CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6933|Reply: 19

Apa halatuju Pertubuhan Tarekat MUKTABAR Malaysia (PERTAMA) ??

[Copy link]
Post time 3-1-2016 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Maulana Muhammad Asri Yusoff added 4 new photos.

Apa halatuju Pertubuhan Tarekat MUKTABAR Malaysia (PERTAMA) ??

Orang kuat mereka yang berjawatan SU Agung dan Timb Setiausaha PERTAMA yang mengiringi perjalanan tokoh Tarekat yang sudah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Antarabangsa. Sepatutnya mereka cuba menjauhi sebarang kumpulan yang sudah difatwakan menyeleweng daripada aqidah dan syariat Islam. Usah terpedaya dengan pakaian luaran mereka. Sudah ramai ulama telah menolak kumpulan sesat ini dengan pelbagai pendapat2 mereka yang pelik dan bertentangan dengan ajaran ASWJ. Bahkan ramai ulama ASWJ dari aliranh Asyaairah dan Maturidiyyah sendiri menolak mereka dan menfatwakan mereka telah menyeleweng. Perkara ini sudah maklum.

Pihak Admin dapat menghidu pergerakan mereka yang ada matlamat akhir agar ajaran sesat ini dimesrakan kepada masyarakat. Apa lagi mereka menjenamakan pertubuhan mereka dengan pertubuhan tarekat MUKTABAR! Ditambah lagi, murid Hisham Kabbani yakni Shahzad Sultan ini juga menganggotai PERTAMA ini.

Mohon pihak jabatan Agama memantau pergerakan mereka ini sebelum barah yang lebih teruk akan melanda. Dan pada masa itu agak sukar untuk merawatnya.

‪#‎tolaktarekatygsesat‬
‪#‎ikutsunnahnabisaw‬









https://www.facebook.com/MMAYUSOFF/posts/995796033825441
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 08:15 PM | Show all posts
MAULANA ASRI, BICARA TARIQAT TASAWUF

Seorang sahabat meminta sahaya menonton sebuah rakaman kuliah seorang yang bernama Maulana Asri di
yang bertajuk “Maulana Asri : Mengapa Sanad Tarikat Mesti Melalui Saidina Ali ra & Hasan al-Basri?” dan meminta komentar sahaya. Sahaya pun menontonlah rakaman tersebut. Ternyata ada beberapa kesalahan maklumat yang mesti diperbetulkan semula oleh sesiapa sahaja yang terlibat dengan video ini.


MAKLUMAT YANG DIMAKSUDKAN

Kata Maulana Asri (pengkuliah tersebut) dalam rakaman video itu :

“Tariqat-tariqat ini, kalau mengikut ahli tariqat, dia (yakni mereka) kata SEMUA SANAD (tariqat) sampai kepada Saiyidina Ali. SEMUA kena melalui Saiyidina Ali.”

“Kalau mengikut ahli-ahli tarikat, ahli-ahli tasawuf, mesti (sanad) dia (yakni mereka) kena lalu ikut Saiyidina Ali. TIDAK ADA JALAN LAIN!”

“Jadi hak (ilmu tasawuf dan tariqat yang) Rasulullah saw ajar, sebab apa dia (Rasulullah saw) tidak ajar orang lain (tapi) ajar Saiyidina Ali (sahaja)? Sebab apa? Tak layak belakakah (sahabat-sahabat Nabi saw yang lain itu)?

“Pengaruh Syiahlah tu! Itulah orang panggil pengaruh Syiah dalam tasawuf dalam tariqat.”

“Sebab dia MESTI (melalui) Saiyidina Ali.”

“Sebab apa (dalam) seramai-ramai sahabat (Nabi) ni, tak layak nak diberi kepada orang lain? Yang sehingga dia (yakni mereka) kata mesti melalui Saiyidina Ali tu sebab apa?”

“Lepas tu, KEBANYAKAN dalam sanad-sanad itu, ADA SEBAHAGIAN daripada Imam 12 Syiah. Boleh dikatakan SEMUA TARIQAT ni ada.”


PENJELASAN KITA

Baiklah. Mula-mula kita senaraikan Imam 12 terlebih dahulu :

1. Saiyidina Ali bin Abi Talib
2. Saiyidina Hasan bin Ali
3. Saiyidina Husain bin Ali
4. Ali in Husain
5. Muhammad Al-Baqir
6. Ja’far Sodiq
7. Musa al-Kazim
8. Ali ar-Ridha
9. Muhammad al-Jawad
10. Ali al-Hadi
11. Hasan al-Askari
12. Al-Mahdi

Sekarang mari kita semak, betulkah ajaran-ajaran Maulana Asri yang di atas tadi?


HUJAHAN PERTAMA : SANAD TARIQAT AN-NAQSYABANDIYYAH

Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq kepada
Salman al-Farisi kepada
Qasim bin Muhammad kepada
Ja’far Sodiq kepada
Musa Al-Kazim kepada
Ali Ridho kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Abu Yazid al-Bustami kepada
Muhammad Al-Maghribi kepada
Abu Yazid al-Isyqi kepada
Abu Mudhafir At-Tusi kepada
Ali bin Abu Ja’far al-Karqani kepada
Abu Ali al-Farmadhi kepada
Yusuf al-Hamadani kepada
Abdul Khaliq al-Fajduwani kepada
Ar-Riyukiri dan seterusnya.
Tidak ada nama Saiyidina Ali dalam sanad ini.

Nampaknya sanad tariqat memang ada melalui sahabat lain. Contohnya dalam sanad ini ialah Abu Bakar as-Siddiq dan Salman al-Farisi. Bukan mesti melalui Saiyidina Ali.

Nampaknya sanad tariqat memang ada melalui sahabat lain. Contohnya dalam sanad ini ialah Abu Bakar as-Siddiq dan Salman al-Farisi. Bukan mesti melalui Saiyidina Ali.

Imam 12 dalam sanad ini hanya Ja’far Sodiq, Musa Al-Kazim dan Ali Ridho. Dengan adanya tiga nama ini maka sahihlah tariqat ini dipengaruhi Syiah?



HUJAHAN KEDUA : SANAD TARIQAT AL-JUNAIDIYYAH

Tariqat Junaidiyyah mempunyai dua jalan sanad. Salah satu sanadnya ialah :

Daripada Rasulullah saw kepada
Abu Zar al-Ghifari kepada
Malik bin Umairah kepada
Hasan bin Hasan kepada
Abu Sulaiman bin Dawud kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Sirri as-Saqti kepada
Junaid al-Baghdadi kepada
Asy-Syibli kepada
Anas Rabazi kepada
Al-Qusyairi dan seterusnya.

Ada nama Saiyidina Ali pada sanad itu? Tidak ada!

Jadi, benarkah semua sanad tariqat mesti melalui Saiyidina Ali dan tidak ada jalan lain?

Abu Zar al-Ghifari itu bukan sahabat Nabikah?

Mana dia sebahagian Imam 12 yang didakwa oleh Maulana Asri? Seorang pun tidak ada!


Kemudian kita semak satu lagi sanad Tariqat al-Junaidiyyah iaitu :

Daripada Rasulullah saw kepada
Ali bin Abi Talib kepada
Hasan al-Basri kepada
Habib Al-Ajami kepada
Abu Sulaiman bin Dawud kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Sirri as-Saqti kepada
Junaid al-Baghdadi kepada
Asy-Syibli kepada
Anas Rabazi kepada
Al-Qusyairi dan seterusnya.

Ya, yang ini ada nama Saiyidina Ali. Tapi ini bukan bukti bahawa semua sanad tariqat mesti melalui Saiyidina Ali kerana telah terbukti memang ada tariqat-tariqat yang tidak melalui Saiyidina Ali pun.

Selain Saiyidina Ali, mana dia lagi Imam 12? Kata Maulana Asri, ada SEBAHAGIAN Imam 12, tapi nampaknya yang ada hanya Saiyidina Ali seorang sahaja.


HUJAHAN KETIGA : SANAD TARIQAT AL-GHAZALIYYAH

Daripada Rasulullah saw kepada
Huzaifah al-Yaman kepada
Hasan al-Basri kepada
Habib al-Ajami kepada
Daud at-Ta’i kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Siri as-Saqti kepada
Junaid al-Baghdadi kepada
Abu Sa’id al-’Arabi kepada
Abu Talib al-Makki dan seterusnya.

Seorang pun daripada Imam 12 tidak berada dalam sanad ini. Jadi, benarkah perkataan-perkataan Maulana Asri itu?

Boleh tunjukkan mana dia nama Saiyidina Ali?

Boleh tunjukkan mana dia nama walau satu orang Imam 12? Kan katanya ada SEBAHAGIAN?

Huzaifah al-Yaman bukan sahabat Nabikah?

Sanad Tariqat Al-Ghazaliyyah tidak melalui Saiyidina Ali tetapi melalui Huzaifah Al-Yaman. Mengapa Maulana Asri mendakwa bahawa semua sanad tariqat MESTI melalui Saiyidina Ali (untuk dikaitkannya dengan fahaman Syiah)? Cuba fikir-fikirkan dengan hati ikhlas.


RUMUSAN

Ajaran yang mengatakan : “Tariqat-tariqat ini, kalau mengikut ahli tariqat, dia (yakni mereka) kata SEMUA SANAD (tariqat) sampai kepada Saiyidina Ali. SEMUA kena melalui Saiyidina Ali.”
Ajaran yang mengatakan : ““Kalau mengikut ahli-ahli tarikat, ahli-ahli tasawuf, mesti (sanad) dia (yakni mereka) kena lalu ikut Saiyidina Ali. TIDAK ADA JALAN LAIN!”

Ajaran ini tertolak kerana ternyata tidak semua sanad tariqat sampai kepada Saiyidina Ali dan tidak melalui Saiyidina Ali. Buktinya, ada sanad tariqat yang sampai dan melalui selain Saiyidina Ali iaitu Saiyidina Abu Bakar, Abu Zar Al-Ghifari dan Huzaifah Al-Yaman. Mereka semua sahabat Nabi saw.


Ajaran yang mengatakan : “Jadi hak (ilmu tasawuf dan tariqat yang) Rasulullah saw ajar, sebab apa dia (Rasulullah saw) tidak ajar orang lain (tapi) ajar Saiyidina Ali (sahaja)? Sebab apa? Tak layak belakakah (sahabat-sahabat Nabi saw yang lain itu)?”
Dan ajaran yang mengatakan : ““Sebab apa (dalam) seramai-ramai sahabat (Nabi) ni, tak layak nak diberi kepada orang lain? Yang sehingga dia (yakni mereka) kata mesti melalui Saiyidina Ali tu sebab apa?”

Ajaran ini juga tertolak kerana ada sanad-sanad tariqat yang melalui sahabat-sahabat Nabi saw yang lain seperti Saiyidina Abu Bakar, Salman Al-Farisi, Abu Zar Al-Ghifari dan Huzaifah al-Yaman.


Ajaran yang mengatakan : “Lepas tu, KEBANYAKAN dalam sanad-sanad itu, ADA SEBAHAGIAN daripada Imam 12 Syiah. Boleh dikatakan SEMUA TARIQAT ni ada.”

Ajaran ini juga turut tertolak kerana ternyata dalam 4 sanad yang kita bentangkan di atas tidak ada SEBAHAGIAN IMAM 12 padanya.

Sahaya juga ambil sedikit kesempatan untuk menyemak beberapa lagi sanad tariqat-tariqat yang utama seperti sanad Tariqat Syaziliyyah, Tariqat Ahmadiyyah Idrisiyyah, Tariqat Chistiyyah, Sammaniyyah, Tariqat Tijaniyyah dan beberapa lagi. Ternyata tidak benar dakwaan kononnya : “KEBANYAKAN dalam sanad-sanad itu, ADA SEBAHAGIAN daripada Imam 12 Syiah. Boleh dikatakan SEMUA TARIQAT ni ada.”

Paling-paling kuat pun, jika sekadar mengatakan contohnya : “SEGELINTIR sanad-sanad tariqat mempunyai sebahagian Imam 12.”

Kata-kata sebegini kot-kotlah boleh hendak dipertimbangkan.

Namun begitu, oleh kerana ada nama Saiyidina Ali, Hasan, Husin, Ja’far Sodiq.... maka itu menjadi bukti kukuh lagi sahih untuk mengatakannya sebagai pengaruh Syiah? Tahap dhaif pun belum tentu lepas lagi jika sekadar bukti sebegini.


Nasihat kita, silalah perbetulkan apa yang boleh dan yang sepatutnya diperbetulkan semula.

Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar
1 September 2016

Sumber : http://alexanderwathern.blogspot ... ariqat-tasawuf.html
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:15 PM | Show all posts
TASAWWUF & TAREKAT : ANTARA KETULENAN DAN KEPALSUAN ORANG YANG MAHU BERBICARA TENTANGNYA

YANG BERPOTENSI TULEN :

Dia memang mengambil tarekat, mengamalkan tarekat, memahami dan menguasai tarekat itu sehingga sampai ke had minima yang layak untuk membicarakannya dan berkongsi tentangnya dengan orang lain. Maksudnya dia seorang yang “ahli” (berkemahiran) bukannya sekadar ahli biasa (bukannya sekadar peserta tarekat). Dia boleh menghuraikan dengan baik sekurang-kurangnya selok-belok satu tarekat yang dipegangnya sekalipun tidak sampai ke peringkat cemerlang. Hal ini dapat menjadi salah satu bukti yang dia memang ahli dalam tarekat.

Selain itu, selama ini umumnya dia memang sedia dimaklumi oleh orang-orang tarekat dan orang lain sebagai seorang ahli tarekat. Jika secara tiba-tiba dia muncul entah dari mana dan mahu berbicara lantang tentang tarekat, kita kena meletakkan tahap berjaga-jaga peringkat tertinggi dengan orang jenis ini.

Selama ini dia memang dimaklumi sebagai seorang yang tidak menolak, menentang dan memusuhi tarekat sama ada secara jelas ataupun secara tidak langsung.


YANG BERPOTENSI PALSU :

Orang yang tidak mengambil mana-mana tarekat tetapi mahu berbicara juga tentang hal ehwal tarekat. Sudah tentu akan banyak maklumat yang salah dan yang terkeliru dalam peti simpanan akalnya, dan itulah yang akan dikeluarkan dan hidangkan dalam bicaranya nanti.

Orang yang pernah mengambil tarekat tetapi tidak mengamalkannya. Maka bagaimana dia boleh tahu, faham dan menghayati sesuatu yang dia tidak amalkan? Bagaimana kita hendak mempercayai seseorang yang mahu membicarakan tentang sesuatu yang dia tidak tahu, tidak faham dan tidak kuasai? Sangat besar potensi palsunya.

Orang yang pernah mengambil tarekat tetapi sudah tidak mengamalkan tarekat lagi. Maksudnya dia sebenarnya sudah gagal untuk mencapai had minima dalam bertariqat untuk berkongsi tentang tariqat kepada orang lain. Hanya untuk tahu dan amal sendiri, mungkinlah dia pernah sampai. Sebenarnya dia hanya berada di peringkat tahu, tidak berjaya sampai ke peringkat faham pun. Apatah lagi untuk mencapai peringkat menghayati. (Elok kalau kita tanya dia, guru atau perkumpulan tarekat yang mana yang ada mengesahkan yang dia memang betul-betul ahli dalam tarekat, bukan sekadar ahli biasa atau peserta).

Orang yang mengamalkan tarekat tetapi tidak sampai ke peringkat memahami dan menguasai hal ehwal tarekat itu. Maksudnya dia tidak disahkan sebagai ahli (berkemahiran) tetapi sekadar ahli biasa (peserta). Pengetahuan ahli biasa/peserta sangatlah terbatas, apatah lagi pemahaman dan penghayatannya. Ibaratlah seorang murid darjah satu yang tiba-tiba mahu mengadakan seminar tentang ilmu matematik tambahan yang tidak pernah dilalui dan dikuasainya pun. Sudah tentu dalam seminar itu dia hanya akan berbiacara tentang ilmu matematik sekolah rendah yang disangkakannya sebagai ilmu matematik tambahan. Orang-orang yang tidak tahu akan menganggapnya hebat kerana sampai mampu seminarkan ilmunya, tetapi bagi orang-orang yang tahu pula, mereka akan tertawa di dalam hati kerana jelas terpampang kepalsuannya

Orang yang pernah melihat, membaca, mendengar, menonton atau mengikut mana-mana perkumpulan atau ajaran yang bermasalah yang mengaku sebagai tarekat lalu diyakininya betullah itu tarekat. Berapa banyak ajaran dan perkumpulan yang bukan tarekat tetapi mengaku tarekat atau disangka tarekat? Sangat banyak! Padahal itu semua bukan perkumpulan atau ajaran tarekat. Tarekat yang salah bukanlah tarekat walaupun kita menyebutnya sebagai tarekat. Samalah dengan hadis palsu yang bukannya hadis walaupun kita menyebutnya sebagai hadis (iaitu disebut hadis palsu). Orang yang hanya berpengalaman dengan tarekat sesat tetapi tidak ada pengalaman yang memadai dengan tarekat yang benar, mana mungkin dia boleh berbicara tentang tarekat. Sudah tentu dia akan berbicara tentang tarekat sesat tetapi disangkanya sebagai itulah tarekat. Sangat besar potensi palsunya.

Orang yang selama hari ini orang-orang tarekat sendiri umumnya tak pernah tahu pun yang dia seorang ahli tarekat, tiba-tiba sahaja dia mahu terus berbicara lantang tentang tarekat bahkan sehingga ke peringkat kritis. Kemungkinan besar palsu.

Orang yang tidak mampu untuk menghuraikan sekurang-kurangnya selok-belok satu tarekat (sekurang-kurangnya tentang tarekat yang dipegangnya) dengan baik, yang dapat menunjukkan yang dia memang ahli dalam tarekat tersebut. Yang teragak-agak, tercari-cari, tersangka-sangka.... sudah tentu bukan ahli dalam tarekat tetapi berlagak tahu melainkan seorang yang berpotensi besar palsu.

Orang yang selama ini yang kita maklumi sebagai penolak, penentang dan memusuhi dunia tarekat sama ada secara jelas tau secara tidak langsung, tiba-tiba terus mahu berbicara lantang tentang tarekat. Kemungkinan besar dia seorang yang palsu dalam hal ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita mestilah sedari awal lagi berusaha untuk mengambil langkah yang memadai dalam memastikan antara ketulenan dan kepalsuan orang yang mahu berbicara tentang tasawwuf dan tarekat, lebih-lebih lagi yang mahu berbicara di depan orang ramai.

Wallahualam.

(*Jika dalam hal yang betul-betul "basic" dalam tarekat pun boleh salah, macam mana kita hendak meyakini bicara hal yang sederhana dan yang mendalam tentang tarekat? Antara kesalahan yang sangat tidak sepatutnya terjadi http://alexanderwathern.blogspot ... ariqat-tasawuf.html .
Nilailah dengan hati yang jernih dan ikhlas, bukan dengan ketaksuban)

Abu Zulfiqar
4 Oktober 2016

Sumber : http://alexanderwathern.blogspot ... -ketulenan-dan.html
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:17 PM | Show all posts
LAYAKKAH SEMINARKAN TASAWUF DAN TAREKAT? (ISU V6-4)

Datang soalan kepada saya.... Ada orang yang disyaki sebagai berfahaman atau cenderung Salafi Wahhabi (V6-4) mahu membuat seminar tentang tarekat. Bagaimana kita hendak tahu yang mereka benar-benar layak (maksudnya ada ilmu, ada pemahaman, ada pengalaman dan ada penghayatan tentang tarekat) untuk berbicara tentang tarekat kepada orang ramai dan bukannya berbicara atas dasar cedok-cedok, dengar-dengar, baca-baca, tonton-tonton, agak-agak, tuduh-tuduh dan sebagainya?

Berikut adalah sedikit jawapan kepada isu ini (sahaja). Antara usaha (daripada pelbagai jalan usaha lagi) untuk mengetahui hal tersebut adalah dengan bertanyakan soalan secara terus kepada bakal-bakal pembicara itu. Jika tidak dapat secara terus, bolehlah secara mencari maklumat melalui orang lain atau media lain (seperti tulisan-tulisan mereka, audio video mereka, orang-orang yang rapat dengan mereka, anak-anak murid mereka dan sebagainya) sebelum majlis berlangsung. Sebaik-baiknya soalan-soalan ini ditanya sebelum majlis atau pada awal majlis kerana jika terbukti yang mereka tidak ada kelayakan untuk berbicara tentang tarekat sebegitu, kita tidak perlulah hadir atau kita bolehlah angkat kaki awal.



SOALAN 1 : Apa tarekat yang anda ambil?

Jika dia menjawab yang dia tidak mengambil apa-apa tarekat, maka sesiapa yang mahu bolehlah terus meninggalkan dia dan majlisnya. Hal ini kerana terang-terang dia seorang yang tidak ada ilmu, pengalaman, pemahaman dan penghayatan tentang tarekat melainkan selama hari ini dia hanya main cedok-cedok daripada kata-kata dan penulisan orang lain. Sudah tentu akan ada kesalahan dan kekeliruan maklumat dalam bicaranya tentang tarekat. Orang yang tidak ada ilmu, pengalaman, pemahaman dan penghayatan tentang enjin tiba-tiba hendak buat seminar (atau seumpamanya) tentang enjin. Bolehkah dipercayakah orang jenis ini?

Sekiranya dia menjawab yang dia PERNAH mengambil tarekat, tukang bicara jenis ini juga bolehlah ditinggalkan. Hal ini memberi petunjuk bahawa dia mungkin sekali seorang yang gagal mencapai had minima (had yang memadai) yang sepatutnya dicapai oleh orang yang bertarekat. Orang yang sudah mencapai peringkat yang memadai, ringkas kata tidak akan meninggalkan tarekat lagi. Jika sekadar PERNAH, maka dia belum layak untuk berbicara tentang tarekat. Jika dia memang PERNAH bertarekat, peringkat tertinggi yang dicapainya kemungkinan besar hanyalah sebagai ahli biasa atau peserta sahaja. Orang di peringkat ini keupayaan mereka terhad kepada mengamalkan tarekat untuk dirinya sendiri sahaja, belum layak untuk memperkatakan tentang tarekat kepada orang ramai, apatah lagi buat seminar (dan seumpama) tentangnya. Misalannya, seorang yang PERNAH beragama Islam tiba-tiba hendak berseminar tentang agama Islam. Bolehkah dipercaya?

Tetapi sekiranya dia menjawab yang dia ada mengambil tarekat sekian sekian (maksudnya dia memang sedang mengamal), maka bolehlah berpindah ke soalan seterusnya.


SOALAN 2 : Bila anda ambil tarekat itu?

Soalan ini boleh dijawab dengan mudah sama ada secara jujur ataupun secara mereka-reka maklumat, namun maklumat ini ada gunanya untuk kita nanti.


SOALAN 3 : Di mana anda ambil tarekat itu?

Soalan ini juga dengan mudah boleh dijawab secara jujur atau secara mereka-reka maklumat. Ada gunanya untuk kita nanti.


SOALAN 4 : Siapa nama mursyid atau wakil mursyid yang membimbing anda dalam tarekat itu?

Jawapan kepada soalan ini (dicampur pula dengan jawapan kepada soalan no.2 dan no.3 di atas) sangat penting kerana maklumat ini membolehkan orang lain membuat kajian dan penelitian tentang kesahihan tarekat itu, kebenaran perkumpulan yang disertainya, kebenaran ajaran-ajarannya, kredibiliti guru atau pembimbingnya dan sebagainya. Dari situ kita boleh mengetahui sama ada dia memang bertarekat atau tidak, dan sama ada dia mengikut tarekat yang betul ataupun tarekat yang salah yang disangkakannya itulah tarekat.

Jika dia menjawab tidak mempunyai mursyid atau pembimbing, maka bolehlah hadirin bangun dan tinggalkan majlis tersebut. Dalam bertarekat kenalah ada penunjuk tarekat (penunjuk jalan). Yang tidak punya penunjuk jalan tiba-tiba mahu seminarkan tarekat? Ke mana dia hendak membawa manusia sebenarnya? Seorang yang tidak pernah ada guru ilmu-ilmu hadis, tiba-tiba hendak seminarkan ilmu-ilmu hadis. Macam mana? Elok sangatlah dihentikan kerana risiko tersalah dan terkeliru maklumat sangatlah tinggi.

Namun sekiranya dia menjawab bahawa nama pembimbingnya sekian-sekian, maka boleh saja diteruskan. Maklumat tentang tarekat dan pembimbingnya itu akan kita selidiki dan cari kebenarannya kemudian.


SOALAN 5 : Berapa lama anda aktif (dari segi istiqamah amalnya dan menghadiri majlis-majlis tarbiyyahnya) dalam tarekat yang anda ambil itu? Boleh berikan purata lebih kuranglah kekerapan anda menghadiri majlis-majlis tarbiyyah tarekat itu dalam setahun?

Jika jawapannya dia hanya mengambil, menyertai, mengamal dan menghadiri program-program tarekat itu 2-3 hari, 3-4 minggu, 5-6 bulan, kemudian sudah tidak aktif, menurut adatnya memang tak ke mana pun tahunya. Orang yang badannya biasa-biasa (bukan bodybuilder, tak pernah main besi dll) tetapi tiba-tiba mahu masuk pertandingan bina badan peringkat kebangsaan, bolehkah badannya berubah jadi sasa dalam masa sesingkat itu? Walaupun sudah bertarekat selama 10 tahun tetapi kehadiran ke majlis-majlis pentarbiyyahan ilmu-ilmu dan amal-amal tarekat hanya 5-6 kali setahun, sangatlah tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk buat seminar (atau seumpamanya). Eloklah kita angkat kaki dari situ.

Jika dijawabnya (sebagai contoh) : “Saya memang istiqamah hadir majlis zikir kuat beramai-ramai setiap minggu selama dua tahun.” Jelas dia tidak tahu yang mana satu majlis-majlis pentarbiyyahan ilmu-ilmu tarekat. Maka bolehlah ditinggalkan dia dan majlisnya.

Jika jawapannya menunjukkan dia sudah aktif bertahun-tahun dan sering ke majlis pentarbiyahan ilmu-ilmu tarekat, maka sesuailah diteruskan ke soalan berikutnya.


SOALAN 6 : Setakat mana pencapaian anda dalam tarekat itu? Ahli biasa/peserta sahaja? Ahli aktif? Diangkat sebagai pembimbing peringkat bawahan? Dilantik sebagai pembimbing peringkat yang lebih tinggi? Wakil mursyid? Khalifah? Mursyid? Lain-lain?

Kalau setakat ahli biasa atau ahli aktif sahaja, eloklah jangan buat seminar (dan seumpamanya) tentang tarekat. Umpama budak sekolah Tingkatan 1 hendak seminarkan isu-isu pendidikan peringkat kebangsaan. Kan kacau jadinya? Dikhuatiri nanti pembicara akan memalukan diri sendiri sahaja pada pandangan mata hati orang-orang yang tahu tentang tarekat. Lebih malang lagi jika para hadirinnya ialah orang-orang yang tak ada pengalaman dengan tarekat. Sudah tentu ramai yang akan percaya bulat-bulat segala kesalahan dan kekeliruan maklumat si pembicara. Maka lebih baiklah hadirin beredar sahaja daripada majlis tersebut.

Bagaimana jika dia menjawab pencapaiannya sekian-sekian? Kita dahulukan snagka baik dan bolehlah beralih ke soalan seterusnya.


SOALAN 7 : Siapa atau perkumpulan mana dalam tarekat itu yang boleh mengesahkan pencapaian anda itu?

Kita mahu nama, bukannya dolak-dalik. Sekiranya dia gagal ataupun tercari-cari hendak beri nama guru dan halaqah/zawiyah yang boleh diminta pertanggungjawaban mereka ke atas dakwaan-dakwaan si pembicara, eloklah hadirin angkat kaki dari majlis tersebut. Sudah tentu dia ada agenda yang tidak baik sebenarnya.

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang ENGKAU TIDAK ADA PENGETAHUAN TENTANGNYA. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” (Al-Isra’ : 36)


SOALAN 8 (*soalan tambahan) : (*Soalan ini sesuai ditanyakan oleh orang-orang yang sudah ada ilmu dan amal tarekat) Cuba anda huraikan serba-sedikit tentang sukatan pelajaran peringkat sederhana (tak perlu peringkat tinggi pun) dalam tarekat yang anda sertai itu.

Jawapannya nanti akan memberikan gambaran sejauhmana kelayakan dia untuk berbicara tentang tarekat. Benar atau palsunya boleh dikenalpasti, insya-Allah.



PENGHUJUNG BICARA

Sekiranya ada soalan-soalan yang tersangkut atau tidak beres, ternyatalah para pembicara yang disyaki membawa atau cenderung fahaman V6-4 itu tidak punya kelayakan pun untuk berbicara tentang tarekat. Jika benar sebegitu, eloklah kita jangan menghadiri majlis itu dan sekiranya telah hadir, bolehlah beransur pulang ketika itu juga. Janganlah kita bersubahat dalam perkara yang kita tidak ada pengetahuan yang memadai tentangnya.

Bahkan bukankah sepatutnya pada awal majlis, sudah diperkenalkan terlebih dahulu latar belakang para pembicara beserta maklumat-maklumat penting berikut sekurang-kurangnya :

1. Tarekat apa yang sedang diamalnya sekarang?

2. Sejak bila dia berpegang dengan tarekat itu (untuk hadirin mengagak keluasan pengalamannya).

3. Di mana diambilnya tarekat itu?

4. Siapa nama mursyid, atau wakil mursyid, atau sesiapa sahaja yang membimbingnya dalam tarekat itu?

5. Di mana lokasi atau halaqah tempat dia aktif dengan tarekat itu sekarang?

Sekiranya tidak ada maklumat-maklumat ini, berwaspadalah!

Akhir kata, nasihat kita - biarlah orang yang berkeahlian yang berbicara tentang bidangnya. Umumnya, sangat berisiko tinggi jika seorang mekanik motosikal tiba-tiba hendak seminarkan ilmu-ilmu dan isu-isu dunia kedoktoran moden. Kesannya boleh jadi sangat berbahaya kepada orang ramai. Wallahu’lam.

“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah : 269)

Memberi ingat itu tandanya sayang.


Abu Zulfiqar
5 Oktober 2016

Sumber : http://alexanderwathern.blogspot ... n-tasawwuf-dan.html
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:18 PM | Show all posts
SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG TARIQAT / TAREKAT

Tariqat ni apa benda sebenarnya?
Ada banyak definisi dan huraian tentang tariqat. Ringkas cakap, tariqat ni sebenarnya merupakan jalan untuk mencapai maqam muhsin dan seterusnya.

Muhsin tu apa pulak?
Selain daripada kita nak jadi salah seorang muslimin iaitu seorang yang muslim, kita juga nak jadi seorang yang mukminin iaitu seorang yang beriman, dan kita juga nak jadi seorang yang muhsinin iaitu seorang yang muhsin. Muslim - mukmin - muhsin. Huraiannya agak panjang. Nak kena datang kuliah le kalau nak betul-betul faham bahagian ini.

Tariqat bukan ajaran Syiah ke?
Alangkah jauhnya perbezaan antara tariqat dengan Syiah, bagaikan langit dan bumi. Tariqat lain, Syiah lain.

Tariqat ni bukan ajaran sesat ke?
Kalau ajaran sesat, itu bukan tariqat. Kalau tariqat, itu bukan ajaran sesat. Kedua-duanya saling berlawanan. Ramai juga yang masih gagal membezakan antara tariqat dengan sesat.

Kan ada/banyak tariqat yang sesat?
Tidak pernah ada tariqat yang sesat. Yang sesat, itu jelas-jelaslah bukan tariqat. Yang tariqat, itu jelas-jelaslah bukan ajaran sesat. Kedua-duanya sangat berbeza dan saling bertentangan.

Yang orang sebut sebagai tariqat-tariqat sesat tu?
Itu sekadar penamaan, bukan hakikat yang sebenarnya. Contohnya - kita sebut “hadis palsu”. Hadis palsu tu hadis ke? Tidak kan? Hadis palsu bukan hadis. Sudah palsu, mana boleh jadi hadis. Yang palsu, bukan hadis. Hadis pula, tak ada yang palsu. Tetapi mengapa disebut sebagai “hadis palsu”? Hal itu sekadar penamaan untuk memudahkan pembicaraan kita tentangnya. Pada hakikatnya tidak ada hadis palsu. Samalah, pada hakikatnya tidak ada tariqat sesat.

Habis tu, yang tarekat-tarekat yang memang disahkan sesat tu?
Itu ajaran sesat, bukannya ajaran tarekat dan bukannya tariqat sesat. Masalah dalam hal ini ialah sama ada mereka yang mendakwa diri dan perkumpulan mereka sebagai tariqat, ataupun kita yang menjenamakan mereka sebagai tariqatt. Apabila terbukti mereka ajaran sesat, sepatutnya tidak boleh dikaitkan langsung dengan tariqat/tarekat. Apabila terbukti mereka ajaran sesat, sepatutnya kita tidak boleh menyebut mereka sebagai tariqat lagi. Samalah - sepatutnya “hadis palsu” tidak boleh disebut sebagai hadis lagi melainkan kena disebut sebagai “bukan hadis”. “Tariqat sesat” tidak boleh disebut sebagai tariqat lagi melainkan kena disebut sebagai “bukan tariqat’. Cuma kita kena faham dengan kebiasaan umat yang masih menggunakan istilah “hadis palsu” dan “tariqat sesat”, tetapi janganlah sampai kita sendiri yang tersalah faham.

Mengapa ada orang yang menolak tariqat?
Samalah jawapannya kepada persoalan : “Mengapa ada orang tolak agama Islam?” Antara punca utama mereka menolak agama Islam adalah kerana mereka tidak ada maklumat dan pemahaman yang memadai tentang agama Islam. Orang yang sudah punya maklumat dan pemahaman yang memadai tentang agama Islam, sudah tentu tidak akan menolak Islam lagi. Begitulah halnya dengan tariqat. Yang menolak tariqat itu, pada diri mereka tidak ada maklumat/ilmu dan pemahaman yang memadai tentang tarekat. Orang yang sudah punya maklumat dan pemahaman yang memadai tentang tariqat, sudah tentu tidak akan menolak tariqat sekalipun dia sendiri tidak bertariqat.

Bagaimana dengan orang yang pernah bertariqat, tapi lepas tu mereka berhenti dan menentang pula tariqat?
Ada beberapa faktor. Antaranya :

1. Kebanyakan yang mengaku pernah bertariqat itu sebenarnya tidak pernah bertariqat pun. Ramai yang menipu. Harapan mereka, apabila diyakini sebagai bekas ahli tariqat, sudah tentulah orang ramai akan lebih mempercayai kata-kata mereka. Maka mudahlah untuk mereka memperdaya dengan memburuk-burukkan tariqat.

2. Ada segelintir yang memang pernah mengambil dan mengikuti orang atau perkumpulan tertentu YANG MEREKA SANGKA SEBAGAI TARIQAT padahal itu bukan tariqat. Boleh jadi juga mereka mengikut individu ataupun perkumpulan tertentu YANG MENGAKU SEBAGAI TARIQAT tetapi sebenarnya bukan tariqat. Apabila mereka bersama dengan orang-orang itu, mereka terlihat beberapa hal yang kelihatan bertentangan dengan kehendak agama, lalu mereka pun berhenti atau keluar daripada ‘tariqat’ tersebut. Kemudian mereka pun mencanangkan kononnya tariqat begini-begini keburukannya sedangkan pengalaman yang dilaluinya bukan dengan individu atau perkumpulan tariqat yang sebenar. Entah apa ajaran yang disertainya tetapi diperasannya sebagai tariqat. Bahkan dia menghukum semua tariqat berdasarkan pengalamannya dengan ‘tariqat-tariqat’ yang entah ajaran apa sebenarnya itu. Tamsilannya - seorang kanak-kanak lalu di bawah sepohon pisang. Di bawah pohon itu dilihatnya ada beberapa biji buah terletak di atas tanah. Disangkanya itu tentu buah daripada pokok pisang. Dia pun cuba makan buah itu. Pedasnya! Terus dihukumnya buah itu sebagai buah kepada pokok pisang dan dihukumnya juga bahawa buah pisang pedas belaka. Padahal yang dirasanya itu ialah cabai besar yang tercicir.

3. Ada segelintir yang memang pernah menyertai tariqat yang benar, malangnya dia aktif dalam tempoh yang sangat singkat. Hendak dapatkan ijazah akademik di universiti pun biasanya tiga tahun. Itu pun jika pengajian sepenuh masa. Tambah-tambahlah ilmu-ilmu dan amal-amal tariqat. Cukupkah pengalaman pengajian sepenuh masa beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan untuk arif selok-belok tariqat? Apatah lagi jika sekadar pengalaman bertariqat sambil-sambil. Benarkah dia sudah punya kemampuan yang memadai untuk melayakkan dia mempertikaikan tariqat? Eloklah kita fikirkan jauhhh sedikit sebelum menjadikan orang-orang sebegini sebagai rujukan kita.

4. Ada pula segelintir lagi yang memang pernah menyertai tariqat yang benar, tetapi dia hanya aktif sehingga ke peringkat tahu sahaja, belum sampai ke peringkat faham, apatah lagi untuk mencapai peringkat penghayatan. Padahal tariqat berjalan atas pemahaman dan penghayatan. Apa-apa yang kita tahu, belum tentu kita faham. Banyak perkara yang kita tahu dalam hidup kita, tetapi kan banyak antaranya yang kita belum faham? Jadi, orang itu sudah berhenti tariqat sebelum dia sampai ke peringkat faham. Memang tidak mustahillah dia akan menolak tariqat. Salah dia , bukan salah tariqat.

Ada orang yang mengaku pernah ditugaskan untuk memimpin halaqah zikir dalam tariqatnya, tetapi akhirnya dia keluar daripada tariqat juga. Macam mana pula tu?
Seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah memilih salah seorang muridnya untuk memimpin aktiviti memaskan badan setiap kali mereka turun padang. Adakah si murid layak menghuraikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani lalu dia menggantikan gurunya di dalam kelas untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran? Sebenarnya majlis zikir dan majlis bacaan-bacaan aurad itu semua hanyalah satu bahagian kecil daripada keseluruhan ilmu-ilmu dan ama-amal tariqat. Maksudnya orang itu yang sudah terperasan bahawa dirinya pernah bermaqam begini-begini dalam tariqat, kedudukannya dulu pernah tinggi dalam tariqat, maka layaklah dia kemudiannya mempertikaikan tariqat kepada masyarakat. Padahal tugasan yang pernah dibuatnya itu dahulu ringkas cakap belum apa-apa pun lagi dalam dunia tariqat. Baru merangkak-rangkak, belum berdiri pun lagi, apatah berjalan dan berlari. Kalau sekadar pernah jadi khalifah zikir, sangat jauh lagi jaraknya untuk mengatakan begitu begini tentang tariqat kepada orang lain. Seorang yang tidak pernah melihat kereta melainkan pernah membelek tayar kereta sahaja, tiba-tiba hendak memperkatakan tentang kereta kepada suku kaumnya. Rasa-rasa, banyak maklumat benar dan tepat, ataupun banyak maklumat yang salah dan terkeliru yang bakal dihidangkannya?


Abu Zulfiqar
7 Oktober 2016

Sumber : http://alexanderwathern.blogspot ... arekat-tariqat.html
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak bertarikat? Tak perlu duit pun. Akan tetapi utk sampai kpd makam tarikat, diri sendiri memerlukan duit.

Wakaka. Duit duit duit!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2016 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sanad Saidina Ali r.a, terfikir pula saya, bila masa ambil bai'ah?

Bukan ke, nak bersanad itu khusus kpd Allah dan Rasullullah?

Baca aje dua kalimah syahadah, tapi ZERO kefahaman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanda2 dunia tungganglanggang dah ni. Hehehehe

Siapa pemangsa dan siapa mangsanya yerk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2016 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa leh buat, bongok nak dunia mcm tu lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 8-10-2016 10:43 AM

Ajaran2 zaman ni semua bongok2 belaka.  Yang sekoq kata "menjisimkan Allah" dan sekoq lagi kata "tak menjisimkan Allah". Hempuk dua2 kepala ni mesti rasa sakit kan?

Allah dah BAGITAU mengenai "Tuhan mereka" di dalam Al-Quran.  Maka, ulama2 yang BONGOK sepatutnya FAHAM, Allah maksudkan Tuhan yg dijisimkan atau tidak dijisimkan oleh manusia. Kerana Tuhan mereka itu yg akan BAGI PAHALA. Macam ler RETI SGT bab agama ni kan kan kan? Hal ehwal menjisimkan Allah pun TAK FAHAM. Nak ajar agama DENGAN SANAD LAYAK KE? Wakaka.

Berpecah pasal SOMBONG dengan Allah aje, tu pasal sekoq2 Dia jadikan BONGOK! Ada berani NAK TANGKAP SAYA KE? Mai ler kalau BERANI. Wakaka. PONDAN
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 8-10-2016 10:52 AM

Eh! Lancangnya saya menyatakan "BONGOK"!

Bukan apa, harap aje ulama ada SIJIL sebesar puncho, tapi BONGOK ibarat hamparan puncho.

Bongok pasal TAK FAHAM ALQURAN. Tu pun ada hati nak ajar saya? PUI PUI PUI. Memang betul sabda Rasullullah, yg paling jahat itu ULAMA DUNIA. Tu pasal Allah tak bagi faham AlQuran sebab SS (syok sendiri). Apabila yg si bapa kencing berjalan, anak mestilah kencing berlari. KUAT SGT kencing hingga LUPA AMANAH ALLAH! Wakaka. Memancut2 selerak kena org lain. Wek wek wek!

Tak terasa nak ban ke? Wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh? Dajjal ajar korang ilmu agama tu. Wakaka.

Korang tu para dajjal. Tunggu kena luku aje dengan dajjal aje. Wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama tuh, Wahabi menjisimkan Allah? Sesat? Yang sesat itu org yg tak faham AlQuran dan Sunnah.

Setan punya kerja nak pecahkan Islam jadi puak2. Tu yg bongok pasal duduk bersama2 geng setan. Ibarat batu tenggelam dalam air. Elok air nak kering aje, NAK TENGGELAM LAGI.

Itu namanya BONGOK BERGANDA! Wakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tip2 jika KUAT IMAN.
1) Gi rai dulu org yg bawa ajaran tarikat
2) Jika waktu dengar kuliah, ada something wrong, balik aje rumah, "mintak Allah beri petunjukNya" (tu pun kalau Iman tahap tertinggi)
3) Kalau tarikat setan, dia LARI selepas kamu yg Dia gelar mukmin masuk ke dalam kuliah seterusnya.

Saya dah PRAKTIKAL ler bongok. Korang punya TAKUT tak BERASAS langsung. Sebab tu korang FAIL kerana DAH JADI PONDAN. Lagi besar setan yg MAHU DIHADAPI, lagi BESAR PAHALA kalau RETI. Masaalahnya, SEKOQ2 takut sgt dgn SETAN. Wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 8-10-2016 11:25 AM

Kononnya berakhlak, berakhlak ke kalau TAK PRAKTIKAL?

Kurang2, saya dah praktikal ketika menghadapi kumpulan ajaran Iblis di dunia nyata. Lari mcm tu aje. Siap OFFER utk jadi ORANG KUAT buat emas! Wakaka.

Korangnye lvl duduk diam2 dalam GUA aje. Pasal tak RETI nak berdepan dengan SETAN BESAR. Setan ranking tinggi ni, kalau tak reti caranya, diri sendiri KENA FITNAH LER!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 02:19 PM | Show all posts
ISU ZIKIR BERLARI

Tersebutlah al-kisah, kisah lama adanya, sebermula pada zaman-zaman awal Al-Youtube dimasyhurkan ke seantero pelusuk negeri.......

Terteralah pada salah satu daripada video-video di Youtube itu akan perilaku sekumpulan hamba Allah beramai-ramai sedang berlari-lari anak pada suatu lapangan. Adapun kelakuan kaum itu seakan-akan ibadah tawaf pada Baitullahlah adanya. Sambil berlari-lari anak beramai-ramai itu, mulut sahaya-sahaya itu tidak berhenti-henti melafazkan zikir mulia “Laa IlaahaillAllah”.

Maka terbacalah akan hamba yang faqir beberapa tanggapan atau disebut oleh negeri-negeri di atas angin sebagai “comment” adanya. Sukalah hati sahaya meneliti akan komen-komen itu sampailah pada suatu komen yang membuatkan sahaya berasa gundah lagi masyghul di hati.

Berkomenlah akan hamba Allah itu demikian bunyinya sekadar yang berada dalam ingatan al-faqir dengan berlebih kurang ehwalnya :

“Ini semua sesat. Syiah sesat bertopengkan ajaran agama. Sufi ahlul bid’ah. Setiap yang bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu ke neraka.”

Berbetulan hamba yang faqir tahu juga akan kaum yang di dalam kitab Al-Youtube itu. Maka al-faqir dan hamba Allah itu berbalas-balas bicaralah di dalam sebuah gelanggang muzakarah yang amat masyhur pada zaman itu yang dinamakan oleh orang-orang di bawah angin sebagai “forum”.

Sekadar ingatan hamba yang faqir, sedemikian inilah berlebih kurangnya bertukar-tukar bicaranya kami berdua, atau disebut juga oleh orang-orang yang di tengah angin sebagai “dialog”:



SI POLAN MENULIS :
Ini semua sesat. Syiah sesat bertopengkan ajaran agama. Sufi ahlul bid’ah. Setiap yang bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu ke neraka.

AL-FAQIR MENULIS : Mohon maaf tuan. Kebetulan saya tahu kumpulan yang ini. Mengapa tuan menghukum mereka begini begini.....?

SI POLAN MENULIS :
Berzikir kuat-kuat sambil berlari beramai-ramai bertawaf entah di mana ini tidak pernah dibuat oleh Nabi saw, para sahabat dan para salafussoleh. Zikir menari terlompat-lompat beramai-ramai bukan daripada ajaran Islam. Bertentangan dengan sunnah.

AL-FAQIR MENULIS :
Saya lihat dalam video itu tidak ada pun zikir menari terlompat-lompat beramai-ramai. Yang ada hanyalah sekumpulan manusia yang berlari-lari anak mengelilingi satu kawasan kecil sambil berzikir bersama-sama dengan suara yang jelas kedengaran. Oleh kerana kumpulan itu saya tahu juga sedikit-sebanyak tentang mereka, saya ingin mohon sedikit penjelasan daripada pihak tuan atas hukuman tuan ke atas mereka. Tentang kumpulan-kumpulan lain sama ada yang turut buat aktiviti seperti itu atau tidak, ada video mereka di Youtube atau tidak, tidaklah saya mahu pertahankan, kerana saya tidak tahu latar belakang mereka. Skop saya hanya pada satu kumpulan sahaja iaitu mereka yang ada dalam video itu sahaja. Sekiranya tuan bersetuju dan bersedia, saya boleh jelaskan hal ehwal perlakuan mereka dari awal hingga akhir, dan tuan maklumkan kepada saya bahagian manakah yang bid’ah sesat ke neraka itu.

SI POLAN MENULIS :
Teruskan.

AL-FAQIR :
Saya ceritakan dari asal-usulnya pada zaman dahulu. Sebenarnya mereka ialah orang-orang Islam yang sering berkumpul bersama-sama untuk belajar ilmu-ilmu dan amal-amal agama daripada guru mereka. Mungkin secara mingguan, dwi mingguan, bulanan atau sebagainya, wallahua’lam.

Jadi, berkumpul dengan cara sebegini ada tak berkait dengan bid’aah sesat ke neraka?

SI POLAN MENULIS :
Tak.

AL-FAQIR MENULIS :
Ok. Disebabkan mereka tinggal di kawasan yang sejuk, berais, bersalji, maka sebelum kelas bermula, tuan guru mereka meminta agar anak-anak murid dan para tetamu yang mampu agar memanaskan badan terlebih dahulu. Dia menggalakkan mereka berlari-lari anak. Jadi mereka pun berjoginglah sekitar 10-20 minit ke serata arah di sekeliling kampung itu untuk memanaskan badan.

Setakat ini ada apa-apa yang bid’ah sesat ke neraka tak?

SI POLAN MENULIS :
Tak.

AL-FAQIR MENULIS :
Baik, saya sambung. Apabila para hadirin berjoging ikut suka hati ke mana-mana arah, maka adalah yang kembali awal, ada yang kembali lewat, dan ada juga yang tak kembali-kembali (ponteng atau melepak). Berulang kali berlaku hal yang sama. Tuan guru dan para petinggi mereka pun mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Timbullah idea agar para hadirin diminta berjoging di sekitar rumah tok guru sahaja, tak boleh di luar kawasan. Maka para hadirin yang mampu pun pakat berlari-lari anak di halaman dan sekeliling rumah tok guru itulah.

Setakat ini, ada tak mana-mana bahagian perlakuan mereka yang bertentangan dengan sunnah, atau yang bid’ah sesat ke neraka?

SI POLAN MENULIS :
Tak ada.

AL-FAQIR MENULIS :
Jadi para hadirin yang mampu pun berjoginglah ikut suka hati. Halaman rumah tok guru bukanlah sebesar mana sedangkan hadirin ramai. Bersesak-sesak bertolak-tolak berlanggar-langgar. Masalah le pulak. Tok guru pun pening lagi. Fikir-punya fikir, tercetus ilham agar semua hadirin itu berlari hanya di halaman rumah tok guru, tetapi dalam bentuk bulatan. Macamlah larian di trek perlumbaan 400 meter, cuma bulatan mereka kecil sahajalah. Sekali imbas tengok, memang nampak macam sekumpulan orang sedang tawaf sesuatu sambil berlari-lai anak serentak. Dengan cara ini, semua dapat berjoging dengan selesa dan selamat.

Baiklah tuan. Setakat ini, adakah bid’ah sesat ke neraka pada mana-mana aktiviti mereka?

SI POLAN MENULIS.
Tak ada.

AL-FAQIR MENULIS :
Beres tuan. Mereka pun berlarilah dalam bentuk bulatan itu. Oleh kerana larian mereka terbiar kosong begitu sahaja, tok guru pun menyarankan agar para hadirin berzikirlah sambil berlari-lari anak itu. Macamlah kita berjoging di taman-taman rekreasi. Daripada berjoging kosong, ada baiknya kita selitkan lafaz zikir di mulut. Contohnya sambil berjoging itu sesekali kita sebut “Laa IlahaillAllah”, atau “Ya Allah”, atau “Allahu Akbar”, atau seumpamanya.

Jadi tuan, setakat ini, adakah pada mana-mana bahagian yang bid’ah sesat ke neraka? (*Seingat saya, lama juga saya tunggu respon teman saya ini, baru dijawabnya. Respons daripada dia sangat penting kerana pada semua bahagian dari awal hingga akhir dalam perlakuan orang-orang dalam video itu, kita nak tahu yang mana satu kalau-kalau ada yang boleh kita kaitkan dengan bid’ah sesat ke neraka)


SI POLAN
Tak ada. Belum lagi. Apabila sampai tempatnya, nanti ana akan bagi tahu. Anta tak perlu tanya. Teruskan je cerita anta.

SAYA MENULIS :
Alhamdulillah, syukur. Cantik tuan. Baiklah. Para hadirin pun, sambil berjoging itu berzikirlah masing-masing dengan lafaz sendiri-sendiri. Ada yang bunyikan “Laa IlaahaillAllah”, ada yang “Ya Allah”, ada yang “Ya Hayyu” dan sebagainya. Dah bergema macam lalat langau pulak dah. Bayangkan puluhan/ratusan orang melafazkan zikir sendiri-sendiri. Macam-macam bunyi. Apabila tergabung bunyi-bunyi itu, tak tentu halalah biji butirnya. Mengaum berdengung macam lebah bunyinya.

Tok guru pun berfikir lagi. Apa penyelesaiannya untuk bagi nampak cantik dan kemas. Datang idea! Apa kata semua orang sebut zikir yang sama sahaja iaitu “Laa IlahaillAllah”?

Maka semua hadirin pun memanaskan badan dengan cara berlari-lari anak beramai-ramai beberapa minit di halaman rumah tok guru mereka sebelum majlis ilmu dan amal bermula dalam bentuk bulatan dan sambil itu mereka isi kekosongan larian sambil berzikir beramai-ramai dengan lafaz yang sama iaitu “Laa IalaahaillAllah”.

Itulah yang kita sama-sama tonton dalam video tersebut.

Jadi tuan, setakat ini (sudah habis semua dah pun), ada tak pada mana-mana bahagian dalam perlakuan mereka itu yang bid’ah sesat ke neraka?

SI POLAN :
(*Tak berjawab. Setelah dua tiga hari menunggu, saya pun cuba buat posting lagi sebagaimana di bawah untuk tarik perhatiannya agar menjawab)

SAYA AL-FAQIR MENULIS :
Yang tuan hukumkan setelah menonton video yang kita diskusikan tu, pada bahagian mana yang ada : ““Ini semua sesat. Syiah sesat bertopengkan ajaran agama. Sufi ahlul bid’ah. Setiap yang bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu ke neraka.” untuk sama-sama kita nilaikan dengan nas dan dalil?

SI POLAN :
(*Langsung tidak berjawab. Daripada zaman forum sampai forum itu pun dah tutup. Mungkin dah 10 tahun atau lebih. Padahal pada thread-thread lain di forum itu, si polan aktif berforum membawa fahaman Salafi Wahhabinya. Tapi dalam thread dialog antara kami ini, dia membisu 1001 bahasa).


PENUTUP
Biasa kita lihat pasukan bola sepak, unit-unit beruniform, tentera, polis, pelajar--pelajar sekolah dan sebagainya yang berjoging beramai-ramai. Salah seorang contohnya menyebut : “Laaari, laari!” lalu ahli-ahli yang lain pun menyahut :“Laari, laari!” Berirama bunyi suara mereka. Ketuanya sebut pula : “Kiitaa laarii!” lalu disahut oleh anak-anak buahnya : “Kiitaa laarii!”. Rasanya para pembaca sudah biasa melihat keadaan sebegini sama ada secara live mahupun di televisyen. Tak akan ada siapa kata bid’ah sesat ke neraka.

Tapi cuba kita bawa kumpulan-kumpulan itu berjoging, lebih-lebih lagi kalau berkopiah putih, atau jemaah masjid, atau pelajar-pelajar sekolah agama berjoging keliling padang dalam keadaan ditukar laungan mereka kepada : “Laa IlaahaillAllah” atau zikir-zikir lain. Tak mustahil sekejap sahaja akan sampailah hukuman “bid’ah sesat ke neraka” atau label-label Islam versi Nusantara, ahli bid’ah, sufi sesat, dan sebagainyalah yang kita semua sudah maklum. Jadi, lebih baiklah berjoging sambil menyanyi lagu pop daripada berjoging sambil lidah basah menyebut zikrullah.

Jelaslah kepada kita betapa mudahnya orang-orang seperti ini menghukum bid’ah sesat ke neraka dan sebagainya hanya dengan penglihatan mata kepala dan bukannya dengan penilaian mata hati. Apabila terlihat sahaja sesuatu amalan yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah saw, maka biasanya akal mereka dengan mudah hendak melabel dan menghukum dengan pelbagai label dan hukum seperti contohnya bid’ah sesat ke neraka, atau syi’ah, ahlul bid’ah, bukan ahlus sunnah wal jamaah, syirik, ahbash, khurafat, kafir, sufi sesat, ajaran sesat, penyembah kubur, Islam Nusantara, falsafah Yunani, engkar sunnah, atau yang lain-lain. Semoga Allah selamatkan kita daripada terjebak ke dalam fahaman-fahaman yang seperti ini.

Wallahua’lam.



Abu Zulfiqar
15 April 2015

http://alexanderwathern.blogspot ... -zikir-berlari.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2016 02:21 PM | Show all posts
ZAT ALLAH DAN TEMPAT MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Datang pula soalan kepada sahaya bertanyakan tentang pegangan Imam Al-Ghazali tentang Zat Allah dan tempat. Maka sahaya pun menulis jawapan ringkas dengan memetik daripada Imam Al-Ghazali (dengan sedikit penjelasan ringkas) sekiranya dirasakan perlu.

Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Aqidah :


“Tidaklah Dia (Allah) itu jauhar dan tidaklah Dia ditempati oleh jauhar-jauhar. Tidaklah Dia itu aradh dan tidaklah Dia ditempati oleh aradh-aradh.”

“Bahkan Dia tidak serupa dengan yang maujud dan tidak suatu pun yang maujud yang serupa dengan Dia. Tiadalah seperti-Nya sesuatu dan tidaklah Dia seperti sesuatu.”
*Maksudnya Zat Allah langsung tidak sama dengan suatu apa pun.

“Dia istiwa’ atas ‘Arasy menurut firmanNya dan menurut erti yang dikehendakiNya, istiwa’ yang suci daripada tersentuh dengan sesuatu, suci daripada tetap dan tenang, suci daripada BERTEMPAT dan berpindah.”

“Dia TIDAK BERTEMPAT pada sesuatu dan tidak ada sesuatu BERTEMPAT padaNya.”
*Yang BERTEMPAT ialah makhluk. Zat Allah tidak terlibat dengan tempat, lokasi atau terlibat dengan ruang. Yang bertempat, berlokasi dan beruang adalah makhluk.

“Maha Suci Dia daripada dipengaruhi oleh TEMPAT, sebagaimana Maha Suci Dia daripada dibataskan oleh waktu/masa/zaman. Tetapi adalah Dia sebelum dijadikan waktu/masa/zaman dan TEMPAT. Dia sekarang menurut apa yang Dia ada.”
*Masa dan TEMPAT adalah makhluk. Sebelum adanya masa dan TEMPAT, Zat Allah sudah sedia ada. Pada azali, yang ada hanyalah Allah. Oleh itu, Dia qadim. Pada azali, selain Allah, belum ada. Kemudian, barulah Allah menjadikan masa dan TEMPAT. Selepas Allah menjadikan masa dan TEMPAT, ZatNya tetap seperti pada azali juga, langsung tidak mengalami sebarang perubahan kerana Dia baqa’. Apa sahaja yang mengalami perubahan, adalah makhluk. Jangan kita tersembah makhluk. Jika pada azali ZatNya TIDKA BERTEMPAT, selepas azali sampailah bila-bila pun, ZatNya tetap kebal daripada TERKENA TEMPAT.

“Kerana pada azali yang ada hanyalah Dia Yang Maha Esa sedangkan selain Dia tidak ada.”

“Allah Taala itu qadim, senantiasa, azali, tidak ada bagi wujudNya permulaan.”

“Tidaklah Allah Taala itu jauhar yang terbatas di SESUATU TEMPAT.”

“Bagaimanakah adanya Dia BERTEMPAT pada jisim sedangkan Dia sudah maujud pada azali sendirinya dan tidak ada beserta Dia yang lain-lain (termasuklah TEMPAT, ruang, lokasi).”

“Maha Suci ZatNya daripada ketentuan arah. Arah itu adakalanya di atas atau di bawah, di kanan atau di kiri, di hadapan atau di belakang.”

“Tentang mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa kepada Allah ke arah langit adalah kerana langit itu qiblat doa.”
*Bukan kerana Zat Allah berada di udara, di sebalik awan, di kahyangan, di atmosfera, di angkasa lepas, di Sistem Suria, di Galaksi Bima Sakti, di alam semesta, di langit ketiga atau sebagainya yang seumpamanya.

“Demikianlah dengan hal istiwa’. Jika dibiarkan ertinya sebagai menentap dan BERTEMPAT, tentulah yang BERTEMPAT itu jisim yang bersnentuh dengan ‘Arasy. Adakalanya seperti ‘Arasy ataupun lebih besar atau lebih kecil daripadanya.. Yang demikian itu adalah mustahil.”


MAKLUMAT TAMBAHAN

Siapakah antara golongan yang meyakini bahawa Zat Tuhan bertempat?
Antara yang berpegang bahawa Zat Tuhan itu bertempat ialah beberapa golongan daripada ahli-ahli falsafah Yunani/Greek.

Ahli-ahli falsafah Yunani terdiri daripada banyak golongan. Untuk memudahkan pembicaraan dalam menolak apa yang salah dan apa yang lemah daripada ajaran kaum falsafah itu, Imam Al-Ghazali membahagikan mereka kepada 3 kelompok besar iaitu golongan Dahriyyun, golongan Tabi’iyyun dan golongan Ilahiyyun. Padahal jumlah golongan mereka adalah lebih lagi.

Dalam banyak-banyak golongan itu, ada golongan daripada golongan Ilahiyyun yang meyakini bahawa Zat Tuhan qadim dan zat makhluk juga qadim. Maksudnya Tuhan dan makhluk sudah sedia ada serentak sejak azali. Oleh itu, Zat Tuhan dan tempat sudah sedia wujud serentak. Mereka percaya Tuhan perlukan tempat untuk Dia ada. Oleh itu, Tuhan bertempat. Mereka tidak dapat menerima jika dikatakan Zat Tuhan tidak bertempat.

Imam Al-Ghazali menulis dalam kitabnya Tahafut Al-Falasifah : “Umumnya ahli-ahli falsafah bersepakat mengatakan bahawa alam ini qadim.”

Semoga kita tidak berpegang dengan i’tiqad salah kaum falsafah itu. Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar
8 Oktober 2016

http://alexanderwathern.blogspot ... enurut-imam-al.html
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 02:23 PM | Show all posts
NAK TAHU TENTANG TASAWUF?

Mungkin selamanya kita akan jahil tentang tasawuf apabila :

1. kita cuba nak tahu tentang tasawuf dengan melihat orang/kumpulan sesat yang mengaku ahli/kumpulan tasawuf, atau

2.kita cuba nak tahu tentang tasawuf dengan mengambil ilmu daripada pihak-pihak yang memusuhi tasawuf, atau

3. kita cuba nak tahu tentang tasaqwuf melalui mereka yang tak pernah melalui jalan tasawuf, atau

4. Kita cuba nak tahu tentang tasawuf melalui orang-orang yang gagal dalam bertasawuf.

Jangan kita amalkan sikap seperti ini. Akhirnya nanti maklumat tentang tasawuf yang kita dapat itu adalah maklumat yang salah, yang lemah ataupun yang keliru. Sampai bila kita nak letakkan dalam diri kita segala maklumat seperti itu?

Abu Zulfiqar
10 Jun 2015

http://alexanderwathern.blogspot ... entang-tasawuf.html
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pasarmalam replied at 8-10-2016 02:19 PM
ISU ZIKIR BERLARI

Tersebutlah al-kisah, kisah lama adanya, sebermula pada zaman-zaman awal Al-You ...

kejahilan dlm beragama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 8-10-2016 03:07 PM
pasarmalam replied at 8-10-2016 02:21 PM
ZAT ALLAH DAN TEMPAT MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Datang pula soalan kepada sahaya bertanyakan tentang ...


Akidah ahlul jisim itu berkehendakkan akal utk memikirkan Allah. Kerana mereka diciptakanNya sedemikian rupa dan pastinya Allah nyatakan hal ehwalNya utk ahlul jisim

Akidah ahlul bukan jisim itu berkehendakkan akal menolak menjisimkan Allah, dan hakikatnya : Menolak apa yg Allah jisimkan utk kefahaman makhluk itu antara dosa2 SYIRIK yang TAK DIAMPUN ALLAH.

Dengan nama lain "Istidraj dari Allah hingga Dia butakan dari FAHAM PETUNJUKNYA". Tu pun kalau TAK BONGOK LAGI LER!

Kita semua ni BUTA. Maka sejauh mana ilmu para ulama dahulu kala, hakikatnya kini, umat Islam berbalah soal akidah yang mana TERANG LAGI NYATA! Sedangkan Allah sudah TETAPKAN, setiap manusia itu akan menerima ganjaran melalui Tuhan mereka?. Nah! Itu pun sudah MEMADAI utk faham, betapa Allah yg menciptakan makhluk TAHU hal ehwal makhluk. Akan tetapi, disebabkan KEBONGOKKAN, pandai pula kita "andaikan" akidah TANPA FAHAM MAKNA KEMBALI KPD ALQURAN DAN SUNNAH.

Sebenarnya, sekoq2 bongok hal ehwal akidah. Saja ler saya relex2 nak tgk, setakat mana "syirik" yg kita faham. Dan akhirnya, memang nak juga "mensyirikkan Allah". Kah kah kah

Ilmu Allah, akidahNya pada Ihsan. Jemaah Al-Ihsan dah LAMA TAK WUJUD pun wahai sedara oit. Kerana itu sekoq2 Dia tak ajarkan ilmu kebenaran sebaliknya Dia dah lama ajarkan ilmu kebatilan pada makna "ISTIDRAJ". Tu pun RASA DIRI SENDIRI mcm Allah sayang? Dey! Semua org Dia sayang ler. Tapi yg Dia nak tgk, YANG LAIN.

Kerana itu SAYA BOLEH KATA RAMAI YG BONGOK!

BONGOK OHHHHHH BONGOK!

Wakaka

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.279825 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list