Oleh Adib ZA
Kanak-kanak ini baru berusia 5 tahun namun sikap dan perlakuan sangat harus dicontohi oleh ramai orang khususnya mereka yang dewasa.
Kisah Ashton Harland dari negara Wales ini menjadi perhatian dunia khasnya para netizen yang berasa tersentuh apabila melihat video anak kecil ini berasa begitu gembira memberikan makanannya kepada seorang gelandangan.
Bukan itu sahaja, Ashton turut memberikan penkek miliknya sebelum ini pada lelaki gelandangan itu.
Ibunya, Tori Cunningham, 28 sengaja merakam video itu bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang golongan gelandangan.
Dia yang memuat naik video itu di laman sosial berkata, "Ashton teringin penkek ketika kami di pasaraya, namun dalam perjalanan pulang rumah, dia terus mendapatkan penkek itu dan memberikan kepada lelaki gelandangan.
"Ia sangat menyentuh hati saya. Ashton juga memeluk lelaki itu dan mengatakan lelaki itu kesejukan," ujarnya.
Ibu ini sering menasihati anaknya agar sentiasa rasa bersyukur dan mengetahui lebih ramai yang susah di luar sana.
(Sumber foto: Carian google)
"Saya selalunya tidak memberikan wang, namun memberikan kopi atau makanan kepada gelandangan terutamanya sekarang musim sejuk, secawan kopi panas sangat memberi makna kepada mereka," ujar Tori.
Ternyata anak kecil ini, Ashton telah dapat membina satu sikap yang sangat terpuji daripada nasihat ibunya. Ia harus dijadikan inspirasi buat semua! - CARI Infonet |