View: 5310|Reply: 6
|
Cara Mudah Untuk Buatkan Kereta Anda Bau Harum Seperti Baru Keluar Dari Showroom
[Copy link]
|
|
Imej dari pinterest
Kereta bau busuk? Kami nak ajarkan satu cara untuk memastikan kereta anda sentiasa wangi malah tak salah rasanya jika untuk mengatakan bau yang dihasilkan adalah sama seperti baru keluar dari showroom.
Kebiasaannya perihal mengenai kereta hanya melibatkan golongan lelaki, malah ada yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memastikan keadaan kereta mereka sentiasa berada di dalam keadaan tip-top tidak kira di dalam mahupun di luar.
Terima kasih kepada pengguna instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria yang sudi berkongsi tips bagi mengekalkan bau asal, semulajadi sebuah kereta. Bahan yang digunakan pula adalah murah dan sentiasa berada di dalam rumah kita. Tak salah mencuba bukan?
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:
1. Sediakan 1 bekas plastik. Ambil 1 getah gelang.
2. Ambil sehelai kertas tisu.
3. Satu sudu besar kopi.
Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yang dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit per tahun utk membeli pewangi kereta.
Selamat mencuba dan jangan sekali kali tukar kopi dengan serbuk teh kerana lain baunya nanti!
Oleh Izzat Ismail.
penpatah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I dah buat...xleh tahan la..,pening kepala... |
|
|
|
|
|
|
|
Bau pandan tu pun bleh buat pening k. Semerbak je. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perna try dgn kopi. Pernah try dgn arang. Hilang segala bau dlm kereta sebab arang ni boleh serap bau. |
|
|
|
|
|
|
|
bleh try ni.. guna kopi yg dh dlm uncang tu lg senang... Tq TT |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pergi kedai cuci kereta ada service mist mist hilangkan bau ni..lupa la pula nama sebenar service tu..tapi ada word mist mist >.< |
|
|
|
|
|
|
| |
|