Blanket Octopus, sejenis sotong kurita genus cephalopods dari keluarga Tremoctopus . Mereka mendiami permukaan atau kedalaman yang pertengahan dilautan tropika dan sub-tropika, jarang sekali mereka merapat ketepian pantai atau kedasar lautan.
Sotong betina sangat besar, berukuran 6.6 kaki manakala sotong jantan hanya berukuran 2.4 centimeters.Ratio beratnya ialah
10,000:1 sehingga 40,000:1.
Sotong Jantan
Pembiakan
Jadi bagaimanakah mereka membiak sedangkan risiko sijantan dihempap sangatlah besar. Pembiakan hanya dibuat secara remote-control. Dimusim mengawan salah satu dari 8 tangan jantan ini berupa seperti kantung berbentuk sphere (dinamakan hectocotylus) yang mengandungi sperma akan terputus dan secara auto berenang masuk kedalam mantle cavity betina lalu disimpan disitu.Malangnya sijantan walaupun tidak dihempap tetap juga mati selepas melancarkan hectocotylusnya.
Sotong betina membawa lebih 100,000 telur terletak didalam kantung berbentuk sausage dibawah salah satu tangannya.Bila tiba masanya , dia akan mengeluarkan hectocotylus jantan dan memicit keluar seperma keatas telur2nya untuk pensenyawaan dan membawa telur2 itu sehingga menetas.
Pertahanan.
Salah satu dari cara mempertahankan diri ialah dengan mengeluarkan blanket supaya nampak lebih besar. Ini kerana mereka tiada dakwat sebagaimana sotong2 yang lain.Blanket cuma terdapat pada sotong betina sahaja.
Cara mempertahankan diri yang lain ialah dengan meminjam salah satu juntaian2 kaki obor2 paling beracun Portuguese man-of-war
dan menggunakannya sebagai senjata seolah2 sebuah pedang. Blanket Octopus tidak alah kepada racun obor2 tersebut.