CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2265|Reply: 2

Saya minum air, bukan alkohol: Salman

[Copy link]
Post time 8-4-2016 12:28 PM | Show all posts |Read mode



MUMBAI: Pelakon tersohor Bollywood, Salman Khan, menafikan beliau mengambil alkohol sebaliknya menegaskan cuma minum air pada satu parti sebelum keretanya merempuh gelandangan yang tidur di kaki lima dalam kejadian langgar lari pada September 2002.

Dalam kes itu, seorang maut dan lima lagi cedera. Dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Agung, pelakon itu mendakwa polis memerangkapnya dalam kes itu berdasarkan bukti palsu.

Salman meminta mahkamah itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Mumbai yang membebaskan beliau dalam kes berkenaan. Kerajaan Maharashtra mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi itu.

Keputusan membebaskan Salman pada Disember lalu menimbulkan kemarahan orang ramai. Dalam perbicaraan sebelum ini, bintang 'Bajrangi Bhaijaan' itu disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Kenyataan pengawal peribadinya, Ravindra Patil, menjadi asas sabitan itu.

Salman berkata, polis sengaja tidak mengendahkan keterangan rakan pelakon itu, Kamal Khan, yang berkata kereta itu dipandu pemandu aktor berkenaan ketika kejadian. "Responden minum air di kelab Rain. Beliau tidak minum sebarang jenis alkohol. "Pendakwaan tidak membawa saksi yang melihat responden mengambil alkohol," menurut afidavit itu. - AGENSI


www.bharian.com.my


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem meletop dia tu difilemkan lepas perbicaraan ke?

Kalau ya. If dia disabitkan bersalah dan dipenjarakan. Tak meletop sgt la filem tu walaupun penceritaan bagus sbb pembawaan watak dia dlm tu bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 02:13 PM | Show all posts
Abg bhaijaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041948 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list