View: 2760|Reply: 13
|
Ache Ache Buka Pintu Dipuji????
[Copy link]
|
|
Pulangkan Beg Dipercayai Milik Pelancong Arab Saudi Beserta Isinya, Pekerja Tema Air ini Dipuji
Tindakan jujur seorang pekerja taman tema air di Sunway Lagoon mendapat pujian orang ramai.
Kisah kejujuran wanita tersebut yang berusia 57 tahun itu dikongsi oleh akaun Facebook Sunway Theme Parks Career & Community pada Rabu lalu.
Menurut laman Facebook tersebut, Paruvathy merupakan seorang pekerja yang bertanggungjawab menjaga kebersihan taman tema itu. Beliau telah berkhidmat selama lebih 20 tahun.
Kata laman Facebook itu juga, pekerja warga emas itu memulangkan semula beg yang mengandungi wang bernilai RM1,850 dan juga Riyal 7,244.00 beserta tiga pasport.
Beg itu dipercayai milik seorang pelancong dari Arab Saudi berdasarkan jumlah wang Riyal yang banyak di dalam beg berkenaan.
Paruvathy menemui beg itu di atas sebuah kerusi ketika beliau pergi untuk makan tengahhari. Paruvathy kemudian bertindak memberikan beg itu kepada kaunter 'Lost and Found'.
‘Kejujuran akan melahirkan kecemerlangan. Ini merupakan satu contoh tindakan integriti oleh pekerja wira taman tema kami.
“Aunty Paruvathy saves the day!” tulis mereka.
Posting mengenai kisah Paruvathy telah menerima lebih 4 ribu likes serta dikongsi lebih dari 4,000 kali.
Tindakan jujur dari Paruvathy mendapat reaksi dari netizens yang rata-rata memuji tindakan itu dan berharap agar kisah Paruvathy dijadikan teladan.
Selain itu ada juga yang berkata Paruvathy perlu diberikan pengiktirafan dan perlu ditawar jawatan yang lebih tinggi dengan kenaikan gaji.
Kisah kejujuran Paruvathy juga turut mendapat perhatian media cetak tempatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
May god bless your beautiful heart aunty! |
|
|
|
|
|
|
|
semoga lebih ramai orang punyai akhlak dan moral yg tinggi seperti ini
tidak mengira kaum, bangsa atau agama |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih aunty sb bagi cth yg baik kpd pelancong~ |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib aci ni yang jumpa kalau orang lain tak tahu le macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sekali pg bercuti kat satu resort ni dlm beg ni ada 4handphone,iPad,camera,duit senang ckp barang berharga..lalu dh masuk bilik terlupa.
Sekali dh mencari xda beg tu,selang bape minit ada sorg mamat ketuk pintu,pulangkan beg tu,siap minta maaf sbb buka psl nk tgk maklumat.xda barang hilang.mmg tersentuh hati sbb wujud lg manusia jujur semulia tu.
Mudahan insan mcm aci ni,mcm dlm pengalaman aku,tuhan bg rezeki Dan kebaikan dlm kehidupan mereka.sbb sikap mulia diaorg . |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 rezeki berpihak pd kite...kdg2 tidak.... aku pon pernah terjatuh duit berselerak kat kedai mamak dalam 300.. abes makan nak pergi beli brg check duit cicir...patah balik..mujur yg jumpe pekerja..die pulangkan pd cashier... cashier serahkan semula.. kalau tidak nayaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Moga aunty dimurahkn rezeki insyaallah..sbb k mah kita pon dpt 2 juta lepas pulangkn beg org arab.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|