View: 3363|Reply: 3
|
Tidak Boleh Paksa Pelajar Solat Subuh Berjemaah -KPM
[Copy link]
|
|
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensyaratkan cadangan untuk pelajar mendirikan solat subuh berjemaah disekolah harus mendapat kebenaran ibu bapa.
Selain itu, pelajar juga tidak harus dipaksa untuk mengikuti program tersebut dan tidak mengganggu waktu persekolahan, tambah Chong Sin Woon, Timbalan menteri Pendidikan II dalam satu pesanan ringkas.
“Sebab program tersebut bukan dalam waktu persekolahan, maka persetujuan ibu bapa itu penting dan tidak patut ada sebarang paksaan.
“[Ia juga mesti] tidak mengganggu waktu persekolahan dan tidak menggunakan premis sekolah,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada ProjekMMO.
Terdahulu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program solat subuh merupakan program perintis melibatkan 14 buah sekolah bagi menggalakan pelajar bersolat subuh secara berjemaah sebelum melalukan aktiviti harian.
Namun tambah Chong lagi, hasrat Tengku Adnan adalah murni namun harus mematuhi prinsip KPM. -CARI Infonet.
Baca selanjutnya: SiakapKeli |
|
|
|
|
|
|
|
lagi mau buka..kan xdpt sambutan/xde sapa komen,
ng*k la wartawancari ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah bodoh sesat pulak. Perkara tak wajib nak diwajibkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|