Ibu lepas bersalin tak kira sama ada bersalin normal mahu pun pembedahan caesarean akan mengalami luka dijahit. Oh!Sakitnya. Tipulah kalau ada ibu yang cakap tak sakit.
Badan yang lemah dan lesu ditambah lagi dengan luka di bahagian 'Miss V' atau perut (kalau kena bedah) pasti membuatkan ibu rasa tak selesa dan 'nak menangis.'
Petua tradisional banyak menyarankan ibu selepas bersalin mengamalkan makan ikan haruan. Kalau hendak cepat luka itu sembuh amalkan makan ikan haruan. Ikan haruan sememangnya sinonim dengan penyebuh berkesan luka pembedahan.
"Ewww...hanyirnya bau ikan haruan!" Mungkin itu kata-kata orang yang tidak suka makan ikan haruan. Nanti dulu! Jangan cepat menolak kerana bila anda tahu khasiatnya tentu anda hendak makan ikan haruan.
Antara sebab ikan haruan cepat sembuhkan luka dalaman adalah seperti berikut:
1. Ikan haruan adalah sumber semula jadi untuk proses penyembuhan luka.
2. Mengikut kajian, ikan haruan mengandungi albumin iaitu sejenis protein yang mempercepatkan penyembuhan luka. Terdapat kira-kira 60 - 70 peratus protein di dalam ikan ini.
3. Kandungan protein ikan haruan lebih tinggi daripada sumber protein lain seperti telur, ayam mahupun daging.
4. Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah, iaitu kira-kira 20 peratus daripada berat badannya.
5. Ikan haruan memiliki sifat anti-radang, penahan sakit, anti-bakteria dan penyembuhan luka.
6. Ekstrak ikan haruan dapat menyembuh, memulih, menahan sakit dan memperbaiki sel untuk pulih semula.
7. Menerusi penyelidikan yang dilakukan di Hospital Royal Perth, Australia, ekstrak haruan dapat membantu mempercepat pembekuan darah.
Anda juga boleh buat sendiri ekstrak ikan haruan kerana ia lebih selamat dan terjamin kebersihan dan ketulenannya.
Baca juga: 5 Jenis Makanan Kurangkan Mual Mengandung
Cara membuat:
1. Rebus ikan haruan sehingga seluruh patinya keluar.
2. Tos untuk mengasingkan pati dan minum seperti air.
3. Bagi mengelakkan bau hanyir, tambahkan sedikit limau nipis atau halia di dalam rebusan.
Selain direbus, ikan haruan juga boleh dimasak sup dan dikukus. Elakkan daripada menggoreng atau membakar ikan haruan bagi mengelakkan khasiatnya hilang. Penggunaan minyak ketika menggoreng juga boleh
meningkatkan kadar lemak pada ikan. Padahal ikan ini kadar lemak dan kolesterolnya sangat rendah.
|