah perlu berhenti berkata begitu. Berikan Muslim di Eropah ruang untuk mereka merasakan bahawa Eropah adalah rumah mereka. Jika anda mengambil beberapa perlakuan ganas oleh beberapa individual Muslim sebagai satu keabsahan untuk melakukan stigma kepada seluruh umat Islam di Eropah Barat, makanya anda sudahpun meletakkan Muslim di dalam situasi yang sukar.
Anda memaksa mereka untuk membuat pilihan di antara kepercayaan mereka – Islam – dengan kedudukan politik di Eropah. Pastinya, mereka akan memilih Islam. Berikan Muslim di Eropah ruang untuk bernafas supaya mereka dapat mengembangkan teologi mereka dan benarkan mereka untuk berhadapan dengan sekularisme, dalam usaha sekularis untuk membetulkan diri mereka jua.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.535262 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list