View: 3618|Reply: 3
|
[Inspirasi] Dari Gelandangan Kepada Penolong Pengurus
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Rasanya kadang kala setiap bos atau ketua harus 'turun' melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pekerja di bawahnya.
Bukan turun untuk mencari salah, namun melihat bagaimana ada di antaranya yang begitu dedikasi, tidak berkira dan benar-benar membawa nama syarikat ke tahap yang lebih baik.
Kisah yang satu ini sebenarnya dipetik daripada rancangan realiti 'Undercover Boss' yang memaparkan CEO sebuah syarikat, Modell's Sporting Goods menyamar sebagai pekerja baru.
Dia akan dilatih oleh seorang staf yang bernama Angel. Di sebalik penyamarannya, CEO yang menyamar sebagai Joey, dapat melihat banyak perkara yang ada pada diri Angel sebagai seorang staf yang begitu baik.
1. Dia berasa sangat kagum dengan sikap dedikasi, rajin dan kepimpinan Angel yang mungkin tidak dapat dilihat oleh ketua atasan lain, jika mereka tidak 'menyamar' sepertinya.
2. Mengetahui Angel merupakan seorang yang sangat tabah dan pernah melalui kehidupan sebagai seorang gelandangan jalanan. Dengan tiga orang anak, Angel menjalani kehidupan begitu kuat dengan bekerja sebaik mungkin di syarikat milik Joey.
3. CEO ini tersentuh dengan semangat yang dimiliki Angel dan wanita itu cuba meyakinkannya dengan memberi inspirasi dan juga nasihat mendalam, tanpa sedikit pun mengetahui Joey adalah CEO di situ.
Sebagai ganjaran dan juga hadiah istimewa untuk pekerja berdedikasi itu, Angel dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengurus.
Wanita itu sangat terkejut dengan apa yang dimilikinya sekelip mata, selepas mengharungi pelbagai onak duri dalam hidupnya. Atas sikap bertanggungjawab dan kerajinannya, dia telah mengubah kehidupan diri dan keluarganya!
Tonton video yang pasti membuatkan anda menitiskan air mata ini.
1. Buat para bos dan ketua, sesekali cuma selami perasaan dan kehidupan para pekerja anda.
2. Sebagai pekerja, lakukan terbaik dalam pekerjaan anda. Bak kata pepatah, jika anda tukang sapu, jadilah tukang sapu terbaik. Jangan pernah putus asa.- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Angel |
|
|
|
|
|
|
|
Akak suka episod subway, 7-11 dan Buffet Inc punya.... Akak suka cara pekerja subway th train org, yg 7e dan buffet inc akak suka ganjaran yg bos mereka bagi. lol |
|
|
|
|
|
|
|
Omputih memang cam tu kalau kita rajin dah membuktikan kita boleh menjalankan tugas dengan baik tampa paper qualification pun boleh je berjaya merintis kejayaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|