View: 2253|Reply: 14
|
Ladies, 5 Cara Menikmati Masa Single
[Copy link]
|
|
Jika anda berfikir bahawa kebahagiaan adalah apabila ada kekasih, lebih baik cuba ubah pandangan. Perlu menjalinkan hubungan tak semestinya bahagia, dan bil anda single, tak semestinya kena sedih sepanjang masa. Single juga berhak gembira.
Bagaimana nak menikmati hidup bila bersendirian?
Lebih rapat dengan kawan-kawan
Luang masa untuk bermain dengan rakan-rakan atau bercuti bersama keluarga. Tenangkan fikiran anda untuk bersama mereka.
Lakukan aktiviti kegemaran
Sekarang, anda mempunyai banyak masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti kegemaran anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyertai pelbagai komuniti yang melakukan hobi yang sama seperti anda. Namun, jangan lupa untuk membuat hobi positif kan? Satu hobi yang baik akan memberikan manfaat yang baik untuk anda juga.
Lebih fokus kepada kerja
Lakukan apa yang anda mahu capai, ingat kejayaan yang anda inginkan. Sekarang, anda boleh fokus untuk meneruskan kerjaya dan impian. Sekurang-kurangnya boleh membantu anda menumpukan perhatian untuk merealisasikan keinginan dalam hidup anda.
Lebih Terbuka
Tiada sesiapa lagi akan curiga apabila anda berkenalan dengan orang baru, bukan? Berkawanlah dengan orang di sekeliling anda. Bergaulah sebanyak mungkin. Sekurang-kurang ia menghilangkan rasa sedih anda.
Rasa percaya pada diri sendiri
Banyak yang rasa 'down' setelah putus dengan pasangannya. Jadi kurang percaya diri sendiri kerana gagal membina hubungan. Ups, sebaiknya hindarkan penyesalan dan kekecewaan itu. Meratapi kegagalan hubungan yang lalu tak akan membuat perubahan dalam hidup anda. Sekurang-kurangnya anda akan percaya pada diri sendiri daripada org lain. Erti kata lain, anda lebih berhati-hati dengan orang sekeliling.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lebih banyak masa dengan ibubapa |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu, lebih baik single daripada ada pasangan yang menyakitkan hati |
|
|
|
|
|
|
|
Lakukan aktiviti kegemaran |
|
|
|
|
|
|
|
semua yang diatas adalah benar |
|
|
|
|
|
|
|
free_username replied at 24-3-2016 05:21 PM
betul tu...setuju sangat
Kannnn
hati pun lagi tenang dan happy. Lain ler kalau pasangan tu pandai menghargai dan tak menyakitkan hati, huntung ler siapa ader partner begitu, jaga baik baik, horkeh! Ahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kwn2 yg dah kawin pun sebok nak join kami yg single ni travel...
pastu pegang handfon tak lekang ...suami asek tefon jer..
sabojer |
|
|
|
|
|
|
|
single ni rase indipendent sgt.....
waaaa rase nak bersaing dengan lelaki.... |
|
|
|
|
|
|
|
i 29y/o. single. dah time mcm ni..rasa masa dengan parents berkualiti sangat. mak ayah ajak p mana ikut je.. masing2 dah pencen.. kenduri kawen member2 dia pun ikut. ye la, dlu sekolah, masuk U, masa tu parents pun kerja mana ada masa mcm ni. masa ni rasa penting nya the quality of time with them. |
|
|
|
|
|
|
|
nfaaa replied at 25-3-2016 12:07 PM
i 29y/o. single. dah time mcm ni..rasa masa dengan parents berkualiti sangat. mak ayah ajak p mana i ...
Kan. Nikmat masa bersama keluarga. Setakat hanya takde pasangan hidup hanya akan jadi issue kecil sgt |
|
|
|
|
|
|
|
blackwidowbae replied at 24-3-2016 06:30 PM
Kannnn
hati pun lagi tenang dan happy. Lain ler kalau pasangan tu pandai menghargai dan tak men ...
Nape jaga baik2? Blackwido nak hamik ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Luang masa dgn ibu bapa..
Travel the world |
|
|
|
|
|
|
|
dh puas enjoy masa bujang dulu, skg time utk family pulak... i love my family... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|