Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini melancarkan produk terbaru mereka dengan kerjasama Pahang FC dan Visa iaitu Kad-i Debit yang menawarkan pelbagai manfaat dan grafik khas untuk peminat Pahang FC pada permukaan kad.
Majlis Pelancaran kad ini tadi diadakan di Silk Ballroom, Hotel Zenith itu dengan dilancarkan bersama oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Dato’ Sri Zukri Samat dengan Timbalan Presiden PBNP, Dato’ Sri Muhammad Saffian Haji Ismail juga dihadiri oleh Exco PBNP dan kesemua pemain Pahang FC.
Kerjasama bersama Pahang FC adalah yang ketiga bagi Bank Islam yang sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) dan mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan Bank Islam sehingga seramai lebih dari 2.7 juta telah menggunakan kad ini di seluruh negara.