Oleh Izzah Abbasy
Asyik makan pizza ala Barat sahaja kan? Apa kata kali ini cubalah pula pizza tradisional. Tak pernah makan? Kat manalah nak cari?
Ha, jika anda orang Kuantan atau ingin berkunjung ke Kuantan, wajib cuba makan pizza di warung "Seni Bidadara Pizza".
Pizza yang dihidangkan di kedai ini dibakar secara tradisional. Kedai ini terletak di Rajawali Outer Space di Cenderawasih, Kuantan. Tengoklah pada gambar-gambar yang dikongsikan, warung mereka luar biasa sangat. 'Rare' gitu orang cakap. Lain daripada yang lain. Macam dalam hutan ke? Eh, taklah.
Kalau nak lagi mudah anda boleh waze sahaja alamat seperti di bawah ini ya! - CARI Infonet
Alamat : Rajawali Art Gallery, Lorong 13, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan
Masa : 3 petang hingga 7 malam sahaja (Rabu dan masa outstation tutup)
Telefon : 013-9112003
|