[/url] BERITA baik buat peminat Ford Mustang. Model ikonik itu kini sudah berada di Malaysia dan bersedia dilancarkan dalam masa terdekat.
Berdasarkan penyebaran gambar Ford Mustang di laman sosial yang tertulis ‘Malaysia’ pada bahagian cermin hadapan, ia mengesahkan lagi bahawa model ini bakal menemui peminatnya di sini. [url=http://pandulaju.com.my/ford-mustang-kini-sudah-berada-di-malaysia/] Sebelum ini juga Ford sudahpun membuka tempahan pra-pelancaran bagi model Mustang yang dijual pada harga serendah RM435,000. Untuk makluman, Ford Mustang ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.3L EcoBoost dan 5.0L V8.
HARGA: - Ford Mustang 2.3L EcoBoost – RM435,000 hingga RM450,000
- Ford Mustang 5.0L V8 – RM550,000 hingga RM565,000
6 PILIHAN WARNA MENARIK: - Putih (Oxford White)
- Hitam (Shadow Black)
- Biru (Deep Impact Blue)
- Kelabu (Magnetic Grey)
- Merah (Race Red)
Manakala warna kuning (Triple Yellow Tri-Coat) hanya ditawarkan untuk varian 5.0L V8 sahaja. [/url][url=http://pandulaju.com.my/ford-mustang-kini-sudah-berada-di-malaysia/] PRESTASI: Dibina di kilang pemasangan Flat Rock di AS, Ford Mustang ditawarkan dalam versi fastback dan convertible. Bagi enjin 5.0L V8, ia menawarkan kuasa sehingga 435hp dan tork puncak 530Nm.
Manakala enjin EcoBoost® bersesaran 2.3L pula mampu menghamburkan kuasa sebanyak 310hp. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
Jika anda peminat model ikonik ini, bolehlah mula menabung sekarang. Apa-apapun, mari kita sama-sama nantikan kehadiran model Ford Mustang di jalan raya.
SUMBER: Pandulaju.com.my
|