View: 1746|Reply: 0
|
Adakah Anda Miliki 'Hutang Tidur'? Semak Segera!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/21/183013dqm23xoajcoamudd.jpg)
(Sumber foto: Carian google)
Mungkin ramai di kalangan anda yang sering berasa letih dan lesu selepas seharian bekerja, ia sebenarnya berkaitan dengan waktu tidur yang kurang mencukupi.
Tidur yang cukup dan berkualiti begitu penting agar kesihatan anda sentiasa optimum dan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.
Memetik laman Metro UK, The National Sleep Foundation menyarankan jumlah tidur yang cukup berdasarkan umur anda.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/21/182603ad4b3a4s6vs9w845.jpg)
Memetik laman Metro UK.
Kebanyakan orang dewasa memerlukan masa antara 7 hingga 9 jam tidur, namun mereka hanya tidur sekitar 6 jam sahaja.
Jika anda tidak cukup tidur setiap malam, badan anda akan mula menjadi letih kerana adanya 'hutang tidur' yang disimpan setiap hari. Akhirnya kesihatan bakal terganggu!
Bagi mendapatkan tidur yang berkualiti, pastikan anda menghindari minuman berlakohol dan kafein serta selalu bersenam. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|