CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 0

Subaru Bakal Pamerkan Tiga Model Konsep Di 2016 Tokyo Auto Salon

[Copy link]
Post time 29-12-2015 04:17 PM | Show all posts |Read mode


Subaru akan menggunakan platform 2016 Tokyo Auto Salon bagi mempamerkan tiga model konsep mereka.

Yang pertamanya, syarikat automotif Jepun itu akan mempamerkan STI Performance Conceptyang pernah membuat kemunculan sulung di 2015 New York Auto Show. Model konsep ini dibangunkan dengan asas model BRZ, memiliki kit badan yang agresif, spoiler belakang yang menonjol dan beberapa modifikasi STI. Apa yang lebih penting, kereta konsep ini dikuasakan oleh enjin 2.0-liter 4-silinder turbocharged, yang sama digunakan pada model Subaru BRZ GT300.

Subaru turut akan mendedahkan model konsep Levorg STI. Model ini berwaran biru yang turut dikenali sebagai WR Blue Pearl, disamping bahagian hadapan yang unik dan juga dipasangkan rim aloi bersaiz 18-inci. Model konsep ini turut dihiasi dengan dua ton warna untuk bahagian interior, beberapa modifikasi khusus untuk STI, dan turut menerima aksesori khas STI.

Akhir sekali, Subaru akan mempertontonkan model konsep XV Hybrid STI. Dikharbarkan model ini di”pakai’kan warna putih yang turut dikenali sebagai Quarts White Silica, dengan aksen berwarna jingga, disamping beberapa komponen STI. Ianya turut memiliki interior yang unik dengan warna jingga dan aksen beige (kuning air).

Disamping model-model yang dinyatakan di atas, Subaru turut akan mempamerkan pelbagai model kereta lumba, termasuklah 2016 BRZ GT300, 2016 WRX STI NBR Challenge, WRX STI for the Japan Rally Championship dan juga 2016 CG Robot Racing BRZ.

sumber:arena kereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.899442 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list