|
Edited by CARI-LTS at 14-12-2015 05:54 PM
Oleh : TS LOO
Bagi mereka yang gemar mendapatkan rawatan kecantikan wajah dan penjagaan kulit di Pusat Kecantikan, setelah menyaksikan paparan video yang ditujukan, pastinya menjerit sekuat-kuatnya : erkk, amat menjijikan!
Baru-baru ini, di media sosial Facebook tersebar sebuah video yang menunjukkan seorang pakar kecantikan kelihatan menggunakan 'air liur' nya untuk membantu pelanggannya mencuci muka.
Berdasarkan paparan video, jelas menyaksikan pakar kecantikan itu sedang mencuci muka seorang pelanggan. Cuma ianya merupakan suatu cara pencucian muka yang tidak normal. Dia langsung tidak rasa segan pandang ke arah lensa kamera, mula-mula dia sapukan krim pada tangannya, lepas itu, meludahkan air liur ke atas muka pelanggan dan sapunya secara perlahan.
Paparan video yang berdurasi 50 saat tersebut, kelihatan pakar kecatikan itu meludahkan air liur itu pada muka pelanggan sebanyak 5 kali, sememangnya amat menjijikan, namun pelanggan berkenaan bukan sahaja tidak sedar langsung apa yang telah berlaku, malah kelihatan seronok dan puas hati.
Setelah video tersebut tersebar luas di media sosial, yang pasti ianya mengundang kecaman netizen. Rata-rata netizen mengecam pakar kecatikan tersebut tiada langsung etika keprofesionalan berhubung kerjayanya, aspek kebersihan sangat teruk!
Ada juga netizen tertanya-tanya: "kenapa pelanggan terbabit langsung tidak terhidu bau yang pelik? Atau pun, mungkin apa yang dilakukan itu adalah permintaannya?"
Walau bagaimana pun, setakat ini, masih tidak dapat dikesan pusat kecantikan tersebut berasal dari negara mana?- CARI Infonet |
|