Belly Dance, tarian dengan gaya tradisional ala Timur Tengah yang feminin dan menggoda ini memfokuskan gerakan pada kawasan perut, pinggul dan pinggang sehingga, tidak hairan jika melakukan gerakan tarian Belly Dance secara teratur boleh membuat perut yang ‘penuh’ dengan lemak menjadi ramping. Ditambah lagi, Belly Dance juga membolehkan anda untuk membakar kalori lebih daripada latihan kardio biasa. Ini kelebihannya!
#Meningkatkan fleksibiliti Gerakan Belly Dance yang diulang-ulang akan meningkatkan fleksibiliti tubuh anda. #Menguatkan otot Belly Dance merupakan tarian yang memfokuskan gerakan pada otot-otot yang jarang digunakan dalam aktiviti sehari-hari. Tarian ini dapat membentuk dan mengukuhkan otot perut, punggung serta paha ketika berlatih. #Meningkatkan stamina dan mood Belly dance dapat meningkatkan stamina. Gerakan yang diulang-ulang akan membangkitkan stamina sehingga anda menjadi lebih bertenaga. Selain itu, gerakannya yang menyenangkan juga boleh mendorong mood anda menjadi lebih bertenaga dan ceria.
|