CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1533|Reply: 0

kuartersku berpuaka

 Close [Copy link]
Post time 3-2-2016 08:43 AM | Show all posts |Read mode
selama ni kalau aku kena kacau..aku buat rilek buat peace je.malas sangat nak amik port.tapi bila kena malam tadi,alamak seram la plak. Aku kerja kat tempat sejuk banyak stobery kat pahang nun.. dan aku plak stay kat kuarters pendidikan yang dah 25 tahun usia bangunannya..
          Malam tadi aku balik lambat lepas teman kawan aku buat kerja kat sekolah dia. lepas dia hantar aku balik umah.aku dah rasa xsedap hati dah. Ditambah lagi malam tadi hujan pastu gelap takder bulan. Elok je sampai kat bawah kuartes umah aku..tiba2 aku macam terperasan ada benda hitam kat semak tepi bukit..dalam hati, ahh sudah.jangan nak munculkan diri.mencicit aku lari naik ke atas sebab seram.
          Elok je sampai kat umah aku. Buka pintu sekali budak umah aku boleh plak g selak pintu. Dahla masa tu dh jam 1 pagi. Aku dh mcm apa je rasa. Called budak umah. tak diangkatnya pula. Dahla masa aku kat depan pintu tu kemain lagi tetiba aku dengar bunyi orang seret selipar naik tangga.. Sedangkan masa aku balik tu mmg dah xda satu manusia dah baik kat aras 1 mahupun aras 2 kuartes aku tu. Buat pengetahuan belakang kuartes umah aku ni hutan tebal.. Anak jiran aku pernah nampak perempuan rambut panjang bertenggek kat koridor umah dia. Koridor umah dia mmg betul2 berhadapan dengan hutan. Aku dah mcm org sasau bila dengar suara seret selipar..ketuk pintu kuat2 pun xjalan.lagi aku ketuk kuat, lagi kuat plak aku dengar suara mcm lelaki tgh gelakkan seakan akan menganjing sbb pintu xboleh buka..
        Dekat 5 minit aku kat luar umah. Kalaupun sekejap tapi dia punya bunyi menganjing kita tu kemain bergentayangan.. Boleh plak tgh2 aku takut teringat kat lagu alda rintihan puntianak..hampeh betol..nasib la kawan aku akhirnya sedar buka pintu. Pastu boleh plak dia cakp tanpa rasa bersalah. "Eh,tadi dengar macam ko dah balik.sebab jelas aku dengar pintu bilik ko mcm ada org buka. Sebab tu aku selak pintu depan" Ahh ya..benda ni boleh plak main2 kat dalam umah aku..Penyudahnya tak tidur aku malam tadi sebab takut sangat..
        Sorry kalau citer tak seram sangat.nanti aku sambung lagi pasal anak jiran umah aku ni..dengan pasal anak kucing aku yg tiba2 duduk hentap kat tepi sudut dapur sambil buat bunyi deram dengan bulu2 dia kembang mcm nak bergaduh.sedangkan takder apa pun aku tengok kat situ..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.394941 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list