|
Originally posted by ecam at 21-12-2006 04:46 PM
: kena bayaq sendirik kaaa???
bih tu? hang ingat pree ka nasik nih??
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by oobi at 22-12-2006 08:33 AM
tak der gambar nasi kandaq ker?
<mesti posting hik hik hik>
hang masuk website nih...
www.pelita.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
hang la bayaq
kata tokey :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #623 ecam's post
mmg laa haku bayaq
tih tih tihh
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #625 the_trooper's post
hik hik hik seb baik hang bayaq
aku tak bawak wallet :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #626 ecam's post
xpa....xpa....sekali sekala
dua kali dua kalaaaaa
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Weh..bro,bila nk lepak kt nasi kandaq lg arr :cak: Tp kita besa ka lepak kt nasi kandaq :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by the_trooper at 22-12-2006 09:20 AM
hang masuk website nih...
www.pelita.com.my
troop, oobi tak nampak gambar nasi kandaq kat dalam website tuh...tapi menu yang dia orang best kan? troop pernah makan kat situ ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ultracoolguy at 22-12-2006 08:53 PM
Weh..bro,bila nk lepak kt nasi kandaq lg arr :cak: Tp kita besa ka lepak kt nasi kandaq :hmm:
wakakakaka....tu pasai la bro...
dok lepak tang lain....
takpa...nak haku call hang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by oobi at 23-12-2006 03:16 AM
troop, oobi tak nampak gambar nasi kandaq kat dalam website tuh...tapi menu yang dia orang best kan? troop pernah makan kat situ ker?
menu dia mmg besttt
kat pelita tu haku biasa makan....
not bad
kalau nak best, lepak time ada football match...mmg meriah arrr...ada big screen |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by the_trooper at 23-12-2006 09:10 AM
kalau nak best, lepak time ada football match...mmg meriah arrr...ada big screen
Tue pn kalo mai awai..kalo lambat jwp dier,dk kt kedai lain lar..:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
tak dan nak makan nasik kandaq aritu
kenyang beb makan ikan bakaq/kenduri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #632 Ultracoolguy's post
Lama tak nampak abg Ultra... dok kata nak blanja roti tisu... tak blanja pun.. :jeler: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #634 BabeYSHa's post
Ada nie..nk blanaja kalo kena wait haku p Png lar..Tue lar dolu org nk blanja cek xmo..:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
bila laaa aku nak try nasik kandaq nihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #636 ecam's post
Lor..susah pa..p lar Png..try yg ori nyer hapuskan cetak rompak..:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Sj up kan balik..jgn mare naaa :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azaleena at 2-4-2004 09:10
nasi dalca Tasha la ... bukan nasik kandaq
Tasha dah bukak balik, jual tepi jalan yg ada payung warna biru kat simpang sekolah Chong Cheng Sg Ara. tempat lama dia kat airport byn lepas Kashmiri dah amik pot tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Kandar Kapitan Keling
Oleh Zainal Abd Jalil dan Alias Puteh
KULIM, 17 Mac (Bernama) -- Apabila memperkatakan tentang nasi kandar, ia merujuk kepada hidangan nasi, yang popular dari utara tanah air, dimakan bersama pelbagai lauk-pauk yang dimasak kari beserta hidangan sampingan.
Secara tradisi nasi ini dimakan dengan hidangan sampingan seperti ayam goreng, kari daging atau ayam, sotong atau udang goreng. Sayur yang mengiringi lauk-pauk itu pula kebiasaannya ialah terung dan bendi.
Apa sebenarnya yang menjadikan nasi kandar, yang berasal dari Pulau Pinang, begitu mengiurkan citarasa adalah kerana ia dihidangkan bersama lauk yang diletakkan di atas sebuah pinggan di mana campuran kuah kari dituang di atas nasi menjadikan nasi kandar mempunyai satu rasa yang unik.
Kepada peminat setia nasi kandar, sajian Nasi Kandar Masjid Kapitan Keling di Lebuh Pitt, Pulau Pinang, yang terkenal sejak 1950-an pastinya membangkitkan lagi selera kerana nasi kandar di sini terkenal dengan keenakan dan aroma 'nasi dalca' dan kurma kambing yang menyelerakan.
Bagi mereka yang tinggal di Taman Sejahtera, Lunas dekat sini kini berpeluang menikmati dan sekaligus mengubat kerinduan terhadap nasi kandar.
RESTORAN GENERASI KETIGA
Pewaris Nasi Kandar Masjid Kapitan Keling, Mohammad Mahmud, 35, adalah generasi ketiga pemilik asal Gerai Nasi Kandar Masjid Kapitan Keling di Lebuh Pitt.
Mohammad, yang mesra dipanggil Abu Tolha oleh keluarga dan kenalan, memberanikan diri membuka cawangan pertama di luar Pulau Pinang dengan nama Restoran Balkis di Taman Sejahtera tiga bulan lepas. Restoran ini menghidangkan hampir 20 menu setiap hari yang dimasak dua kali sehari iaitu pagi dan petang supaya kualiti, kesegaran dan keenakkannya tidak terjejas.
Antara menu yang popular ialah ayam goreng bawang, ayam Kapitan, ayam 'negro' dan puyuh goreng, katanya.
"Saya berharap pembukaan restoran ini dapat mengubat rindu peminat nasi kandar dan nasi dalca Nasi Kandar Masjid Kapitan Keling di Lunas", Mohammad memberitahu Bernama dalam temubual di sini baru-baru ini.
Katanya, resepi Nasi Kandar Kapitan Keling diwarisi beliau secara turun-temurun dengan cara mempelajari daripada bapanya yang menerima resepi itu daripada arwah datuknya, S.K. Seeni Mohammad.
"Datuk saya mengasaskan Restoran Iqbal di Butterworth selepas Perang Dunia Kedua sebelum berpindah ke Lebuh Pitt, di sebelah Masjid Kapitan Keling. Dari situ nama Nasi Kandar Masjid Kapitan Keling diperoleh," kata Abu Tolha.
Mohammad berkata, arwah datuk mendaftarkan perniagaannya dengan nama Nasi Kandar Masjid Kapitan Keling apabila perniagaan berkembang maju dari gerai menjadi restoran dan kekal sehingga hari ini.
RAMUAN ADALAH PENENTU
Seorang saudara, Sheikh Daud menyambung usaha datuk tetapi apabila beliau uzur saya mengambil-alih perniagaan itu daripada beliau pada tahun 2000, kata Mohammad.
"Keenakan nasi kandar bergantung kepada ramuan utama iaitu rempah giling tetapi saya mengadunkannya dengan idea sendiri mengikut selera penggemar malah rasanya lebih memikat," katanya.
Mohammad berkata pengalaman selama 20 tahun dalam bidang penyediaan resepi masakan nasi kandar membantu beliau mengekalkan tradisi keenakan Nasi Kandar Masjid Kapitan Keling.
Katanya, sejak mengambil alih Restoran Nasi Kandar Masjid Kapitan Keling beliau ada memikir untuk mengembangkan perniagaan ke luar Pulau Pinang.
"Pengalaman selama 15 tahun menguruskan Restoran City milik bapa saya SKS Mahmud di Lebuh Bishop sangat berharga", katanya yang kini menghabiskan banyak masa di Lunas menguruskan Restoran Balkis.
JAMINAN RASA
Beliau memberi jaminan penggemar nasi kandar dan nasi dalca di Lebuh Pitt dapat menikmati rasa yang sama di Restoran Balkis kerana ia menggunakan resepi yang sama dan diselia olehnya sendiri.
Semasa promosi, restoran itu menjual sepinggan nasi dalca dan seketul lauk 'ayam goreng bawang' atau 'ayam negro' atau 'ayam Kapitan' atau kari ayam ditawarkan pada harga RM2.60 sahaja.
"Alhamdulillah, promosi ini berjaya meningkatkan jualan dari dua hingga tiga kilogram beras semasa dibuka kepada lebih 15 kilogram beras sehari pada masa ini", tambahnya.
Dalam usaha memperkenalkan Nasi Kandar Masjid Kapitan Keling di daerah Lunas, Mohammad turut menyediakan sebuah kereta tolak untuk berniaga bersama peniaga lain di tepi jalan masuk ke Taman Sejarah dan ia mendapat sambutan menggalakkan.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|